Sunday, January 30, 2011

Lilit Situ Sana Sini~

Muka rabbit :B


Sekarang sangat susah nak tengok perempuan pakai tudung bawal. Semalam pergi Time Square. Aku tak nampak langsung tudung bawal! Betul, tak tipu. Paling cikai pun dorang pakai shawl. Paling gempak, dorang pakai tudung style lilit 360 darjah macam Ayun Ayunar tu. Kalau yang berani, pakai long skirt dengan kemeja tug in. Lepas tu pakai belt kat luar =.=" Haih nasib baik kurus. Kalau tak mesti nampak pelik.

Okey entry ni tak hentam apa-apa pun. Just nak kata aku rindu zaman kegemilangan tudung bawal je. Haha alasan tak masuk akal. Kat U, tudung bawal still ramai yang pakai. Second inner Syria cotton yang telah ditetas + shawl lilit-lilit. Haha dulu aku pernah ada inner cotton. Aku tetas habis-habisan sebab tak suka benda tu melekap kat dahi. Korang tahu kan muka aku bulat macam kuih pau. So memang tak berani ah nak pakai inner Syria tulen tu.

Selepas ditetas dan dilit bersama shawl, akhirnya hasil ialah seperti gambar di atas. Hoyeh-hoyeh first tima pakai macam tu pergi kuliah! Tapi slek sikit sebab kantoi aku tak gosok shawl. So nampak kedut-kedut. Arghh aku ingat kedut-kedut tu tak nampak sebab shawl warna coklat. Ni semua sebab malas nak gosok baju and main sebat je tudung yang ada sebab lagi 30 minit kuliah start aku baru bangun tidur *ayat Kelly Ng* HAHA :((


Friday, January 28, 2011

Cara Tukar URL Facebook

Kamu ada FB? Tipulah kalau awak kata awak tak ada FB. Sekarang saya nak ajar awak tukar url FB daripada url nombor yang panjang berjela-jela tu kepada url yang comey-comey. Eg; facebook.com/niniecomel pffttt.. sila jangan search. Tak wujud pun acc tu. Hahah

Hm rasanya ramai yang tahu macam mana nak tukar. Tapi takpe, saja mengada nak ajar :p Tanpa berleter panjang, macam biasa sign in dulu FB kamu. Then tekan pada Account Setting. Tak tahu kat mana? Biasa bila korang nak logout korang tekan mana? Ha.. Account Setting kat area situ.

Selanjutnya, sila tekan gambar bawah ni untuk pemahaman lanjut:




URL ni rasanya boleh create sekali je kot?? So tak payah nak mengada nak gabung nama awak dengan boipren awak or whatsoeva. Eg; facebook.com/niniesayangabangrandy Pftttt.. kang kalau clash, tak pasal-pasal awak kena create semula FB semata-mata sebab url mengarut tu. Bhahaha eh apa aku mengarut ni. Ok bai T___T

Thursday, January 27, 2011

Asasians Got Talent

Tadi usha page Asasi kat FB then terjumpa video budak-budak ni dance K-pop masa malam dinner hari tu. Malam tu aku dapat tengok masa nak habis je. Aku ingat tak best. Tapi rupa-rupanya best. Hehe sejujurnya im not a K-pop fan. Betul ni. Tak caye tanya kawan sekolah aku dulu.

Dorang semua dance ikut step lagu-lagu Korea. Setakat yang aku tahu Sorrysory, Bonamana dengan Hoot. Tak minat Korea katakan. So mana aku tahu. Tapi aku paling jeles bila tengok budak-budak perempuan ni dance step masa corus lagu Hoot. Arghh nak menari macam tu jugak! Tak boleh jadik ni. Kena kurus cepat-cepat lepas tu baru baru boleh perasan SNSD. Bhahaha :p




Monday, January 24, 2011

Grand Dinner Asasi Sains 2010/2011

Ni entry bergambar. Malas nak cerita banyak sebab kat entry sebelum ni dah banyak membebel. Huhuh.. btw gambar bawah ni banyak muka pompuan gemok pendek *aku lah tu* Sorry lah gambar dinner aku tak cukup mengghairahkan untuk admin gadiscomel.com curik dan letak kat website tu. Huahua.. so aktivit wajib selepas asasi ialah diet sampai kurus T___T


Kereta lembu Gen2 manual yang berjasa pada hari tersebut T__T
Serius rasa useless gila-gila sebab aku dah lupa drive manual. WTH


Awek-awek cun. Yang nombor 2 dari kiri tu sememeh.


