Wednesday, October 19, 2011

Montel Yang Kawaii

Montel tu nama hamster saya. Kawaii tak nama dia? Wee~~ kalau tak silap, dah hampir sebulan saya dan adik saya bela Montel. Montel sangat hyper dan kami tak dapat kenal pasti jantina beliau  T__T  Tapi sebab Montel lasak sangat, kami agak mungkin Montel seekor jantan.

Walaupun saya dan adik hanya mampu bela hamster, tapi kami sayang Montel sangat-sangat. Montel tahu bila waktu tuan dia balik sekolah. Kalau tuan dia tak ada kat rumah, membuta je kerja dia. Tapi bila dengar je suara adik saya panggil "Montelll.." terus dia terjaga lepas tu dia gigit-gigit besi sangkar dia (≧◡≦)

Habit lain, Montel ni tak berapa suka lari kat wheel. Tapi dia suka panjat besi sangkar tu, lepas tu menggelongsor kat atas wheel tu. Asyik tergolek je kerja dia. Risau jugak kalau-kalau mati ke tikus ni (╥﹏╥) Lepas tu dia suka sondol habuk-habuk dalam sangkar tu sampai berterabur keluar. Tukang kutip habuk tu, akuuuuu jugak. See Montel, how much mommy loves you? *tiba2*  Dan yang paling tak boleh blah, dia suka kencing kat dalam bekas kuaci dia. Huaarghhh nakal betul dia ni ٩(×̯×)۶

Maaf, ni bukan Montel sy.
Hamboii kemain lg makanan dia kan? :D

Ni Montel saya!
Nak tahu apa kerja dia masa ni?
Ni lah cara dia menikmati kuaci  T__T

"Apa pandang2? Tak puas hati?"
(►.◄) 

8 comments:

  1. comelnya yang second picture tuu! :D

    ReplyDelete
  2. @Zira
    huhu comel sgt2. tu br dlm gmbr. klu tgk dpn2 rasa nak picit2 je montel tu. huhu :D

    ReplyDelete
  3. ala comel er.. sis dlu ad gk bela tp da mti.. hubby pn da xkasi bela da..T___T

    ReplyDelete
  4. alah comelnyer makhluk,
    sila kasi dia pakai topi or baju..
    mesti nampak cam wonderpets :D

    ReplyDelete
  5. @DySha.Pink◕‿◕✿
    klu kita pndai bela hamster ni, insyaAllah dia boleh hidup lama smpai 2 tahun. boleh jd besar tapak tgn. huhu montel ni sy xtau bape umur dia.

    ReplyDelete
  6. @Pocket
    ade terfikir nak belikan baju untuk dia. tp risau xdpt sarungkan je. montel ni lasak sgt. takut kena gigit T__T

    ReplyDelete
  7. tskk.. saya rasa kalau saya jdi tuan montel , cepat jeee.. ar---.. Y-Y

    ReplyDelete
  8. @PinQib
    alahaii jgn la kate mcm tu. klu kite btol2 syg die, mst kte akan jg die elok2 kan ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...