Tuesday, June 28, 2011

Ops Kurus

Sekarang aku on the way nak kurus. Hah dah bertahun-tahun aku azam cenggitu. Tapi kurusnya tidak. Makin tembam adalah -.-'  Awal bulan hari tu, mama belikan aku losyen Mustajab pati halia tu. Ala.. yang duta dia Nora Danish tu. Heh mama sangat baik. Ada ke dia kata kat aku macam ni:

"Nah kau pakai losyen ni tiap-tiap hari. Risau mama tengok perut kau buncit sangat"  T___T



Mama~~ kenapa mama kata macam tu. Kite ni bukannya mengandung pun  T_____T  Sebelum ni aku tak kisah sangat pun pasal badan aku. Uhmm senang hati katakan. Tu yang makan pun tak henti-henti. Akhirnya bila aku upload gambar terbaru kat FB, semua komen:

"Anis dah chubby lah~~!"

Asal korang teruja sangat aku gemuk ni. Haizzz.. nak marah pun tak boleh sebab kawan sendiri. Kalau kome tak komen cenggitu, mungkin kesedaran sivik untuk aku kurus takkan wujud kot? Haha. so sekarang aku amalkan pakai losyen pati halia tu. Aku suka rasa panas losyen tu tiap kali lepas sapu. Rasa macam semakin panas losyen tu, semakin banyak lemak yang gugur -.-'

Selain pakai losyen pati halia, aku pakai bengkung jugak. Ui malu pulak bila kata macam ni. Macam anak dara zaman 60-an dulu dok berbengkung bagai. Pfttt.. Lepas mama belikan aku losyen tu, dia bagi lagi aku makan supplement minyak ikan + evening primrose oil. Evening primrose oil ni elok untuk kecantikan kulit dengan rambut. Fish oil pulak untuk sakit-sakit badan *if im not mistaken*


Lihatlah betapa sayangnya mama pada saya. Maklumlah, saya kan satu-satunya anak pompuan dia. So haruslah maintain cantik *pengsan* Hmm buat masa sekarang berat aku 58 kg. Bapak ahh.. berat gila. Hmm target nak capai 55 kg sebelum raya. Heh tengoklah macam mana. Tapi kalau susah sangat diet, baik aku pergi treatment kat SINI. Dengan harga RM 38, aku dapat mengukir bentuk badan berjenama :D


Sunday, June 26, 2011

Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-sorong




Dua hari lepas, tweet aku semua stok nak maki-maki je. Nak mencarut kat FB, rasa malu pulak sebab ramai sangat kenalan dan saudara mara. Kang dorang baca aku punya status, tak ke haru. Malam tu, aku cuma up status macam ni:

"Perempuan zaman sekarang ramai yang tak sedar diri. Sekian terima kasih" 
-11 people like this-

Actually bukan niat aku nak tuding jari kat semua perempuan. Tapi aku cukup benci dengan perempuan jenis hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Aku tak suka perempuan yang nampak terhegeh-hegeh kejar lelaki. Kenapa kau nak letak darjat kau kat bawah tapak kaki wahai perempuan? Aku tak salahkan perempuan yang buat first move kat lelaki yang dorang suka. Itshokey sebab aku pun pernah buat macam tu dulu :p

Tapi kalau kali pertama kau cuba mendekati dia tapi dia tak berminat dengan kau, kau tak usahlah buat muka tak malu terhegeh-hegeh lagi kat lelaki tu. Cara kau tu buatkan kau nampak desperate. Baru kenal satu jam, dah mengada nak buka pekung di dada. Kalau buat macam tu, kau ingat orang lelaki ni akan rasa simpati kat awak ke? Dorang lagi meluat adalah. Kena lelaki tak baik, dia jadikan kau stok geli-geli je. Tapi tak tahulah kalau intention asal kau memang nak jadi stok geli-geli kan :p

Malam tu yang buatkan saya hangin bila ehem-ehem aku up status khas untuk aku. Tapi ada pompuan ni pulak dok mengada-ngada menempel kat status tu. Kemain manja aih.. Mak suka. Bila aku komen kat status tu, pompuan ni wat derk je dengan aku. Bukannya nak hormat. Awak tu dah lah junior aku weh. Sedar sikit kat status tu bukannya tag nama awak. Serius aku rasa macam nak cili-cili je kau ni. Grr..