Ni la driver kami. Heh :B


Bila guna camera ph sendiri, baru nampak kurus.
I heart Sony Ericsson W660i. Muahmuahs


Dessert yang lazat.
Oh tak nampak menu ke? :B


Terliur tak? Ni namanya.. ehm lupa pulak.


Gelapnya gambar. Macam pergi gig T___T


Ok itu sahaja untuk tahun ni. Jumpa lagi pada bila-bila masa aku pergi dinner tahun depan. Nanti i upload gambar hoccay :B



Sunday, January 23, 2011

Tak Payahlah EMO Sangat


Aku tak reti sebenarnya nak sound orang ni. Kalau ada orang buat taik kat aku, aku prefer berdiam diri dan biar Allah tolong settle semuanya. Pernah dengar, "Allah akan makbulkan doa orang yang teraniaya"? Ha lebih kurang macam tu lah ceritanya.

Lu sound wa, wa malas nak sound lu balik. Maybe wa touching. Tu pun sikit je.. Sikit je pun, tak banyak. Tapi mungkin lepas jadi apa-apa kat lu nanti tahap ketacingan lu lagi banyak dari wa kot? Hehe..

Kesimpulan, kalau ye pun awak marah, janganlah ikutkan sangat perasaan tu. Biasalah tu, bila kita marah, setan lagi suka hasut hati kita supaya marah orang sekeliling. Sebenarnya benda tu tak boleh settle kan masalah pun. Buat orang lagi meluat adalah. Mungkin masa awak sound orang tu, awak rasa puas hati sebab konon boleh lepas geram. Tapi awak ingat orang yang kena sound tu happy ke? Awak tak fikir hati dia akan lagi terguris? Padahal hal kecik je pun. Jangan sampai orang yang terguris hati tu doa bukan-bukan untuk awak. Dalam kes ni, orang yang innocent boleh dikira teraniaya.

Pls, tolonglah matang sikit. Kita bukan budak-budak. Tak semua orang boleh terima sikap kita and entertain kita. Masing-masing ada masalah. Takkan awak nak heret orang yang tak tahu apa-apa ni dalam problem yang awak 'tiba-tiba' cipta sendiri? Senang cerita kalau ada masalah, just be cool and cerita baik-baik kat orang yang rapat dengan korang daripada korang nak condemn tak pasal-pasal. Be cool, and awak takkan rugi apa-apa. Sebaliknya, masalah awak akan cepat settle dan orang sekeliling pun akan lagi sayang dan berlumba-lumba nak tolong awak bila awak ada masalah nanti.

Aku tak tujukan kat sesiapa. Sesiapa terasa, berubahlah. Tak sia-sia pun kalau awak kurangkan ego awak yang tinggi melangit tu :)

Friday, January 21, 2011

Cara Buat Menu Bar

Sila tekan ctrl+c untuk copy code di bawah. TQ :)

Lama tak buat tutorial ;) Ramai yang request tutorial ni, tapi aku tak ada masa nak buat. So sebab esok cuti, malam ni rasa free untuk update tutorial baru. Okeh, mukadimah pada hari ini,

"Cantik bukan menu bar kat atas ni? Ala yang ada Home, Tutorial, Banner tu. Awak nak jugak? Okeh jom follow tutorial ni"

Cara nak buat menu bar ada dua. Kalau korang nak tambah menu About Me, Tutorial, Formspring etc korang boleh ikut step ni:

Dashboard > Posting > Edit Pages > Tekan New Page

Then tulis apa-apa entry, atau tak pun letaklah code Formspring korang ke atau apa-apa je yang korang nak tambah dalam menu korang tu. Ni cara paling simple dan tak selawa menu bar atas ni. HAHA

Kalau korang nak menu bar yang lawa, ikut step ni pulak:

Dashboard > Design > Add A Gadget > Add HTML/Javascript > Tekan Edit HTML

Masukkan code bawah ni,


<center><a href="URL LINK" target="_blank" title="TITLE MENU"><img border="0" src="URL IMAGE " style="opacity: 0.4; " onmouseover="this.style.opacity=1;this.filters.alpha.opacity=100" onmouseout="this.style.opacity=0.4;this.filters.alpha.opacity=40" /></a>
<a href="URL MENU " target="_blank" title="TAJUK MENU "><img border="0" src="URL IMAGE " style="opacity: 0.4; " onmouseover="this.style.opacity=1;this.filters.alpha.opacity=100" onmouseout="this.style.opacity=0.4;this.filters.alpha.opacity=40" /></a>
<a href="URL LINK " target="_blank" title="TITLE MENU "><img border="0" src="URL IMAGE " style="opacity: 0.4; " onmouseover="this.style.opacity=1;this.filters.alpha.opacity=100" onmouseout="this.style.opacity=0.4;this.filters.alpha.opacity=40" /></a></center>



Kalau korang nak letak 5 jenis menu, repeat code bawah ni sebanyak 5 kali.


<a href="URL MENU " target="_blank" title="TAJUK MENU "><img border="0" src="URL IMAGE " style="opacity: 0.4; " onmouseover="this.style.opacity=1;this.filters.alpha.opacity=100" onmouseout="this.style.opacity=0.4;this.filters.alpha.opacity=40" /></a>



Edit kat 'URL LINK', 'TITLE MENU', 'URL IMEJ'. Kalau nak menu bar korang duduk sederet, korang tekan balik Rich Text dan edit-edit sikit spacing antara dua image tu.

Kalau korang kreatif, korang design la lawa-lawa word untuk menu bar tu. Tempek gambar Hello Kitty ke. Kalau aku, aku ni pemalas. Tu yang letak perkataan je T___T Tentang nak dapatkan url gambar, korang boleh pergi imageshack.com dan upload gambar tu. Aku sarankan upload satu-satu. Nanti baru Direct Link dia menjadi. Okeh, hutang tutorial sudah selesai! Selamat mencuba!


Tutorial saya adalah gabungan dari dua tutorial ni: Tutorial Huda Luna Husin Al-Sagoff dan Tutorial Intan Nurul Fateha. Hasilnya, terjadilah tutorial rojak ni T___T

Thursday, January 20, 2011

Over Make Up

Sebelum ni aku tak pernah mekap tebal-tebal. Paling hebat yang aku dapat conteng kat muka ni pun just tepek compact powder Baby Johnson warna pink tu dan lip balm Nivea. Atau kalau nak bagi macam gothic sikit, aku pakai celak. Tu pun celak still sememeh. HAHA

Sedih kan dapat awek tak cun macam aku ni. Bila dating aku selalu off fashion. Maklumlah orang berisi atau dalam kata lain, montok. Pffttt.. So pemilihan pakaian pun agak terhad. Kalau nak beli blaus, aku akan beli blaus yang kembang tang perut tu. At least ada la jugak usaha nak cover perut buncit. Then untuk baju long sleeve, kebanyakan muat-muat badan aku. Kalau aku gain weight sikit, mulalah tersembul lemak kat pinggang, perut, etc.

Sebab tu bila aku pergi kuliah, aku jarang pakai seluar sebab kalau aku pakai seluar, sah-sah sendat dan baju long sleeve aku sah-sah ketat. So apa point aku pakai tudung, tapi baju sendat macam guni nangka? So sebagai jalan selamat, aku lebih selesa pakai baju kurung pergi kuliah. Tak payah susah-susah tahan nafas nak cover perut buncit sebab baju kurung dah sah-sah longgar. Hehe

Tadi baru lepas shopping barang mekap kat Tesco untuk dinner Sabtu ni. Aku beli celak dan eye shadow. Eye shadow beli warna hitam. Konon nak buat smokey eyes. Tapi tak menjadi. Mata aku macam baru lepas kena tumbuk pulak dah. Then pinjam lipstick mak cik yang merah menyala tu. Pergghhh macam pondan! Bapak aku dah pening lalat tengok perangai aku =.="

Rizalman dan Zulfazli, meh lah tolong make over aku ni. Sarimah! Meh serang aku cepat! Nak masuk 'Tangkap Muat'! Eh sekarang Tangkap Muat dah tak ada. Sekarang tajuk dia '1,2,3 Tukar!' Ala.. abang Rizalman dan abang Zulfazli dah tak ada. Aku suka Zulfazli sebab nama dia macam nama balak aku. HAHA tak lawak.

