Tuesday, March 29, 2011

Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Aku suka post kawan aku ni. I just copy and paste here. Im totally speechless for the time being. Maybe betul apa yang dia cakap.. Azy, aku pinjam eh entry ko nih. Sayang ko, Azy :')

This song is very meaningful and I fall in love with it the first time I heard. There is no use sticking with someone that brings more hurt than happiness. If there is no 'chemistry' in the relationship anymore, maybe both of them should willingly to end the relationship. When everytime they meet, a 'war' is about to begin eventhough it is caused by a small thing and we are not meant it to happen. It is just anything that he/she do seems wrong in our eyes. Maybe we can try to fix it by trying something new to make the relationship alive back and colourful, but believe me, it is not easy if there is totally no more 'chemistry'. Face the reality and forget him/her or otherwise, you'll get hurt and hurt him/her more too.... Probably it is time to say "Takde jodoh".
-Azy-


Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Chorus
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Ulang Chorus


Kebahagiaan dalam perpisahan...



I have done my best for you. But nothing is worthy anymore. Thanks for the memories :)

Monday, March 28, 2011

ThePinkGajahStory ❤'s LUCKY DRAW

Di tag oleh adik Hani yang kiut miut. Dah lama dia tag aku join lucky draw ni. Tapi tak pernah ada masa nak update entry pasal benda-benda macam ni T___T Tapi setelah aku amati hadiahnya, agak meleleh air liur. Hey I WANT MY OWN DOODLE!! Lagi-lagi bila sekarang ni dah timbul issue pengguna blogspot curi doodle from tumblr. Tak suka la bila kena label macam tu kan :(

Dah nama pun Lucky Draw. So dia punya T&C memang simple! Klik SINI untuk maklumat lanjut okeh. Now here go the banner. Tada!



Nak tag tiga blogger lain join Lucky Draw ni. Cepat join tau. Tarikh tutup dia 30 Mac 2011, pukul 11.59 malam..!

Amirrah Zawani
Mira Hana
Semua follower blog ni ^^

Saturday, March 26, 2011

Kecewa? Ingat Allah SWT Banyak-banyak :)


Pernah rasa frust menonggeng bila putus cinta? Actually bukan pasal putus cinta je, banyak lagi benda yang boleh buat kita frust menonggeng. Tapi aku bagi contoh paling senang lah. Sekali lagi, Ko pernah frust menonggeng sebab putus cinta?? Aku pernah la frust. Tapi bukan sebab putus cinta T__T

Sebenarnya aku ni sangat fragile orangnya. Sekali aku dah sayang, memang payah gilalah aku nak lepaskan. Saiko bukan perangai aku ni. Pfttt.. Masa kat uni sebelum ni, ada jelah masalah datang menimpa-nimpa. Dah lah jauh dari family. Kalau aku duduk serumah dengan family, maybe aku boleh tahan lagi perasaan tu. Tapi ni dengan kawan-kawan. Memang aku ada menangis kat kawan-kawan. Siap polok-polok commolot ape semua. Tapi lepas tu bila sorang-sorang, aku bantai meraung balik. Susah bila jadi lembik ni.

Masa sem 1 result aku teruk sebab tak reti nak handle stress. Aku lupa solat, tak study.. Konon dah pandai sangat la tak nak baca buku masa study week tu. Kerja aku online 24 jam. Roommate aku sibuk stay up sampai pagi semata-mata untuk study, aku pulak bersengkang mata mengadap FB. Akibatnya, result aku teruk. Sikit lagi nak kena tendang..

Cita-cita nak further dentistry berkubur macam tu je. Kesian kat parents aku yang menaruh harapan nak tengok anak dia berjaya. Aku ambil masa 2 minggu untuk kumpul keberanian untuk bagitahu parents tentang result aku. Tu pun dorang tak tahu aku failed satu paper. Aku ingatkan parents aku akan marah-marah, tapi tak. Dorang kata,

"Tak pe, along. Lepas ni buat baik-baik. Study elok-elok.."

"Tapi, lepas ni kita tak dapat jadi doktor gigi. Result dah teruk sangat.."

"Mama dengan abah tak kisah kau jadi apa pun long. Yang penting, kau dapat kerja yang halal, ada gaji. Boleh sara hidup adik kau lepas mama dengan abah tak ada nanti"


Goshh.. aku hampir nak nangis bila ingat balik reaksi parents aku. Dorang tak marah, sebaliknya dorang bagi support. Tu yang buatkan aku jadi kuat bila masuk sem 2. Masuk sem 2, aku ada apply diploma. Tapi bila dapat tawaran, aku tolak sebab mak aku tak bagi. Hm tak pe. Restu ibu bapa tu penting.

