Friday, October 14, 2011

Living Life to The Fullest

Haiii!! Whuaa dah lama aku tak update panjang-panjang kat blog ni. 2,3 post kebelakangan ni banyak post gambar and quote je. Hihi terlalu busy mungkin :B  Ok as u can see, blog aku berubah wajah lagi. Kalau sebelum ni pink, sekarang aku dah tukar warna grey. Ni salah satu attempt nak mematangkan blog rasanya. So apa pendapat uolls? Sesuai tak? Tapiii nama 'Oh Ninie!' tu memang tak nak tukar. Mahal kot trademark tu. Huehue :B



Bila blog dah matang, pemiliknya pun haruslah matangnya pun adoii kan? #acai  So far, aku sangat suka dengan suasana belajar kat Shah Alam ni. Course pun tak terlalu membebankan. Maybe ni yang aku cari selama ni kot. Allah dah tunjuk, mungkin jiwa aku bukan pada Biology, bukan pada menghafal perkara-perkara fakta sebab aku ni jenis cepat lupa. Biasalah, aku ni jenis menghafal untuk jawab exam je ('_')

Allah tunjukkan kat aku, yang aku boleh deal dengan coding dan programming. InsyaAllah.. Alhamdulillah sepanjang sebulan aku kat sini aku boleh go on dengan subjek-subjek course CS223 ni. Aku masih perlu belajar maths, tapi maths yang more to logic thingking macam sets, probability, mathematical reasoning. Macam membosankan, tapi maths macam ni la yang otak aku boleh bawak -.-'

Talking about roommates, honestly masa aku dapat tahu it's gonna be 4 person per room, aku tak suka. Biasalah, aku ni kan kera sumbang. Tak berapa reti nak mix around. Tapi Allah tahu hamba Dia ni introvert, so Allah bagi aku 3 orang roommates yang baik dan macam-macam perangai. Masa mula-mula macam segan nak huhahuha dengan dorang. Tapi sekarang aku anggap dorang macam kakak kot. Serius bestt :D

Ok, sekarang aku akhiri entry kali ni dengan serangkap coding.

# include <iostream>
# include <string>
using namespace std;
int main ()
{
     cout<< "My life is AWESOME!" <<endl;
     system ("pause");
     return 0;
}

When using Dev C++, when we compile and run the code, the output is:

3 comments:

  1. aku belaja coding camni gak. haha. sampai dah hafal coding ni sume +___+

    ReplyDelete
  2. @luvly mya
    engineering mmg kena tahu sume ni. untunglah asasi engine dl. kte yg asasi sains ni je yg huru hara nak pahamkan coding ni T___T

    ReplyDelete
  3. ecececeehhh..blajar c++ ker..hehehe.
    titew mencik programming wk..!! huhu.. T__T

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...