Monday, May 23, 2011

Future Babies

Semalam makan A&W dengan family kat Jusco AU2 kat Setiawangsa. Ala yang ada rumah kaca budak2 AF9 ittuw. Tapi bukan pasal mereka yang aku nak cerita. Aku nak cerita pasal baby yang aku nampak kat A&W tu.

Aku bukan jenis yang teruja tengok budak kecik. Tapi baby semalam ni serius menguji iman aku. Aku gelarkan dia Baby Mini. Hihik comel nama gelaran yang aku bagi. Dia baby boy.. Dah lah kecik, gebu, bulat *tapi tak gemuk*, pipi tembam ya amat, putih, bibir nipis. Aw can you imagine betapa comelnya persembahan dari surga ne? Nasib baik dia duduk kat luar A&W tu. Haishh.. bila mama dia bagi makan ais krim, dia makan, lepas tu dia terhuyung-hayang dalam seat baby dia :))

Btw entry sebelum ni aku sibuk bagitahu sekarang aku bakal jadi tunang orang. Tu semua tipu je. Saja nak over eksaited kat entry tu. Tapi, antara ciri-ciri lelaki idaman kitew, dia mestilah comel. Tak mahu yang macho macam Fahrin Ahmad atau Remy Ishak. Tapi cukuplah jika dia comel macam Aaron Aziz (?) Sebab aku kan comel. So bakal suami haruslah comel jugak. Nanti bakal anak kami mesti akan comel kuasa dua. Tu diaa.. angan-angan tak boleh blah.

Tapi, untuk menguji sama ada angan-angan untuk dapat baby comel menjadi kenyataan atau pun tidak, ada satu website ni boleh bantu bagi korang gambaran kasar bakal baby korang tu. Thanks kat Ayeem Ayam sebab perkenalkan website ni. Lalala.. Nama website tu, morphthing.com

Caranya senang jer. Korang pilih gambar muka korang dan pasangan korang, nanti dia akan suruh korang tick kat area hidung, bulu kening, bibir, etc. kat kedua-dua gambar tu. Lepas semua kerja settle, tekan 'Morph'. Dalam beberapa saat, tada! Gambaran future baby kamu siap!

Aku pernahlah buat sebelum ni dengan menggunakan gambar Randy Orton ehem-ehem. Hasilnya, baby tu comel kuasa dua -.-'



Hai Alfi!

Hai Fizi!


p/s: Kalau korang gatal tangan nak mix gambar korang dengan Brad Pitt pun bolehh.. Tapi hagak-hagak lah kalau nak ada anak dengan Brad Pitt pun kan -.-' Selamat mencuba!


Sunday, May 22, 2011

Taktik Mengorat Yang Dah Ketinggalan Zaman

Duhh~~


Sejak jadi bakal tunang orang ni, idea nak update blog pun dah kering-kontang *apa kena mengena entah* Okey, nampak tak tajuk? Aku yakin mesti ada punya antara korang yang pernah kena gula dengan lelaki hampeh cenggini.

Dua hari lepas, aku pergi dinner dengan family. Suddenly, ada misscall from unknown number. Bila ada number yang pelik-pelik misscall, aku malas nak menggedik pi mesej semula orang tu. Lepas misscall, suddenly dapat mesej:

Salam, awak tengah buat apa? Sihat ke?

Siapa ni?

Azry la. Takkan awak dah lupa?

Sorry, takde kawan nama azry *kerek gila aku ni*

Hm takkan tak kenal sy, arif azry? Awak ni cepat lupalah. Hmm..

Ah sudah. Aku pulak dituduh pelupa. Danggg.. tapi aku cuba jugak ingat balik kalau-kalau aku pernah kenal orang nama Arif Azry. Aku ada kawan yang nama Arif, dan Azri. Tapiii.. tak pernah lah pulak ada member nama Arif Azry. LOL nampak sangat kamu penifu!

Kalau aku budak hingusan umur 13-14 tahun kau bolehlah nak buat taktik bodoh begitu. Ni kau pergi try bakal tunang orang *mimpi* pulak. Report kat bapak titew kang taw lahh.. Hehe. Actually aku memang anti dengan orang macam ni sebab sepupu aku pernah kena. Sepupu aku ni naif jugaklah. Tak pernah couple. Lepas tu bila dapat 'jantan terpijak' macam ni, haruslah teruja kan.

Pura-pura salah nombor, lepas tu bila dah kenal 2,3 hari terus ajak couple. Lepas tu mulalah nak mintak topup apa semua. Sepupu aku lurus bendul, pi lah topupkan jantan khayalan dia tuh. Aduhh.. T__T

So lelaki, silalah cuba taktik baru kalau nak mengorat perempuan. Stail pura-pura salah nombor tu adalah sangat ketinggalan. Kamon.. Peh kerek siyal entry nih. Ops keluar dah ayat remp*t. Okeh renung-renungkan dan selamat beramal. Assalamualaikum!


Saturday, May 14, 2011

Pancake Air Tangan Sendiri. Yummeyhh!

Yes selepas sebulan lebih menjadi tokey tanam anggur yang berjaya, aku telah berjaya menyepahkan dapur. Sejujurnya lah kan, aku ni tak reti masak. Er masak nasik pun tak reti. Melampau kan perangai perempuan ni. Actually niat nak belajar masak tu sentiasa membuak-buak. Tapi yang buatkan aku tensyen, bila aku jejak je kaki kat dapur, dah kena sound "Kau tak payah buat semak kat dapur ni. Pergi tengok tv kat depan" See.. bukan salah saya.

Beberapa minggu lepas, aku berjaya buat pancake. Alah instant punya je punn. Tapi okey lah kan untuk beginner macam saya. Peh, perempuan umur macam aku ni sepatutnya dah pandai masak kerapu 3 rasa. Bukan baru reti masak pancake instant. Sila malu sekarang!!