Naik sem 2, aku bangkit. Walaupun masalah yang melanda aku masa sem 2 lagi dasyat dari sem 1, tapi aku cuba bertahan. Roommate aku nasihat supaya ingat Allah banyak-banyak dan mengaji. Aku ikut nasihat dia. Lama-lama, aku rasa tenang. Bila ada masalah, aku boleh lalui sikit-sikit. Tak adalah emo sangat macam sem 1 dulu..

So kesimpulannya?? Bila ada masalah, kembali pada Allah. Bukan bila ada masalah kau pergi buat entry mencarut-carut kat blog, buat status maki hamun kat FB, hisap rokok/shisha, merewang sampai pagi. Kalau buat macam tu dapat apa?

I have gone through that. Aku tak adalah kata aku ni baik sangat. Just nak share experience. Jangan terlalu ikutkan perasaan tu. Tak payah nak terjun bangunan kat shopping complex ok? *ops* Allah SWT tu ada, mengadu sahaja kat Dia sebab dia Maha Mendengar :')

Tq sudi baca :)

Friday, March 25, 2011

Aktiviti Masa Cuti

Sempena cuti 6 bulan ni, aku nak list down aktiviti yang harus aku buat sebelum sambung degree nanti.

* Nak cepat-cepat carik kerja dan kumpul duit. Nanti senang nak enjoy.
* Nak kuruskan badan dan turunkan 150 Newton :p
* Nak jadi model dara.com =.="
* Nak lebih gigih cari pendapatan sampingan from Nuffnang dan Churpchurp
* Nak belajar masak. Err macam tipu je ni :B
* Nak khatam Al Quran :')
* Nak have trip bersama tawan-tawan ke err ke err.. dengan sape ek??
* Nak jadi insan yang lebih baik. Awww
* Nak tolong mak sapu rumah
* Nak tolong mak carikkan menantu
* Nak bertunang. HAHAHAHAHA


Okeh makin panjang list, makin banyak mengarut. Tapi yang last tu penting! Ada 6 bulan je ni masa untuk carik bakal tunang. Hahaha kidding. Ni list saya. Anda pula bagaimana? Ohh btw nak ucapkan tahniah untuk adik-adik yang ambil SPM tahun 2010. Mencik ah kalau ada budak sekolah lama aku dapat result lagi gempak dari aku. Aku tak suka orang lebih dari aku. Er pulak dah =.="

Btw sorry entry kebelakangan ni dah mula macam sampah. Blur nak taip apa. Sekarang ni suka taip separuh jalan lepas tu save kat draft. Ni je entry yangg selamat dipublish T___T


Pose comel untuk bakal tunang.
Pfttttt =..=


Thursday, March 24, 2011

Contest Header Paling Cute

Hai! Dah lama tak join contest. Kali ni di tag oleh Mira Hana. Dia study medic kat Egypt tau. Jangan main-mian.. Teheee~~ Tanpa melengahkan masa, ni ialah banner contest tu. Tarikh tutup contest adalah ESOK. Ye, esok bersamaan 25 Mac 2011. So cepat-cepatlah join kalau berminat ok? Bawah ni banner contest tu. Cekidaut!


=.="
More info and T&C, tekan SINI



Dah nama pun header paling cute kan, mestilah nak tempek header. Tak kan nak tempek muka pulak. HAHAHA tak lawak :p Header yang saya pertaruhkan ialah, jengjengjeng ~~~


Pink dialog balloon kat header atas ni memang biar kosong sebab my timeline Twitter ada dalam tu. Senang cerita, tengok header asal kata atas tuh ok. Baiklah, sekarang nak tag 3 orang untuk join contest ni.


Wahai adik-adik akak yang comel, meh la join. Header korang semua best-best! ;)


Saturday, March 19, 2011

Ringkasan Kenangan Asasi Sains 2010/2010






Sekarang musim doodle kan? Ha ni la doodle paling hebat aku boleh buat. Special untuk rakan kelas kesayangan saye. Hehe eh ni doodle ke?? O.o


Btw buat masa sekarang ni entry macam more to Puncak Alam lah. Bila dah nak berambus, baru sibuk nak sayang segala bagai T___T Seperti yang dijanjikan, entry ni untuk A4. Tapi rasa macam tak dan la pulak nak taip nama sorang-sorang kan. Dakwat pen dah habis guna masa jawap paper Bio hari tu (?)

