Monday, February 28, 2011

Cara Buat Border Keliling Blog & Sidebar

Mula-mula,
Dashboard > Design > Edit HTML

Tekan Expand Widget Template dan tekan ctrl+f. Untuk border keliling blog, cari code ni:

#outer-wrapper {

Dah jumpa? Sekarang copy code bawah ni:

border: 3px solid #000000;

Paste bawah code yang aku suruh korang search tadi. Warna merah untuk edit ketebalan border tu. Makin tinggi nilai, makin tebal border anda. Warna hijau untuk jenis border. Kalau tak suka solid, boleh tukar dotted, dashed, double atau outset. Suka hatilah nak pilih mana-mana oke? Warna purple untuk warna border korang tu. Colour selection boleh cari kat SINI.

Kalau nak buat border pada bahagian sidebar, cari code ini:

#sidebar-wrapper {


Repeat balik steps yang aku ajar tadi. Kalau nak letak border kat tempat entry, cari code ini:

#main-wrapper {
Kalau korang guna template designer, maybe korang tak jumpa code ni. Tak tahulah betul ke tak. Pape pun, selamat mencuba! :)


Credit: bloggerbuster.com

Sunday, February 27, 2011

Apa Yang Best Guna Nokia C3?




Hai! Saya rasa saya sudah puas buat entry sampah dalam 2 minggu ni. Sekarang nak cerita sesuatu yang berilmiah sikit. Ehm sikit je. Tak banyak pun. Seperti yang anda semua tahu *ececeh* saya dah tukar handphone baru. Tepuk tangan sikit :D

Setelah dua minggu mengenggan Nokia C3 yang pink-pink lagi lebar ni, saya dah discover beberapa feature dia. Tak lupa juga kehuduhan handphone ni T___T Mari saya list kan beberapa keseronokan phone Nokia C3 ni.

Speciality C3 ialah wifi. Kalau korang duduk dalam kawasan wifi, korang boleh online sampai lebam. Tapi depends pada memory kad phone korang. Aku punya memory kad 2 GB je. Tapi, memory kad yang kecik ni tak menghalang korang untuk bukak other website selain Facebook dan Twitter. Try online guna Opera Mini. Masa aku beli phone ni, Opera Mini memang dah install dalam phone. Pada C3 user yang tak ada Opera Mini, install lah sekarang :D

Selain Opera Mini, aku gunakan application Snaptu untuk online Facebook dan Twitter. Sebenarnya boleh je online guna FB dengan Twitter yang terpampang kat homescreen tu. Tapi kalau guna yang tu, aktiviti jadi limited. Aku tak dapat nak search nama orang. Nak tunggu news feed pun berjanggut. So bila korang nampak aku update status under Snaptu, ehem! Tak paham-paham lagi ke wa dah tukar phone baru?! Wakakaka ;p

Next! Paling best kat phone ni sebab ada Ovi store. Ovi store ni macam tempat korang download theme, ringtone, game etc secara FREE. But make sure ade internet connection. Kalau tak, non hado lah nak download semua tu. Aku download Snaptu kat Ovi store. Under application download.



Snaptu



Atas ni semua dari segi application internet yang aku sangat berpuas hati. Sebab tu sekarang aku tak pernah tidur kat lecture hall sebab aku gunakan kemudahan wifi semaksimumnya untuk online. Hehek.. oh btw, kalau office hour, UiTM block FB dengan Twitter. Tapi Snaptu kan ada. Kau online la puas-puas guna Snaptu. HAHAHA *gelak evil*

Other than application, satu je yang aku suka pasal phone ni. Mutu video dia terbaik. Tak ada lag bila korang play balik video tu. Huehue tapi kamera tetap macam haram. Tak ada night mode. So mood nak camwhore pun dah tak ada. Tak apa, lepas ni wa buat vlog pulak. Heh :p

Dari tadi dok puji C3, la ni wa nak kutuk. Ni aku tak berkenan kat phone ni:

Baru 2 minggu guna, tapi aku punya navigation pad dah terkopek. Elok-elok warna silver, terus cacat jadi hitam. Ni semua sebab main game. Dok sibuk menekan nav pad sampai jahanam. Selain terkopek, nav pad tu pun da longgar. So, pengguna C3 tak digalakkan sangat main game kalau tak nak phone cepat jahanam.

Masalah ni, aku ada baca review kat blog lain. Aku tak pasti semua Nokia qwerty keypad ada masalah ni. The problem is, phone ni restart sendiri tanpa disuruh T___T Contoh, korang tengah dengar MP3, tiba-tiba korang menggatal nak camwhore. Ha time tu dia akan restart. Senang cerita phone ni tak boleh buat dua kerja dalam 1 masa. Paham tak?

So far ni yang aku berjaya find out lepas 2 minggu guna. Korang nak tahu kenapa harga phone ni murah? Dia murah sebab tak ada 3G. Kalau ada 3G, harapan ah nak harga bawah 500 :p Takpe, asalkan ada rupa Blackberry, kan Ninie cayam. Nanti mama belikan baju untuk Ninie *nama phone ialah Ninie. Tak menahan T__T*


Friday, February 25, 2011

Superbusay


Hape jadah superbusay ni? Haip tak bagi salam apa semua, tahu-tahu dah cerita pasal superbusay. Ehm beginilah rupa seorang pelajar berkaliber (?) Tekanan yang dirasakan sekarang Tuhan sahaja yang tahu. Semakin rapat tarikh 18 Mac *habis asasi. Yey* semakin kusut kepala aku. Hei uban aku dah naik tahu? Kelemumur pun dah mula gugur macam salji T___T Sebelum ni tak pernah ada kelemumur. Tapi terima kasihlah kat life asasi yang awesome ni sebab berjaya buatkan kelemumur aku timbul. Okeh, lepas ni bolehlah beli Head and Shoulder. Then bolehlah pura-pura jadi, "Nama saya Rain" Pftt asal macam dah salah iklan ni +.+

Hmm.. hm sebenarnya tak ada idea nak update. Tapi masih gatal tangan pergi tekan new post. Lalu terhasillah entry sampah ni. Haihh tak sabar nak habis asasi. Nak rehat kat rumah puas-puas! Sekarang macam-macam masalah melanda. Isnin lepas aku menangis sebab dah tak tahan sangat. Can u see how much this pressure has turned my life upside down?!

