Saturday, December 31, 2011

Karma: Part 3


Karma: Part 2

Kelas tuisyen untuk hari itu tamat pada pukul 5.30 petang. Seperti biasa, Fiziyana terpaksa menapak untuk pulang ke rumahnya yang agak berhampiran dengan pusat tuisyen itu. Setelah mengucap selamat tinggal kepada sahabat baiknya Mimi, Fiziyana mula mengatur langkah. Tidak sampai seratus meter dia melangkah, tiba-tiba namanya disapa seseorang.

“Fizi!” Fiziyana menoleh dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Irfan sedang berlari-lari anak mengekorinya. Dada Fiziyana kembali berdebar kencang namun cuba dikawalnya agar tidak disedari Irfan.

“Oh awak rupanya..Hai ” Fiziyana mengukir tersenyum.

“Balik sorang je?” Tanya Irfan. Fiziyana angguk. “Awak memang selalu balik jalan kaki eh? Tak takut ke?” tiba-tiba, Irfan menjadi seorang yang peramah pula hari itu. Sedangkan selama ini Irfan memang dikenali sebagai lelaki yang tidak banyak cakap dan lokek dengan senyuman .

“Takde lah.. Mana ada takut. Dah biasa pun..” jawab Fiziyana. Dia dapat merasakan wajahnya panas. Nada suaranya pun seakan bergetar sedikit.

“Awak malu dengan saya eh?” telah Irfan. Dia seakan-akan dapat membaca sikap Fiziyana itu.

“Eh! Tak lah! Mana ada saya malu dengan awak. Saya cuma pelik je dengan sikap awak ni,”

“Pelik? Kenapa? Pelik sebab saya tiba-tiba je tegur awak?” Irfan yang bertanya,dan Irfan sendiri yang menjawabnya. Fiziyana tiba-tiba terasa lucu lalu dia ketawa mengekek. “La..kelakar sangat ke saya ni?” Irfan pelik dengan sikap Fiziyana.

“Awak ni kelakarlah. Awak tanya,then awak sendiri jawab. Tapi memang betul pun jawapan awak tu. Saya pelik kenapa awak tiba-tiba berani tegur saya. Selama ni kan awak sombong,”

Irfan terkedu mendengar kata-kata Fiziyana yang telus itu. Memang Irfan mengaku. Dia bukan jenis yang banyak cakap. Dia lelaki yang ‘cool’. Namun kebelakangan ini, Irfan berasa pelik dengan perasaannya. Hatinya meronta-ronta untuk mendekati Fiziyana. Semenjak Fiziyana mendaftar ke tempat tuisyen itu, Irfan seakan-akan bersemangat untuk menghadiri setiap kelas. Dia ingin memerhatikan Fiziyana. Daripada pengamatannya, Fiziyana juga bukan jenis yang banyak cakap sepertinya. Namun, Fiziyana dilihat mesra dengan Mimi.

“Mimi tu kawan baik awak ke?” Pertanyaan Irfan itu membuatkan Fiziyana berasa agak cemburu. Adakah Irfan mendekatinya hanya kerana ingin mempergunakannya untuk memikat Mimi?

“A’ah, dia kawan sekolah saya. Kenapa? Awak minat dengan Mimi eh?” Fiziyana serkap jarang. Irfan tunduk sambil tersenyum. Nampaknya nada suara Fiziyana agak keras. Irfan tahu, Fiziyana cemburu. Irfan mengeleng-geleng. Kemudian dia merenung mata Fiziyana. Fiziyana seakan-akan terpukau dengan pandangan itu. Kalaulah Danny yang merenungnya ketika itu..

“Awak janganlah salah anggap. Saya tak berminat dengan Mimi. Tapi saya berminat dengan awak.” Fiziyana seakan-akan mahu pengsan apabila mendengar bait-bait kata Irfan itu. Bermimpikah dia? Fiziyana memandang Irfan tanpa kerdip.

“Awak ni nak main-mainkan saya ke? Kalau niat awak nak main-mainkan saya, sorry lah.. awak silap orang.” Pengalamannya berhadapan dengan Danny semalam membuatkan Fiziyana semakin berhati-hati dengan perasaannya.

Irfan tidak mudah melatah dengan respon Fiziyana itu. “ Fizi, saya memang tak ada hati langsung pada Mimi. Saya tanya sebab saya curious kenapa awak rapat dengan Mimi berbanding rakan-rakan yang lain. Tu saja..” Air wajah Irfan tampak tenang seperti biasa namun getar hatinya, Tuhan sahaja yang tahu. Dia tidak mahu mendengar Fiziyana berkata tidak apabila mendengar luahan hatinya nanti.

Fiziyana tidak memberi apa-apa respon. Hati Irfan semakin gundah. Hati Fiziyana harus dimenanginya. Dia sudah penat menanggung rindu pada gadis itu. Siang malam dia tidak lena tidur kerana bayangan Fiziyana sentiasa datang menemani. Dah lah waktu untuk Irfan bertemu Fiziyana agak terhad. Mereka hanya dapat bersemuka hanya apabila ada kelas tuisyen sahaja memandangkan mereka berlainan sekolah dan jadual tuisyen mereka hanya 3 kali seminggu.