Untuk refresh semula memory bersama korang, ni aku list kan post-post dulu sepanjang aku bertapa kat Puncak Alam ni


Arghhh banyak sangat lah label under Puncak Alam ni. Tak larat aku nak list kan. Pada korang yang tak reti nak buat apa cuti ni, meh la baca koleksi kisah aku kat Puncak Alam ni. HAHA ko promote amende ni makcik :B

Klik SINI untuk baca post label under Puncak Alam :)
Pape pun,

'Dear amiraS, anisS, amirulS, arifS, anaz/s, anati: SHU sayang kowranggg sumewww. Heheh :D'

Friday, March 18, 2011

Parcel ♥

Aku lah orang paling hepy sekali bila terima parcel. Tak tahu kenapa. Sebab tu lah diri ni suka sangat order barang-barang secara online sebab gian parcel. Sampai mak aku pun bising, selalu beli benda bukan-bukan. Dah lah menganggur, lepas tu menghabiskan duit mak bapak je keje T__T

Benda pertama yang aku beli di alam maya *eceh* ialah plushies. Hehe.. aku suka soft toys! Tu diaaa, perangai kanak-kanak dah keluar. Warna pink lagi aww..

Bila tidur sy ske peluk die.
Empuk je~~

Barang kedua yang aku order, ialah macarons. Hm kat luar kan susah nak carik macarons. Tu yang sampai batak sangat pi order online. Hmmm.. So far, tak menyesal lah order. Lepas gak kempunan nak merasa macarons. Hehe..

Model macarons. Aww :p

Dan barang paling latest yang aku order, dan hari ni dapat sampai sibuk update kat blog ialah phone charm! Hehe.. aku jumpa pasal ni kat blog The Pink Gajah Story. Comel sangat phone charm dia. Murah pulak tu. Tu yang gatal tangan pegi order tanpa mengendahkan dompet yang makin kempis T__T


Order 2. Lagi 1 utk sape ek? :p


Barang2 kesayangan. Ehm termasuklah bantal busuk
T__T

Ce teke atas kek tu tulis ape.
Hehe.. eh kek tu non edible tahu :3


Minat nak order?

Plushies, HERE
Macarons, HERE
Phone Charm, HERE


So far, aku tak pernah lagi order baju. Kang kalau sendat, tak pasal-pasal je. Aku ni dah lah gemuk. Ceh.. Tapi pape pun, "Selamat menghabiskan duit, kawan-kawan!"

Thursday, March 17, 2011

R2502

Saat entry ini ditulis, semua rakan sepejuangan dan housemate sepejuangan sedang berhimpit macam tin sardin dalam bas Rapid KL untuk huha-huha lepas final. Aku je yang sesat duduk kat bilik sorang-sorang taip entry ni.
.
.
.

Dan korang pun baca entry ni. HAHA tak lawak T__T Actually final exam dah tamat hari ni. Tapi sebab last sem aku 'bijak' sangat sampai failed satu paper, last-last terpaksa tahan dulu nafsu nak enjoy. Esok aku ada last paper, Chemistry I. Arghhh.. bak kata pensyarah Math aku, "Padan muka. Sape suruh ko fail sem lepas". LOL menghiris kalbu betul T__T

Btw asasi 2010/2011 dah tamat. Horey! Rasa macam sekejap sangat masa berlalu. Honestly, sem lepas memang aku banyak main-main. So no wonder aku failed Chemistry. Semalam bila aku study balik, baru aku perasan, "Eh sem lepas belajar ni ke? Asal aku tak tahu?" Ha.. padan muka. Tidur lagi masa lecture Chem T__T Pape pun, aku bersyukur sangat-sangat sebab masih diberi peluang untuk sambung sem 2. Bila aku fikir semula effort study sem lepas, aku memang tak layak masuk sem 2. Tapi, rezeki aku masih kat asasi.

Okay sesi mengadu tamat. Sekarang sesi ucapan. Dear housemates and A4, aku sayang korang sangat-sangat.. Aku sangat selesa dengan korang. Walaupun pada mata korang aku ni pendiam dan tak banyak cakap, tapi aku observe setiap perangai korang. Ops kantoi dah hobi selama ni T___T

To housemates,

Kern : Aku paling sayang kat ko. Ko selalu care pasal aku. Ko selalu cuba nak cium pipi aku walaupun aku tak bagi T___T Ko protective. I loiikkee sebab aku ni jenis lembik. Kalau ada masalah, nangis kat bahu ko. Hehe love u KERN :')

Malin : Ni nakal sikit. Tapi bila dengan aku, dia tak nakal sebab tak sampai hati nak kenakan aku. Konon muka aku inesen sangat (?) Paling best, kat phone dia ada TV. Dapat jugak tengok Anugerah Juara Lagu kat phone die. Yay!