I only get jealous because I love you, and I don't want anyone else to have you.

Saturday, June 25, 2011

Watching Football Live From Stadium. Terujaa :D

2 hari lepas masa aku tengah tidur petang suddenly got a text from him. Dia suruh aku call balik. Then bila aku call,

"Jom tengok bola! Malaysia lawan Lubnan malam ni!"
"Erk? Malam ni? Kat mana? Habis pukul berapa? Mana dapat tiket?"
"Saya dapat tiket free ni. Jom lah pergi.. Kat Bukit Jalil je.."
"Err hm nanti saya tanya parents dulu keh"

*dialog 70% edit untuk menjaga hati pelbagai pihak. Duhh~~* Punyalah gigih dia mengajak aku sampai sanggup tag kat FB -.-'  Aku teringin nak pergi jugak sebenarnya walaupun aku ni bukanlah peminat bola sepak. Tapi teringin nak rasa suasana kat stadium. Last aku tengok bola kat stadium masa kecik-kecik dulu. Masa umur 4 tahun kot tak salah aku.

Then, dapat permission pi tengok bola. Dah lah lambat jemput aku. Match start pukul 8.45 malam, 8.45 malam tu lah baru dia sampai rumah aku. Zzz.. Tapi nasib baik jalan nak pi sana tak jam. Sampai sana dalam pukul 9.10  Masa tu Malaysia dah skor 1 gol. Bila kat stadium, perghh memang gegak gempita. 

Ada ketuk gendang bagai. Aku siap tepuk-tepuk peha ikut beat gendang tu sambil nyanyi, APA PON TAK BOLEH, APA PUN TAK BOLEH~  Wuwuwuw separuh masa pertama aku tak perasan yang jaga gawang gol tu Khairul Fahmi. Aww teruja boleh lihat beliau secara live. Suker3~~


Penonton tak ramai sangat. Just kat bahagian sini je pack. 


Abg dpn ni kerek gila. Siap nak kopak2 kerusi bila Malaysia buat slek. 
GRRR 


Hai Aaron Aziz! Huahuahua :)) 



 Hai Siti Saleha! *pengsan*


Ini orang Lubnan mari aa >.<


So far, amat memuaskan sebab Malaysia menang. Tapi yang tak best bila tengok perangai penonton Malaysia yang amat memalukan. Masa Lubnan score, ada lah 3 kerat orang dia yang happy sambil kibar-kibar bendera. Tapi orang Malaysia pergi BOO kat dorang. Waddefish??? Tak reti hormat orang ke korang ni?? Lepas tu bila dah habis, semua nak lempar botol kat tengah padang. Kesian aku tengok kat tukang kutip bola bawah tu. Geram siaaa.. Menang lempar botol, kalah bakar kerusi. Sighh~~ 


Monday, June 20, 2011

M&M's Election! Pilih Karakter M&M Kegemaran Kamu!

Aku sure korang semua dah tahu pasal ni kan? Hehe so aku pun malas nak cerita banyak. Untuk tahu secara detail pasal ni, boleh refer kat blog The Pink Gajah Story~♥ dan blog Cik Epal. Dorang dah cerita secara detail pasal election ni.

