Thursday, November 10, 2011

Revert To Classic Template



Title atas tu dalam bahasa mudahnya, bertukar ke blogskin. Yaaa blog comot ni akhirnya bertukar ke blogskin selepas sekian lama menelan liur mengusha template kat blogskin. Mwehehe.. oh ya, aku dah dapat buat resit hotel yang aku sibuk canang kat entry sebelum ni. Hari ni kerja aku sehari suntuk menghadap code.

Ok tak nak cerita panjang. Pasal blogkin ni, tipulah kalau aku kata aku design sendiri. Aku noob lagi dengan blogskin. Ni pun berpinar mata nak pindah list tutorial kat template lama ke template baru ni. Btw, walaupun blog aku dah revert ke classic template, tutorial lama aku still untuk minima user tau. Saya tak reti nak buat tuto blogskin. So mintak maaf. Gomenasai~

Theme colour dan header masih tak berubah. Hm reason kenapa aku tukar blogskin, bagi aku blogskin punya navigation lagi ringan dan simple. Tapi blog ni asal macam berat je? Huhuk  T__T  Creator asal blogskin ni ialah Jaja. Rupa asal blogskin ialah begini. Tapi setelah digodek sana sini oleh Ninie, terus jadi begini. Ahaaa :)) Jauh sangat kan perbezaan warna dia.

Untuk navigations, aku edit guna code Neverland. Creator dia  Lettha. Jealous semua blogskin dia lawa-lawa ;(  Ehmm tu je kot. So far puas hati jugaklah dengan template baru ni :D

1 comment:

  1. best kan blogskin.mcm nak gile tgk semua template dia...dulu-dulu template blogskin ni byk comel tpi xcantik sbb compatible dgn IE je.tpi skrg byk dah blh ngn chrome & mozilla..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...