Sila hover pointer mouse untuk tengok gambar minah gothic/pondan kat bawah ni.




Muka suci. Dah terbukti muka aku inesen. Huahua


Bila over make up, tak pasal2 jadi gothic a.k.a minah Myspace
HAHA :p



Kekasih Halal vs Halimah Jongang

Hei korang mesti pernah dengar lagu Kekasih Halal from Wali Band kan? Aku dengar lagu tu banyak kali, dan tak pernah jemu. Suka sangat-sangat lirik dia dan aku harap dapat jadi gadis bertudung merah tu :') Siapa yang sudi nyanyi lagu tu untuk aku? Angkat kening cepat! :B

Sorry to say, kadang-kadang aku rasa lagu Indon lagi bermutu dari lagu Melayu. Lirik dorang mendalam. Aku tak adalah nak sanjung gila-gila lagu seberang tu. Tapi kalau ada yang bagus, kita ambil iktibar. Kalau ada yang buruk, kita elak dan janganlah ikut. Ada paham?

Ni aku bagi lirik lagu Kekasih Halal. Korang hayati ok. Bila aku baca lirik dia, aku rasa bersemangat nak jadi perempuan yang baik untuk bakal suami. Ecececehh gatal! Umur baru 19 lah makcik!

Aku telah lelah
Memilih memilah mencari wanita
Siapakah dirinya
Yang kan menjadi kekasih halalku

Tiba-tiba aku terpana
Ada kejutan tak terduga

Dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

Dia gadis berkerudung merah
Bawalah diriku padanya
Takkan habis ku berdoa
Jadi kekasih halalnya

Jadikan diriku halal
Memeluk halal menciummu
Lekaslah jangan tunda
Untuk menjadi kekasih halalku

Itu itu dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

Fuhh bahasa Indon dalam lagu ni sangat pekat. Nak je aku ubah part yang pekat likat tu. HAHA.. Ok tu la bestnya lagu ni. Bab lagu Melayu pulak, aku jarang hayati sebab maksud lirik yang kosong. Bukan semua. Tapi.. tu lah hakikatnya. Wa benci gila siot dengan lagu Halimah Jongang! Serius

Mula-mula aku ingat motif lagu tu nak sedarkan lelaki yang selalu kutuk perempuan jongang. Tapi suddenly bila aku dengar betul-betul, lirik tu lebih kepada menghina. Korang tengok dalam cerita tu betapa obsesnya Halimah kejar si Ali *tak layan cerita tu. Tahu nama sebab tengok sinopsis. HAHAK* Aku malas nak cerita panjang. Sila hayati lirik bawah ni. Aku terasa siot sebab sebelum ni SAYA PERNAH JONGANG. Ya, saya PERNAH JONGANG DAN SEKARANG MASIH JONGANG SIKIT-SIKIT WALAUPUN DAH PAKAI BRACES.

Berulang kali
Telah ku katakan
Diriku ini
Di waktu ini
Telah dimiliki

Tak usah lagi kau dekati
Tak mungkin aku jatuh cinta padamu
Usahlah engkau memaksa diri
Memuja diriku
Ku takut nanti
Kau gigit jari menangis sendiri

Janganlah engkau berangan-angan
Jadi buah hatiku
Walau dalam mimpi pun ku tidak sudi

Jangan jangan jangan ku digoda
Tengok bayangmu pun ku tak selera
Pergi pergilah cari yang lain
Jadi kekasihmu

Jangan jangan jangan ku dipaksa
Tengok mukamu pun aku tak suka
Jangan jangan jangan kau jadi perigi
Yang mencari timba

Halimah jongang
Halimah jongang
Halimah jongang
Halimah jongang

Ha... ha... Halimah jongang

Jongang jongang jongang
Kau halimah jongang
Jongang jongang jongang
Halimah gigi jongang

See, kejam kan. Patutlah sekarang makin ramai perempuan pakai braces. Fuh kaya doktor gigi. Yang aku pelik, kenapalah lagu ni boleh lepas eh? Tak rasa ke unsur menghina dalam lagu tu macam melampau? Dahlah bila korus asyik sebut jongang. Waklu ah. Ingat lawak sangat eh buat korus macam tu? Nasib baik masyarakt kita fikiran tak sempit macam penulis lagu ni. So far aku jarang dengar orang bersiul lagu ni. Kalau ada, memang aku sumbat selipar jepun dalam mulut orang tu.