Ok da mula emosi. Bai :p



Friday, February 18, 2011

Tips Memastikan Blog Anda User Friendly



Hoyeh Ninie datang lagi dengan tips mengarut. Hehe okay kawan-kawan. Kali ni tips ni tak mengarut. Ni daripada pengalaman aku, dan dari my point of view. Nak follow okay, taknak follow pun tak pe. Hehe ;)

First of all, macam mana nak bagi orang yang singgah ke blog kita buat pertama kali berasa selesa dengan blog kita? *ape punye ayat* Mari saya list kan.


1. Sesunggunya pengguna broadband adalah dari golongan yang sabar. Haha hello bb user! Betul tak apa aku kata ni? Bila kita guna bb, kita punya usage agak limited. Lagi-lagi yang guna 3.0 GB tu kan. Peh memang sangat sakit untuk berjimat bandwidth. So kalau ada antara korang yang blog sarat dengan widget, saya harap korang boleh kurangkan widget yang tak perlu. Sebab kebanyakan yang blogwalking mesti guna bb kan? So kesianlah kat kami pengguna bb yang tercangak-cangak tunggu blog korang loading. Memang kami penyabar, tapi kalau dah 10 minit kami tunggu, tapi tak ada apa-apa keluar, mesti fed up kan? Padahal niat kami ikhlas nak pergi blog awak T__T

2. Then make sure warna blog awak tak striking. To newbies, saya sangat-sangat sarankan supaya awak guna warna pastel untuk blog awak. Nanti orang yang singgah ke blog awak tak adalah rasa emosi dan tension bila pergi blog awak. Sebaliknya, diorang akan lagi suka sebab warna blog dan susun atur blog awak sangat calmful :B

3. Next is font! Aku baru perasan yang Template Designer sekarang ni dah makin maju sebab offer banyak font baru yang maveles. *ooemgee habislah tutorial aku tak laku lepas ni T___T* Untuk font, seeloknya guna font yang sedap mata memandang. Err macam font blog aku mungkin? =.=" Font kat blog ni nama dia Trebuchet. Tu yang buncit-buncit je tulisan aku. Pffttt.. Sebenarnya Trebuchet ni antara font yang kemas dan sedap mata memandang. Bagi aku lah. Tapi tak tahu la pulak korang. Hehe

4. Next is music player! Okey ni aku rasa malu sendiri sebab dulu aku pernah tak suka dengan bloggers yang tak suka autoplay. Biasalah, masa tu aku masih mumaiyis pasal arena blog ni. Tapi sekarang lepas aku alami sendiri, errr agak annoying jugaklah dengan autoplay :( Kalau awak nak letak lagu kat blog, seeloknya letak yang boleh pause ok sayang? Kami pergi blog awak bukan nak dengar lagu, tapi kami nak baca content blog je.. Kami tak rasa widget Ghucy Music tu perlu :) *psstt blog adik aku ada binatang tu. Korang tak yah pergi blog dia*

5. Seterusnya disabled right click. Ehh asal lak aku terasa ni? Haha, memang blog ni disabled right click pun. Tolong jangan salahkan aku. Actually aku dah try untuk enable right click. Tapi aku dah lupa pulak coding mana yang perlu dibuang. Damn it. Korang, im sorry. Nanti aku edit balik blog ni :(( Oh, pada blog yang tak offer tutorial, korang boleh je buat disabled right click. Tapi kalau blog korang offer tutorial macam blog aku, seeloknya jangan. Serius rasa macam nak bagi ciuman je bila kita tekan right click, then keluar ni "Buek, tak boleh copy" Wadderfff T___T

6. Selain tu, aku sangat-sangat galakkan korang minimize korang punya sidebar. Letak widget yang perlu je *dah 2 kali ulang* Contoh macam korang nak tunjuk korang punya social network. Instead of putting FB badge, Twitter widget, etc. Korang boleh gantikan dengan Cute Profile. Horey sila lihat kiri blog ni. Elok je mereka tergantung kat situ. Nak tahu cara buat Cute Profile? Apa lagi, usha la tutorial saya. Ngeee... Selain tu, kalau korang nak letak biodata ke, gambar ke, apa ke.. apa kata korang compile kan semua tu under 1 tab? Okeh, try tengok kat sidebar aku, yang Menu. Kelihatan simple bukan? Untuk buat tu, aku refer tutorial member blog. Untuk link dia, sila tengok kat list tutorial aku, namanya 'Cara Buat Drop Down Menu'.


Okeh, buat masa ni tu jela yang aku dapat fikir. Jaga blog korang baik-baik ok? Aku sangat sayang kat blog ni. Yelah, dah edit gila-gila hasil air tangan sendiri. Takkan lah tak sayang kan? Aku plan nak blogging sampai aku tua ganyut. Haha berfikiran panjang betul. Mak suka! :p Aku teringin nak blogging macam nurulism.com Hehe comel je bila dia story pasal anak dia. Aku pun nak buat macam tu jugaklah nanti :D Hehe okai bai *ending aku selalu tak klimaks. Tak tahu apa masalah aku*



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...