Friday, December 30, 2011

Karma: Part 2


Karma: Part 1

Fiziyana memandang sekelilingnya. Rakan-rakannya di dalam bilik kecil yang berhawa dingin itu tekun mendengar setiap butir maklumat yang disampaikan oleh guru Biologi di Pusat Tuisyen Cemerlang itu. Fiziyana menguap. Keadaan yang nyaman dalam bilik itu menyebabkan matanya semakin layu. Bila-bila masa sahaja dia boleh melayang ke alam mimpi. Dia jadi begitu kerana telah semalaman dia enggan melelapkan mata. Ini kerana fikirannya masih terbayang-bayang akan pertemuannya dengan Danny di sekolah tengah hari semalam . Penolakan Danny yang terlalu pantas itu mengejutkannya dan dia sukar menerima. Tak guna punya Danny! Kau ingat kau hot sangat lah?Eleh..ramai lagilah lelaki yang boleh aku goda! Huh!

Fiziyana memandang ke bahagian kiri bilik itu. Seorang pelajar lelaki yang kelihatan santai sedang menyandar di dinding sambil memandang Fiziyana. Dia seperti Fiziyana juga. Fikirannya tidak seratus peratus berada di bilik itu. Fiziyana cepat-cepat melarikan pandangannya setelah sedar dirnya diperhatikan. Isy..apahal mamat ni? Dia pandang aku ke? Dada Fiziyana seakan berdegup kencang. Dupdap,dupdap.. Fiziyana menoleh lagi untuk mendapatkan kepastian. Sungguh! Lelaki itu memandangnya. Lelaki itu mengukir senyuman ‘mahal’nya kepada Fiziyana. Isy..buang tabiat ke dia ni? Selama ni muka bukan main ketat lagi. Nak bergurau dengan budak-budak kat sini pun jauh sekali.

Fiziyana membalas senyuman lelaki itu kemudian Fiziyana kembali memandang hadapan. Dia seakan sudah segar daripada layunya setelah bermain mata dengan lelaki berwajah ketat bernama Irfan itu. Memang Fiziyana mengaku, ketika Fiziyana mula-mula mendaftar di pusat tuisyen itu, hatinya seakan-akan berminat dengan lelaki itu kerana dia merupakan antara pelajar terhensem di situ.Hehe..

Namun,perasaan suka terhadap Irfan itu segera ditepis kerana Fiziyana telah membuka ruang hatinya hanya untuk Danny seorang. Apabila Fiziyana berjaya menawan cinta Danny,dia nekad untuk setia dengan Danny sahaja. Ini kerana,kini baru Fiziyana merasa betapa peritnya mengejar cinta orang yang dia minati.

Selain faktor cintanya pada Danny, Fiziyana juga ada sebab kedua mengapa perasaan sukanya pada Irfan harus dibuang jauh-jauh. Kalau dilihat dari segi penampilan Irfan, Fiziyana dapat membuat kesimpulan bahawa Irfan mungkin merupakan lelaki yang gemar bersosial sedangkan Fiziyana hanyalah seorang gadis ‘nerd’. Jadi,agak mustahil Irfan akan menaruh hati padanya.

Namun, sejak dua hari itu, keadaan seakan-akan sudah terbalik. Danny menolak Fiziyana mentah-mentah sedangkan Irfan pula,mula menunjukkan minat padanya. Hisy..pening la pula kepala aku ni.

Karma: Part 3


2 comments:

  1. wah bes gak novel ni.. haa. tp nape budak skolahhhhh ^^

    ReplyDelete
  2. pinqib: cte ni ninie tls masa zmn skola dl. tu yg tema cinta bdk skola ni. heheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...