So composers, lain kali jangan nak buat lagu ikut sedap kepala. Ingatlah sikit, kami golongan perempuan ni tak minta disanjung dan kami tak minta pulak dihina macam tu sekali. Janganlah letak maruah perempuan yang tak seberapa ni kat tapak kaki okeh? Chill


Gadis bertudung oren yang jongang :B



Tuesday, January 18, 2011

Koleksi Teddy Bear Bertambah!

Malam Isnin lepas, aku dan budak-budak kelas telah selamat berjimba-jimba di sebuah party. Haip ni bukan party liar. Just party untuk group A4. Aku tak perlu nak describe lebih-lebih sebab my groupmate, Mya pun dah tulis entry ni kat blog.

Buat masa sekarang wa nak batak sikit dengan hadiah yang wa dapat pada malam tersebut. Ecececeh.. ekceli macam ni. Sebelum cuti sem lepas, kami dah pick nama groupmate secara random. Nama penerima hadiah adalah rahsia. So aku sendiri tak tahu aku akan dapat hadiah dari siapa =.="

Rupa-rupanya saya dapat hadiah dari Wawa. Ehee sweet tau-tau. Kami sama-sama gerak dari blok ke tempat party tu. Masa mula-mula nampak Wawa, aku nampak ada satu kotak hadiah warna purple kat tangan dia. Fuhh dalam hati dah berkata begini, "Bertuahnya orang yang dapat hadiah Wawa ni"

Tup-tup, hey sayalah orang bertuah tu! Dah lah sepanjang malam tu aku dok menempel kat sebelah Wawa. Uhmm instinct saya kuat. Saya dapat rasa hadiah tu macam untuk saya je. HAHA.. Masa pergi, kotak purple tu kat tangan Wawa. Masa dah habis party dan nak balik blok, aku pulak yang pegang kotak tu. Tenkiu Wawa! I love u! Yes, koleksi teddy bear bertambah! Lepas ni boleh bukak muzium ;D



Lawa kan kotak dia? ;)


Jom bukak. Ohh dah nampak teddy!
*sambil lompat-lompat dan tepuk tangan*


Eh apa kat depan teddy tu??


Ohh cawan rupanya. Hey ni cawan limited edition.
Cuma groupmate aku je ada cawan ni sebab kat cawan tu
ada gambar kami yang eksklusif gitewww :B


Nampak tak? Teddy ada pusat lahhh.
Hehe ;D


Ok, biar saya cover dengan cawan eksklusif giteww.
*gambar ni mcm sungguh berseni*
**muntah**


Tak nampak watermark tu?
Suka hati kau je nak curik.
Ehmm saya curik sebab atas ni ada muka saya.
So skrg mahu tuntut komisyen :B

.
.
.
.
.
.


Tenkiu Wawa :D


Thursday, January 13, 2011

It's Over

Gambar tak ada kena mengena dengan entry :B


'Over' dalam title di atas merujuk kepada tamatnya test 1 yang meragut jiwa, raga, sanubari etc. Menangis kot nak jawab soalan test. Sem ni serius kena struggle gila-gila sebab nak recover semula pointer sem lepas. Uhm yang penting, semangat kena ada kan kawan-kawan? Kalau kita fokus, insyaAllah kita boleh! Hehe sekarang matlamat pertama sudah tercapai. Apa matlamat tu?

Matlamat pertama /utama sem 2: TIDAK TIDUR DALAM KULIAH :D

Yeyeyey kau hingat senang ke nak tahan penangan dewan kuliah yang selesa tu? Sem lepas pantang ada kuliah, acara wajib ialah merebahkan kelopak mata barang sejam dua T__T So far, sem ni jarang tidur. JARANG? Ehm yes, aku ada jugak terlelap kat dewan lagi-lagi hari Selasa sebab jadual pack. Tapi buat masa ni, penyakit tidur kat lecture sampai mulut ternganga tak berlaku lagi. Peewit!