Bella : My mummy! Rajin tegur aku kat rumah. Hehe maklumlah aku ni jenis berat mulut. Selagi orang tak tegur, selagi tu aku senyap T___T

Miza : Selalu jadi mangsa aku untuk pinjam cardigan. Heheh sorry Miza :D

Syud : Suara paling nyaring. Heh.. dia suka fikir positive. Aku tak pernah nampak dia moody selama duduk satu rumah dengan dia :)

Aina : Sentiasa busy dengan movie. Tak tahu bila dia study =.= Tapi salute Aina sebab dalam enjoy pun, dia still boleh go on dengan study. Tak macam aku. Kalau enjoy, terus lupa buku T___T

Ain : My roommate. Hari-hari terpaksa menghadap perangai aku yang kejap ok, kejap moody. Haih.. btw tq ain sebab bagi saya pinjam Al Quran awak :') Awak banyak ubah saya jadi lebih baik. Kalau dulu solat saya huru hara, sekarang dah mula terjaga. Kalau dulu, saya tak pernah nak mengaji, sekarang saya dah suka baca Al Quran. TQSM :')


R2502. Love u guys :')


p/s: A4 entry seterusnya :D

Monday, March 14, 2011

Cara Tukar Gambar/Tab hidden Shoutbox

Kalau korang guna hidden shoutbox, korang boleh tukar tab atau gambar shoutbox ikut kreativiti masing-masing. Macam mana nak tukar? Okay mari saya ajar awak. Mula-mula,

Dashboard > Design > Add A Gadget > Add HTML/Javascript


Kemudian paste code ni:

<style type="text/css">
#gb{
position:fixed;
top:50px;
z-index:+1000;
}
* html #gb{position:relative;}
.gbtab{
height:100px;
width:30px;
float:left;
cursor:pointer;
background:url('URL TAB/ICON') no-repeat;
}
.gbcontent{
float:left;
border:2px solid #666666;
background:#F5F5F5;
padding:10px;
}
</style>
<script type="text/javascript">
function showHideGB(){
var gb = document.getElementById("gb");
var w = gb.offsetWidth;
gb.opened ? moveGB(0, 30-w) : moveGB(20-w, 0);
gb.opened = !gb.opened;
}
function moveGB(x0, xf){
var gb = document.getElementById("gb");
var dx = Math.abs(x0-xf) > 10 ? 5 : 1;
var dir = xf>x0 ? 1 : -1;
var x = x0 + dx * dir;
gb.style.right = x.toString() + "px";
if(x0!=xf){setTimeout("moveGB("+x+", "+xf+")", 10);}
}
</script>
<div id="gb">
<div class="gbtab" onclick="showHideGB()"> </div>
<div class="gbcontent">

CODE SHOUTMIX ANDA

<div style="text-align:right">
<a href="javascript:showHideGB()">
[close]
</a>
</div>
</div>
</div>
<script type="text/javascript">
var gb = document.getElementById("gb");
gb.style.right = (30-gb.offsetWidth).toString() + "px";</script>

Warna hijau tu width dengan height untuk tab/icon. Kalau korang guna tab yang aku provide kat bawah ni, korang tak payah usik width dengan height tu. Tapi kalau korang guna icon sendiri, korang kena try and error.

Warna merah pulak untuk position imej tu. Means untuk elakkan imej tenggelam. Makin tinggi nombor, main ke kiri korang punya imej. Sekali lagi, kalau korang guna tab, korang jangan usik warna merah tu.

Warna biru pulak untuk korang ubah position shoutbox dari kiri ke kanan. Ok tu saje. Selamat mencuba!




Click untuk copy imej URL


Kindly click the above link and follow them ;)

Saturday, March 05, 2011

FB Bukan Tempat Aku Carik Jodoh




Pergh tajuk menggelabah betul. Haha.. kadang-kadang aku terfikir sendiri. Cinta yang wujud dari alam maya ni betul-betul ikhlas ke? Eh aku tak suka tau kalau ada lelaki yang aku tak kenal tegur kat FB. Kang kalau aku tak layan, kata aku sombong. Kalau aku layan, nanti ko tanya aku sepatah, aku jawap sepatah. End up, ko jugak yang tacing dengan aku. Wa tak kuasa ah nak jawap berjela-jela macam gedigurl yang lain. Saya SOMBONG T__T

Uhm sebenarnya risau jugak dengan perangai aku ni. Dulu aku tak pernah approve stranger. Lantaklah berapa banyak mutual fren pun. Kalau aku tak kenal, tak kuasa aku nak approve. Tapi semenjak dua menjak tiga menjak ni, aku nak jugak ah merasa jadi mesra alam. Main approve je sape-sape. Then bila on chat, ada la makhluk Allah ni tegur.