Okey, untuk buat pancake, anda cuma perlu sekotak serbuk pancake. Untuk aku, aku guna brand Nona. Then kau tengok sendiri instruction nak buat dia macam mana. Kat belakang kotak tuh ada. Lemak ah aku nak ulang benda yang sama T___T

Setelah lebih kurang 30 minit tingtang-tingtang alekzender kat dapur, hasilnya not bad. Keh3.. Dengan beberapa keping pancake ditindih-tindih *err* dan diselimuti madu yang lazat meleleh-leleh *err* dan beberapa batang pisang dipotong-potong *err* ni lah hasilnya!!





Mcm roti canai pun ada T__T


Jemput makan!


Madu meleleh-leleh :9


Pancake + Banana + Honey = OHSEM! :9


Friday, May 06, 2011

Berminat Nak Beli T-shirt Muslimah? Click Here!

Assalamualaikum. Hehe.. sekarang nak tolong member promote satu blogshop ni. Dia jual blouse yang khas untuk gadis-gadis Muslimah. Cantik tahu.. Kalau korang berangan nak baju cantik-cantik macam model majalah dara.com pakai, korang boleh try usha blogshop ni. Ni antara baju yang menarik perhatian aku. Harga pun affordable. Meh tengok :D





Geram tengok baju ni. Baik kamu rembat cepat2 sebelum sold out T__T


Jatuh hati dengan baju dia? Ok, mari terjah blogshop ni. Kalau korang melopong kat blog ni, memang tak jumpa apa-apa lah -.-'

Facebook: Impian Fatyra

Monday, May 02, 2011

I ♥ Myself & Abang Jual Santan :D

Mengenali perangai lelaki ni kadang-kadang buat aku pening kepala. Pernah jugak terfikir, "Kalau aku tak kahwin pun, lagi bagus". Wah3.. ni la monolog dalaman paling stupid aku pernah alami. Dangg.. FYI, aku ni bukan jenis suka layan strangers. Boleh baca kat SINI tentang betapa aku tak selesa dengan strangers. Ehm ni namanya sombong ke? Tak kan?

Lepas aku clash bulan lepas, tak dinafikan aku macam terdesak nak carik pengganti. Asal ade je laki tegur, aku layan lepas tu bagi number phone. Fine, aku paling menyesal bagi number phone kat orang yang aku tak kenal. Bodoh btol. Pffftt.. Pada korang-korang yang pernah mengenali aku dan terasa dengan entry ni, maaflah. Ni my 2 cents je. So that u know, perangai aku macam mana.

Sepanjang aku terdesak mencari pengganti, adalah beberapa yang sudi berkawan. Adehh.. macam-macam perangai lah. Pening kepala aku nak layan. *cerita macam ramai sangat je nak kat aku. Kah3 :p *

Bila dah jadi macam tu, baru aku sedar. Aku ni terdesak sebenarnya dan aku silap. Aku tak sepatutnya terhegeh-hegeh carik pengganti. Sepatutnya aku kena take time untuk diri sendiri. Pening kepala woh nak pikir pasal orang lain ni. Dah lah kepala cukup berat sebab clash, lepas tu tambah lagi dengan perangai orang yang aku baru kenal ni. Seriously, i wont take serious pada orang yang aku baru kenal. Lagi-lagi yang kenal kat social network ni. Kalau nak berkawan dengan aku boleh, tapi nak lebih dari tu, maaflah. Baru kenal 2-3 hari, terus nak couple? Apa benda ni? Im not that desperate lah derr.

Aku jenis susah nak sayang orang. So janganlah paksa aku. Sekarang cuma ada sorang abang jual santan ni je yang berjaya buatkan aku tertarik pada dia. Hahah hensem woh! Muka macam Gambit Saifullah. Ni yang tiba-tiba rasa bersemangat nak teman mama pergi pasar beli santan. Wakaka :D


Scha: Lihat anis tu, perasan betul dia.
Gambit: Err bila plak sy jual santan? =.='


Susah betul nak carik gambar dorang ni. Kenapa aku pilih Scha? Ehm sebab aku rasa bila aku kurus, nanti muka saya macam Scha Al Yahya. Wakaka okeh boleh muntah sekarang. Haha bye!


Salin Kulit

Blog sudah salin kulit. Kali ni design makin matang kot? Err =.=' Lawa tak? :B Sebelum ni blog warna pink. Adoi design sebelum ni tak sempat nak print screen. Kalau tak boleh tunjuk hasil tangan sebelum ni. Hahah :D Sebenarnya niat asal aku nak tukar header je. Nak buat header bersambung dengan blog. Dah lah aku tak reti guna Photoshop. Dengan gigihnya aku mendesign guna Photoscape dengan paint jer. Belambak-lambak tab aku bukak. Lepas segala cubaan aku untuk edit header failed, aku bantai edit coding sampai blog jadi begini. Kesian kan T__T

Sekarang, header dah tak ada twitter update. Malas nok aku bukak Twitter hari-hari. Header sekarang adalah menggunakan nama sendiri. Ni kira macam perjalanan menuju kematangan lah ni. Sebelum ni ada member complain, blog aku terlalu kebudak-budakan. Hadoi kenapalah taste aku macam ni. Ni blog dah tukar warna pun, aku bantai warna baby blue. Hehe eh btw design blog ni adalah tulus dari naluri sendiri aw. Jangan pulak kata aku tiru idea blog The Pink Gajah Story. Warna blog Sis Ryna tu warna electric blue. Blog ni pulak baby blue. Dan.. semestinya header blog beliau lebih gojes daripada blog buruk ni T___T *jeles*


Header nama sendiri tu~!
HAHAHA :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...