Btw ni update blog sebab dah risau dengan traffik blog yang menjunam gila-gila. Argh.. but itshokey sebab aku bukan pengejar traffic tegar. Ecehhh.. hm actually aku belum merdeka sepenuhnya sebab esok aku ada kuiz Bio. So lepas tulis entry ni, nanti kena cepat-cepat selak kain lecture notes pulak.

Then Sabtu ada kelas repeaters. Ala korang tak paham-paham lagi ke sem lepas aku failed satu paper? Sekarang terpaksa pergi kelas repeaters dengan hati terbuka dan senang hati T__T Isk baru ingat nak balik rumah minggu ni. I tak balik rumah 2 minggu tahu! So tepuklah tangan sikit. Hins hins :B




p/s: Sorry kalau korang bosan aku berleter entah hape-hape atas ni. Aku dah tak tahu nak tulis apa. Btw entry sebelum ni, tu gambar masa meronggeng kat lab Bio. Jangan panggil saye doc. Macam jauh sangat je tu =..="

p/s/s: Hey i dah update tutorial ni. Maybe u guys boleh tukar font untuk header (pada yang tak guna header). Pls view this tutorial, sebab seriously i need a feedback sama ada tuto tu menjadi atau tak. Thanks! Love yahhh!~~

Click SINI untuk ke tutorial

Wednesday, January 05, 2011

Doctor Wannabe



Selamat Datang Ke..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Muahaha *berangan lebih*


Doktor anda pada hari ini.
Stetoskop wajib ada, padahal tak reti guna sangat.


Pesakit yang ceria pada hari ini.
Ewahh bahagianya dia bila Dr. Ninie nak ambik blood pressure.
Oh pesakit ni nama dia Mya. Sorry, Dr. Ninie tak jual IC MC.


Guna stetoskop macam nak dengar MP3.
Betul kan aku takde bakat nak jadi doktor T___T


Kerana terlalu emosi sebab aku tak reti guna stetoskop, so aku biar pesakit aku tolong kira aku punya blood pressure. Ah dia pun 2 kali 5 jugak. Kitorang tak dengar langsung bunyik darah mengalir dohh. So pengajaran, nak jadi doktor tak boleh pekak T___T


Heh nasib baik lab Bio minggu ni bagi can buat eksperimen guna benda alah ni. So dapatlah bereksperimentasi dan berangan jadi doktor sekejap dan ada jugaklah modal nak tipu kat cucu bila dah tua nanti,
"Tengok ni cu, dulu nenek seorang doktor yang berkaliber. Hehe" :p


p/s: MUET haku, Alhamdulillah :)



Monday, January 03, 2011

Cuti Midsem!

Hari ni aku baru start cuti midsem. Tak lama pun. Aku cuti seminggu je. Then next year, 3Jan11 aku masuk balik together with degree students and diploma students (2nd sem). Semalam sangat tak sabar-sabar mahu pulang. Rindu nak golek-golek atas katil dan tak sabar nak terima parcel. Hehe sebelum ni aku ada tempah patung handmade. Remember this entry? Ha.. aku baru terima semalam.

Actually aku nak warna merah. Tapi sebab stok kain warna merah tak ada, then i pilih warna pink. Masa mula-mula terima tu, aku dah mula cuak sebab bungkusan dia sangat kecik. Aku risau kena hentam dengan mak aku sebab takut dia kata tak berbaloi beli. But bila aku buka, wau boleh tahan jugak. Sedap dipeluk and fabric dia agak best. Aku ni jenis alah dengan bulu. Tapi patung ni bebas bulu. Haha so sedap dibuat peneman tidur. Dan paling best, patung ni ada nama aku. Yeyeyey! So tak ada sesiapa boleh curik. HAHA



My new baby :D


Tapi, tapi.. di sebalik kegembiraan menerima 'kawan' baru, aku baru dapat satu berita. Iskk tau tak sebelum ni aku pernah apply diploma? Result keluar dalam minggu ni. Banyak kali aku check kat student portal, tapi tak dapat. Then ada member bagitahu, result diploma untuk penerapan asasi dia release sedikit demi sedikit. Suddenly semalam bila aku check, aku dapat! Dahlah diploma yang aku betul-betul nak, Diploma Mikrobiologi :(



Boleh kelik kalau tak nampak.