“Fizi..” perlahan sahaja suara Irfan. Tangannya cuba meraih tangan Fiziyana namun gadis itu pantas melarikan tangannya. Nampaknya Fiziyana bukan jenis perempuan yang senang di sentuh seperti kebanyakan perempuan yang dikenalinya. “Saya benar-benar sukakan awak. Saya dah lama perhatikan awak. Sejak awak mula melangkah ke tempat tuisyen tu, awak dah mula mencuri hati saya,” tulus ucapan Irfan itu.

Namun Fiziyana agak ragu-ragu. Fiziyana gusar Irfan akan merosakkannya seandainya dia menjadi milik Irfan nanti. Irfan berbeza dengan Danny. Wajah Danny lebih kepada keanak-anakan dan wajahnya itu yang membuatkan Danny tampak innocent. Tetapi Irfan, wajahnya seperti remaja tipikal yang berusia 17 tahun. Penampilannya juga menggambarkan bahawa Irfan agak sosial.

“ Saya tahu,awak berat hati nak terima saya sebab awak takut saya akan rosakkan awak kan?” Irfan cuba menduga. Irfan sedar, gadis yang berjaya mencuri hatinya kali ini bukan gadis yang biasa ditemuinya. Fiziyana yang diperhatikannya selama ini ialah Fiziyana yang manja dan minta dilindungi. Lihat sahaja di tempat tuisyen, Fiziyana kelihatan manja dengan Mimi. Lengan Mimi sentiasa menjadi tempat untuknya bersandar dan apabila Fiziyana mengalami sebarang kesulitan di tempat tuisyen, Fiziyana senang merujuk kepada Mimi. Tambahan pula, Mimi memang mempunyai sikap melindungi Fiziyana. Apabila Fiziyana diejek oleh rakan yang lain kerana kekurangan fizikalnya, Mimi yang akan membidas ejekan itu.

“Jawablah Fizi,saya terima apa sahaja jawapan yang keluar dari mulut awak,” Irfan masih setia memujuk. Fiziyana menghela nafas panjang. Kalaulah Danny yang berada di hadapannya ketika itu,dengan senang hati Fiziyana menerima ‘lamaran’ tersebut.

“Ok..pertama sekali,saya nak minta maaf. Saya memang suka pada awak Irfan, tapi saya rasa kita terlalu banyak beza. Saya tak pandai bergaya seperti perempuan lain. Saya tak cantik. Saya takut kalau kawan-kawan awak perli awak couple dengan budak nerd macam saya ni” Fiziyana meluahkan segala apa yang terbuku dihatinya sejak tadi. Dia cuba menyusun kata-kata agar hati Irfan tidak terguris.

“La..kenapa itu yang awak fikirkan. Saya tak pandang gaya apa semua. Awak lain daripada perempuan yang saya pernah kenal dan itu yang buatkan saya jatuh hati pada awak. Berilah peluang pada saya Fizi. Saya janji akan bahagiakan awak,” janji Irfan bersungguh-sungguh. Fiziyana terharu mendengarnya. Irfan dan Danny begitu jauh beza. Irfan kelihatan jujur meluahkan rasa hatinya manakala Danny hanya tahu menyakitkan hatinya sahaja.

Setelah 15 minit berjalan,akhirnya mereka sampai di kawasan kediaman Fiziyana. Tanpa mereka sedari, rupa-rupanya Irfan telah menemaninya pulang sedari tadi. “ Tak perasan pula saya yang awak dah temankan saya sampai sini. Thanks Irfan..” ucap Fiziyana. Dia seakan-akan tidak mengendahkan pemintaaan hati Irfan itu.

“Fizi,awak masih tak boleh terima saya?” Irfan masih enggan mengalah. Fiziyana tersenyum memandang Irfan. Dia telah membuat keputusannya. Antara Danny dan Irfan, siapa yang berjaya merebut hatinya terlebih dahulu.

“ Irfan,saya harap awak positif dengan jawapan yang akan saya beri nanti. Menunggu bukan bermaksud awak kalah tapi saya nak menguji sejauh mana dan sampai bila awak sanggup tunggu saya. Jadi..beri saya masa ya. Saya pun sukakan awak. Tapi saya tak pasti sejauh mana perasaan saya pada awak,” kata Fiziyana.

Irfan mengangguk. Dia faham dengan keadaan Fiziyana dan dia enggan terlalu mendesak. Bukankah mendesak itu merimaskan? “Ok,saya faham. Saya harap awak terima saya sebab saya betul-betul ikhlas sayangkan awak. Jumpa awak esok. Bye.. take care” ucap Irfan. Wajahnya tenang dan cool seperti biasa. Fiziyana tersenyum sendiri.

Karma: Part 4


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...