Cuma dalam entry ni, aku nak promote yang aku sekarang dah jadi embassador untuk M&M warna kuning. Haha tada!! M&M kuning ni karakter dia sangat naif. Kira macam lurus jendul bendul lah. Aku buat voting test, dan aku dapat M&M kuning. So apa lagi, terus dengan rela hati jadi duta M&M kuning dan guna gambar bawah ni kat default picture FB. See.. semangat tu harus ada ;)



Kdt pic: Cik Epal :)


M&M's USA

Sunday, June 19, 2011

Nota Untuk Abah: Selamat Hari Bapa ♥

Mama dengan Abah saya selalu complain macam ni, "Kalau hari jadi boipren ke, hari kekasih ke, laju je ko wish boipren ko. Tapi kalau hari jadi mak ayah ko, hari ibu atau hari bapa, ko tak nak pun ucap i love you kat mak ayah ko kan"

Adeh.. ayat tu memang menghiris kalbu. Tapi nak buat macam mana, kata dorang sangat betul. Aku jarang tunjuk kat parents yang aku sayang kat dorang. Aku tak tahu kenapa aku macam ni. Aku bukan jenis yang reti tunjuk perasaan sayang kat orang melalui kata-kata. Aku tunjukkan sayang pada mereka melalui perbuatan.

Kadang-kadang teringin rasa hati nak peluk kedua orang tua aku dan kata, "Along sayang sangat kat mama dengan abah". Tapi entah.. aku ni ego ke? Aku tahu, sebagai anak aku tak patut macam ni. Kalau kat boipren aku boleh je ucap I LOVE YOU kat dia tiap-tiap malam, tapi kenapa bukan kat parents sendiri? Kenapa kau macam ni anis??  T__T

Kepada bapa saya Mohd Nasir Bin Adil, kita ucapkan selamat hari bapa. Abah lah ayah paling cool dalam dunia. Walaupun kita dah banyak kali jahanamkan kereta Gen2 abah, tapi abah tetap buat rilek je lagi. Haih.. mana lagi nak cari abah yang cool macam ni. Abah bukan jenis yang cakap banyak dan sikap abah tu ada turun kat anak pompuan dia ni. Hihi.. kite ingat lagi masa kecik dulu tiap kali abah hantar kita pergi sekolah, kita tak pernah miss cium pipi abah. Abah pun tak pernah miss cium pipi kite semula dan cium tangan kite. Kite sayang abah sangat-sangat. I love you, abah!!


p/s: Kat rumah, aku bahasakan diri aku sebagai 'kite' instead of along. Ni lah dia pengaruh dok berkite-kite bila bersembang dengan kawan-kawan masa kecik-kecik dulu -.-'



Abah dan Mama saya 


Cinta matiku.


Friday, June 17, 2011

Susah Nak Carik Lelaki Sehensem, Seromantik & Sebaik #sethtan


Alololo omei-omei

Impikan bakal suami atau boipren sebaik #sethtan? Erghh memang tak lah kan. Aku tengok cerita #noraelena tu pun macam tak ada perasaan je bila tengok #sethtan begitu sayang dan care pada #noraelena. Sebabnya, zaman sekarang ni susah kot nak carik lelaki macam tu. Lagi-lagi lelaki Melayu, jauh sekali kot? Nasib baik #sethtan tu Cina. Kah3.. 


Ok, sekarang aku nak bagilah sikit tips *tips ke?* kalau kumorang sume dah menggatal nak bercinta cintun sejak bangku sekolah macam haku ni.  MUNGKIN cinta sejak bangku sekolah atau lebih famous dengan nama 'Cinta Monyet aka Puppy Love' akan boleh bertahan lama kalau kita ikut rules bawah ni:

1) Terima orang atas dasar kita memang sayang pada dia. Bukan terima cinta orang tu sebab kita nak show off kat kawan-kawan yang kita ni ada orang nak. Tak guna kan kalau salah satu pihak je yg betul-betul sayang, tapi satu pihak lagi sambil lewa je. Sebab tu lah cinta masa zaman sekolah ni tak kekal lama. Sebab masa tu, couple is just for fun.