Seperti yang tercatat kat surat tawaran, aku dapat kat UiTM Kuala Pilah. A few kilometers from my village. So tentang jauh dari rumah, tu tak jadi masalah. Aku boleh je balik kampung every week. But the thing is, tarikh daftar masuk aku hari Isnin ni. Erghh kenapa result ni lambat keluar! I haven't prepare anything! Plus, aku dah bayar untuk pergi Grand Dinner Asasi which is 22nd January 2011. Dan lagi parah, aku dah beli pun baju untuk grand dinner tu which costs me 150++ T___T Bertambah dashyat lagi, elaun aku baru masuk semalam dan jumlah adalah sangat masyuk. Sedih haku :'(

So maybe aku tak pergi diploma. Aku teruskan jugak asasi. Kalau kantoi jugak asasi, aku ambil diploma mikrobiologi balik keh. Tak pun medical lab. Haha senang betul aku buat keputusan. Well hidup kena ceria *tiba-tiba*



19 Tahun, Alhamdulillah

Salam dan hai semua. Aww saya tak percaya umur saya dah 19 tahun. Kenapa saya rasa bahawa saya masih berusia 16 tahun ni. Saya tak ready untuk dewasa. Tapi.. tapi, sebenarnya kalau tang kahwin tu, saya memang sentiasa ready. Ehem.. ok ni cuma entry bergambar.

Hehe rindu pulak zaman sekolah dulu. Kejap, bukan rindu apa. Tapi rindu nak sarung baju sekolah *peh sombong gila taknak mengaku rindu cikgu T___T * Lihat transformasi minah ni dari dia berhingus hijau sampailah bermuka matang dan anggun. Bhahaha :p

Hei ni mungkin last entry yg aku update daily. Lepas ni aku jadi biskut balik. Tak payah nak rindu aku sangat sebab aku awal-awal dah get ready dengan entry ni. So sila tatap gambar di bawah sampai muntah. Buek.. btw, kepada adik-adik yang berusia bawah 18 tahun,
SELAMAT MENERUSKAN ALAM PERSEKOLAHAN. RAJIN-RAJIN BUAT HOMEWORK KALAU TAKNAK KENA ROTAN DENGAN CIKGU DISIPLIN.

Pada kakak-kakak dan abang-abang kolej or uni, kau tak payah nak 'BOO' kat budak-budak tu sangatlah sebab kita pun sambung sem 2 esok hoii~! Nak cuti lagi T___T


Masa sukaneka darjah 1 dulu.
Aku tengah cium topi. Maklumlah topi baru. Ngeee



Masa darjah 4 Cempaka :B



Masa form 3 aka zmn br nak up T___T
Ekceli contengan blkg tu hasil kerja kami
*cikgu disiplin baca, mati aku dan rakan2 di atas*



Ada rombongan Cik Kiah ke.. er lupa dah.
Aku tudung putih dan err baru pakai braces. Hehe :B



Lawatan ke Muzium Negara.
Apa? Skema? Nerd? Yes we are!!



Masa graduation day :')


Okeh nak tidur. Penat haku nak upload gambar dengan bb yang lembab macam siput sedut ni. Hey apa yang aku cuba sampaikan dalam gambar-gambar di atas ialah:
Bila dah habis zaman persekolahan jangan lupa mintak kawan-kawan sain atas baju sekolah korang sebab nanti baju sekolah tu boleh buat kenangan. HAHA


p/s: Mesej yang cuba disampaikan serius terpesong jauh. Okeh SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!



