Friday, October 28, 2011

First Duty :D

Bila sebut pasal aktiviti koko masa aku mula-mula daftar hari tu, badan beruniform pertama yang terlintas kat kepala aku, "Aku nak join PBSM. Rasa macam comel je bila aku pakai baju warna merah putih ittew." Maaf, motif nak masuk tu memang macam gedik sikit. Ehm bukan sikit, tapi gedik banyak :3

Asalnya nak masuk pengakap. Tapi uitm mana ada pengakap uolss. So terpaksa curang kejap dengan pengakap kemudian join BPC. Sekarang ni, bila kat luar, saya pengakap. Kat kampus, saya BPC :D  Oh btw sepatutnya esok aku kena pergi camping Modul 1 BPC kat Ulu Yam. Camping ni ajar kita pasal latihan bencana. Sejujurnya, aku macam tak ada mood sangat nak pergi camping sebab memikirkan test yang menimbun next week.

Tadi ada briefing sikit pasal persediaan untuk camping esok, suddenly ajk announced yang BPC perlukan banyak ahli lagi untuk duty 'Palestin Night Run' yang akan berlangsung malam esok dan untuk hari konvokesyen Sabtu dan Ahad ni. Bila dengar je ada duty, dengan pantas aku berdiri. Rasa eksaited pulak bila dapat duty ni lagi-lagi jaga konvo. Ehh untung tauu. Sambil menyelam minum air. Dah lah dapat tengok orang konvo, lepas tu dapat gaji lagi! $.$

Dah, enough membebel. Meh layan gambar masa detachment hari ahad hari tu. Detachment ni dia ajar basic pertolongan cemas macam anduh, bandage, first aid kit dengan stretcher. Best bila belajar semua ni sebab boleh apply dalam kehidupan kita. Yelah, nak jadi doktor tak dapat. So masuk BPC jela yang mampu. Ohh.. btw doakan saya dapat jalankan tugas dengan baik masa duty nanti. Mintak-mintak masa tu saya tak clumsy  T___T





4 comments:

  1. wow..sungguh aktif,hanan sekolah rendah pun masih kura2.HAHA

    ReplyDelete
  2. @Han Hanan
    masa skola rendah dl akk pun pbsm dik. mmg tak aktif langsung. masuk u ni baru la merasa nak tolong2 org :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...