Monday, November 28, 2011

You Left Me Without Any Reason

Sekarang saya suka tidur sebab tu lah satu-satunya masa saya dapat jumpa awak, dapat bergurau senda dengan awak macam dulu. Saya tak tahu mana silapnya saya, awak tiba-tiba jadi cold dengan saya. Sebelum tu, saya ucapkan terima kasih kat awak sebab sudi jumpa saya kat Shah Alam dua minggu lepas dan belanja saya makan. Walaupun cuma 2 jam je kita dapat luangkan masa, tapi tu dah cukup membahagiakan saya.

Awak lepaskan saya tanpa sebab. Kita tak gaduh, kita tak masam muka. Tapi disebabkan satu soalan dari saya, awak terus lepaskan saya. Awak memang dah lama niat nak tinggalkan saya kan? Kali ni saya tak nak merayu lagi macam dulu. Saya jadi ego sebab saya nak tengok sama ada awak serius atau tak dengan keputusan awak. Tapi sampai sekarang, awak senyap. Awak block saya kat FB. Tentang nombor, saya tak pasti sama ada awak masih gunakan nombor yang sama atau tak. 

Saya ego bukan sebab saya dah ada lelaki lain. Tak semudah tu saya nak tinggalkan awak semata-mata sebab orang lain. Awak kenal saya lama kan? Awak tahu kan betapa sombongnya saya dengan lelaki. Apa pun, terima kasih sebab lukakan hati saya untuk kali yang ke berapa, entah saya sendiri tak ingat. Semoga awak gembira dengan keputusan awak. Saya tak nak doakan kebahagiaan awak dengan perempuan lain sebab bila saya kata macam tu, maknanya saya menipu diri sendiri. 


4 comments:

  1. eh,kenapa nie?tamo tamo..jgn sedeh2 :)

    ReplyDelete
  2. Sabar je k... Perempuan yg baek adalah untuk lelaki yg baek!
    So, ignore je dia...biar suatu hari nanti, dia akan menyesal bab sisihkan awak!

    Allah tu Maha Adil, skrg dia wat camni kat awak, esok org len wat balik kat dia, masa tu baru dia akan merasainya...

    Jangan sedey2 k (^^,)

    ReplyDelete
  3. anies: hehe skrg dah tak sedih. skrg dah kuat. huhu :D

    mirra: insyaAllah, lps ni akan jd lg strong :')

    miss_yanfie: betul, perempuan yg baik utk lelaki yg baik. kdg2 teringin jgk nak tgk dia kene mcm ape yg die buat kt sy ni. tp mcm berdosa pulak harap mcm tu :(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...