Dia: iiiii!
Aku: hai
Dia: sihat?
Aku: sihat je..
Dia: dok ane?
Aku: kl
Dia: oh.. kl kat mane?
Aku: ampang
Dia: yeke? sy pun kat ampang. kat pandan indah.

Then I was like, pffftttttttttttttttttt.. Kata kau budak sekolah aku dulu. Sebenarnya geram jugak dengan orang macam ni. Pernah sama sekolah, tapi tak pernah kenal aku siapa. Hoi tak tahu ke aku top student dulu? HAHAHA buek ;p Ok sambung.

Aku: skola pandan indah ke dulu?
Dia: a'ah taon 05. awk plak?
Aku: taon 09.
Dia: oh.. bolehlah jadi adik angkat ni..
Aku: yela tu. SY TAK KENAL PUN AWAK SAPE. TIBA-TIBA NAK JADI ADIK ANGKAT ;p

Kemuadian dia terdiam selama 10 minit. Tacing mungkin. Hahak padan muka. Dengan sedihnya dia kata, "takpe lah kalau macam tu. salam" LOLOLOL.. Terus offline. He.. tapi tiba-tiba aku jadi risau. Kot-kot dia nak pedajal gambar-gambar aku nanti. Terus aku pergi kat profile pic. Ada selai gambar ni cekci. Cepat-cepat haku remove. Takut gak kalau-kalau terkena minyak dagu :p

Kemudian, *oh cerita belum habis lagi* aku tukar profile pic baru. Then dia tegur lagi dengan soalan yang sama.

Dia: iii! dok ane?

Errr.. lantak ko lah labu. Terus aku pergi profile dia, dan tekan unfriend. Sekian terima kasih.



Tuesday, March 01, 2011

Teruja Dapat Macarons!




Icon comel atas ni from: cherrybam.com
Masa mula-mula dengar perkataan macaron, yang terbayang kat mata aku ialah macaroni. Oh mungkin macaron tu nama pendek untuk macaroni (?) Lah shortform ape bendenye oi kalau setakatkan gugurkan sehelai I tu je T___T
Mula-mula discover pasal macaron masa baca kat blog Amar Amirah. Beliaulah yang menayang gambar macaron sampai buat aku mengigau siang malam. Aku dah tak jumpa mana entry macaron tu sebab dah lama sangat. Tapi keinginan untuk merasa kemanisan macaron tu mula memuncak lepas aku terjumpa satu Facebook yang buat macaron. Ehm kenapa ayat tunggang langgang ni T___T
Kalau tak paham jugak bolehlah klik sini: ORDER HERE. Bestnya pasal kedai ni, dia sediakan perkhidmatan post. Tapi kalau macaron kau pecah masa delivery, tu kau tanggunglah sendiri. Bhahaha.. aku pick up sendiri je sebab rumah aku dekat je dengan rumah owner tu ;)

Source: Google

Comel weh. Macam manalah aku tak tergoda. Berwarna warni pulak tu! Aku ni dah lah pantang tengok benda yang berwarna warni. Err tiba-tiba teringat masa form 3 dulu aku teruja tengok resistor yang kecik berwarna-warni tu. Resistor pun kau layan jugak, kan anis T__T



Tiba2 masuk cerita resistor. Btw ni tak boleh dimakan tau
HAHAHA =.=


Harga macaron agak mahal jugaklah. Mungkin sebab susah nak jumpa dan susah untuk dibuat. Dia nampak macam biskut, tapi bukan biskut. Manis macam aku (?) Eh bukan. Macaron manis gila. So memang patut pun mahal sebab tak boleh makan selalu kalau tak nanti kena kencing manis. Mari layan gambar camwhore bersama macaron. Sorry webcam je mampu sebab gambar dalam phone tak boleh transfer masuk laptop T___T




Lawa kan packaging dia?
Berbaloi beli! :D




Perlu ke buat muka gedik masa makan macaron?!!
=.=




p/s: Baru tahu malam ni pasal kes tsunami kat Jepun. Gegaran almost reach 9 skala Richter. Dengar cerita wave nak merebak ke New Zealand, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii. Mari sama-sama doakan keselamatan negara yang terbabit. Hm takutlah bila baca berita pasal ni :(


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...