Sunday, January 02, 2011

Jom Main Nombor Ekor

Korang tahu tak sekarang demam nombor ekor kat FB? Haha sebenarnya macam ni, kat FB sekarang ada macam ala-ala segmen 'Kenali Kawan Anda' *suka hati bagi nama* Mula-mula aku macam tak ambil kisah pun pasal ni sebab aku jenis tak berapa reti nak describe orang. Setakat perhati then kutuk-kutuk dalam hati, tu aku rajin. Haip! Tak, tak.. kidding. Hehe

Nak tahu macam mana aktiviti tu dijalankan? Okey, mula-mula korang kena paste ayat lebih kurang macam ni kat status korang :

Send to my inbox any number from 0-1000. Then i will describe something about you on my status. Nobody will know about the number. It's only between you and me :)

Err lebih kurang macam tu lah ceritanya. Aku tak ada post macam tu kat wall aku. Aku involve dalam ni secara tak sengaja. Aku suruh member aku describe aku, then aku kenalah describe dia balik. Haha my lucky number is 67. Ala tak kan tak paham lagi? Tu kan hari jadi aku, 6 Julai :D

Ehmm kantoi dah nombor aku 67. Ok lepas ni terpaksa menyamar guna nombor lain pulak. Btw aku suka bila kena bodek tau2. Sampai aku sanggup print screen and tampal besar-besar kat blog. Macam batak gila aku ni. Tapi, tapi.. benda ni seriously fun! Sesiapa yang tak cuba lagi, u should try. Hehe.. ohh kalau korang nak aku describe korang pun boleh jugak. Just pm me kat FB *for those yang ada FB aku ye :B*









Atas ni antara orang yang sayang haku. LOL btw terpaksa tutup nama mereka sebab konon nak jaga privacy. Lupa nak bagitahu, kalau ada you guys yang rasa macam news feed FB dia semak gila dengan status aku, saya mohon ampun banyak-banyak. Ala.. bukan selalu pun aku update status kan2? Lepas ni aku dah start study. Tak adanya nak post status banyak2 lagi dah :D



Saturday, January 01, 2011

Azam Tahun Baru

Yey! Lagi dua hari tahun 2010 akan melabuhkan punggung tirainya. Apa perubahan yang dah aku buat tahun 2010 ni? Ehm tak ada pun. Masih anis yang sama, tak ada cita-cita tetap lagi, masih belum matang secara rohaniah dan batiniah =.="

Btw tahun depan umur aku dah masuk 19. Oh mak tak percaya nokk mak dah besar. Semua benda besar tau (?). Hampir dapat kunci kebebasan uolsss *yelah tu* So berkat dengan membesarnya umur dan membesarnya badan ni, nak buat beberapa wishlist. Hey wishlist aku tak sama macam korang. Aku tak hard up nak DSLR, nak kahwin apa jadah semua. Tu zaman mumaiyis yelah aku nak bantai benda-benda macam tu.

Harapan ANIS SHUHADA pada tahun 2011:

Tak mahu cengeng lagi dah. Pertengahan sampai akhir tahun 2010 wa banyak berendam air mata. Pasal apa, lu tak yah tahu. Tapi apa yang penting, kerjasama aku nak jadi kuat. Tears no more. Ececeh.. oh aku suka sangat quote ni. Lelaki memang suka sangatlah sebut kan? Macam batak sangat je. Nah ambik, "No women, no cry. Then how about no women, no you?" *tiba-tiba*


Nak kurangkan ketagih kat blog sendiri. Boleh tak macam tu? Selain itu juga, nak naikkan earning Nuffnang dan Churpchurp $.$ Tq nuffnang sebab bagi BE dua bijik kat aku. Muuahh laju-laju kat boss Nuffnang. Hehek


Nak masuk The Biggest Loser Asia season 3. So mulai sekarang nak makan banyak-banyak supaya badan membulat. So dapatlah aku join dan dapat jumpa Dave Nuku. Buat masa sekarang aku masih underwear underweight. So tak boleh masuk lagi.


Nak study rajin-rajin dan lepas tu berjaya tebus kegagalan sem lepas. I do this for the sake of my parents. Diorang yang banyak dorong aku untuk berjaya. Orang luar, sorry to say. Kamu banyak menjatuhkan saya. Sorry ayat kasar.


Ok cukuplah tu. Kang lagi banyak aku tulis, makin banyak hati terguris. Eh pahal aku ni tak pasal-pasal tacing? Tak, sebenarnya aku emo sebab assignment Physics ni tak siap-siap. Cuti tinggal berapa hari je ni. Okeh babai T___T



Corat-coret 2010. Ececeh :B



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...