2) Tak perlu nak tayang kat semua orang yang si polan ni bf/gf kita. Sampaikan nak pergi mana-mana dalam kawasan sekolah tu pun asyik nak berkepit dengan bf/gf korang. Korang ingat kawan-kawan korang suka ke dengan gelagat korang tu? Maybe bagi korang bila buat semua kerja sama-sama it will look sweet. Hak tuih lahh.. tu bagi korang. Tapi korang pernah terfikir tak, mesti ada antara member korang akan kata macam ni, "Ala, dorang tu takkan kekal punyalah. Tengok je nanti" Ingat, setiap kata-kata adalah doa. Kalau dah 20 orang kata macam tu, tak makbul doa tu?

3) Kalau dah mengada nak bercinta masa budak-budak, so kena lah tahan bila korang nampak bf/gf korang tu menggedik dengan perempuan/lelaki lain. Sebabnya, mustahillah kalau korang nak harap dorang akan serius dalam relationship. Korang couple masa umur 15 tahun, lepas tu target nak kahwin umur 25. 10 tahun beb kena tunggu. Korang rasa bf/gf korang tu tahan ke nak menghadap muka korang je selama 10 tahun menunggu tu? Tu belum bila dah kahwin nanti. 24 /7 menghadap muka yang sama.

Err tu je yang mampu fikir buat masa sekarang :p

Thursday, June 16, 2011

Gigi Rabbit Itu Comel

Dah hampir setahun aku tanggal braces. Tapi, gigi aku masih belum ok sepenuhnya. Maksud aku, aku masih jongang sikit. Bila tidur pun, mulut masih menganga, tak mampu nak tutup macam korang semua. Sobss sadis.. Malu weh dengan laki aku bila malam pertama, aku tidur menganga. LALALA :p

Tapi kan, tak semua orang yang jongang ni hodoh. Perkataan 'jongang' tu macam kasar sangat. Ok, kita tukar. Tak semua orang yang bergigi rabbit ni hodoh. Orang yang bergigi rabbit ni comel sebenarnya. Macam aku dulu, orang kata muka aku macam hamster bila gigit kuaci. Macam hampeh je komen tu -.-'

Hehe.. tapi aku suka tengok gigi Siti Saleha aka Nora Elena tu. Comel! Dah lah putih. Macam rabbit je aku tengok. Aku rasa dia tak payah pakai braces pun ok. Gigi tu buatkan dia nampak sweet. Aku harap aku akan comel macam dia. So lepas ni nak diet, lepas tu berkurung kat rumah untuk putihkan kulit. Hiks



Seth Tan tu suami kami. Zzz -.-

Monday, June 13, 2011

Angry Birds For Chrome

Hai! Lama dah tak update blog ni. Sekarang, aku teruja dengan game Angry Birds. Ye, aku memang ketinggalan pasal game ni. Orang semua dah tahu pasal game ni, tapi aku tetap nak update. Kekeke.. Sebelum ni, game Angry Birds famous among smartphone user. Yang guna Iphone, Android bla3 tahu lah pasal ni. Aku yang guna phone cikai, just telan liur je lihat kecomelan burung tu. 

Tengah hari tadi baru tengok game ni kat phone pakcik aku, ehm tak adalah menguji minda sangat game ni. Game lastik-lastik babi je pun. LOL.. tapi, tadi masa aku online guna Google Chrome, suddenly ada webstore application bila aku buka new tab Chrome. Apa lagi, dengan pantas aku install game Angry Birds ni. Lebih menarik, kita boleh jugak main game ni walaupun tak connect dengan internet. Hehe sangat teruja bila lihat burung-burung comel melastik babi -.-'

Oh ya, kat webstore tu boleh install macam-macam lagi application. Buat masa ni aku dah install Angry Birds dan Picnik. Dua-dua ni free. Selamat melastik! Moh kita serang webstore ni:







Bersedia untuk melastik


Macam ni rupa angry? Marahlah selalu, awak tetap comel -.-'


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...