Sunday, July 24, 2011

Berangan Nak Jadi Pramugari (?)

Dah 2 minggu blog ni senyap sunyi tanpa update. Tuan blog tengah jiwa kacau sekarang ni. Lagi satu, tuan blog masih berteka-teki dengan masa depan beliau. Masa zaman sekolah dulu, cita-cita nak jadi dentist sentiasa terpampang kat depan mata. Siap semangat pakai braces semata-mata nak jumpa dentist untuk ambik berkat. 

Last-last satu hapa pun takda. Ni la orang kata, kita hanya merancang, tapi Allah menentukan. Sama jugak macam kau bercinta pungpang-pungpang sampai 4 tahun. Konon bangga lettew dapat couple lamew gileww. Tapi end up, kawin dengan orang lain jugak kan~  #menganjing

Tak dapat jadi dentist, aku berangan nak jadi pramugari pulak lah. Nampak macam jauh tersasar. Hehe pomboley. Meh kita lihat requirements untuk jadi cabin crew Malaysia Airlines:

- Malaysian citizen agend between 18 to 30 years as of interview date.
- min SPM or any equivalent qualification recognised by the Malaysian government with a pass in Bahasa Malaysia,English,Mathematics and any other 3 subjexts taken in one exam.
- Fluent in Bahasa Malaysia and English. Fluency in another language is an added advantage- Min height (weight in proportion):165cm(male)/157(female)
- Excellent health ad good eyesight.Not colour blind- Pleasant personality and a genuie passion in customer service. Source

Berikut ialah jawapan aku untuk setiap requirement:

- Im Malaysian citizen and I am 19 years old.
-Min Foundation in Science. Tapi saya punya transcript sangat horror. Tamau tunjuk. Saya tunjuk sijil SPM jew lah.
-Fluent in Bahasa Malaysia, tapi tak boleh cakap laju-laju sebab gagap (?) dan English saya dapat Band 3 jew :p
-Min height saya 158 cm. Yes! Lebih 1 cm :D
-I am at the pink of health (Y)
-No comment. Anda rasa? -.-

Asal dia tak list kan sekali ukur lilit badan? Pinggang/punggung aku besar oh. Kang tak ada pulak kebaya yang muat dengan badan aku. Hihi actually aku dari dulu berangan nak jadi pramugari. Tapi asik kena gelak je sebab aku ni gemuk. Pramugari kan kena kurus kering. Yeke? So atas ni cuma angan-angan je. Aku jenis benci nak pergi interview. So kita tengok jelah apa yang akan berlaku :p





p/s: Aku ada blog private. Kat situlah aku menaip entry fully English. Kalau cikgu BI aku baca, sure menangis and tak cukup dakwat pen merah dia menanda aku punya grammatical errors  T__T

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday #1: Retainer

Wordless Wednesday (WW) is a simple blog post featuring a photo to convey a message that speaks for itself without using any words

Tuesday, July 12, 2011

Saya Dah Penat

Aku dah penat bagi peluang. Kau kata kau nak berubah. Tapi bila? Kalau dulu aku selalu yakinkan kau yang kau boleh berubah, dan boleh sayang aku macam kau pernah buat dulu. Tapi makin hari, harapan aku makin tipis. Aku kena teruskan hidup. Sampai bila aku nak tunggu kau. Kau kata bagi kau masa untuk kau berubah. Tapi bila kau berubah nanti, adakah kau akan sayang aku balik?

Aku tak tahu apa sebenarnya yang kau nak dalam hidup kau. Aku tahu aku ni membosankan kau. Aku terlalu pendiam. Nak ajak shisha, nak balik lewat malam, semua aku tak boleh. Dan aku tak gila-gila macam kau. Tapi kenapa selama 4 tahun sebelum ni kau boleh je terima setiap kelemahan aku? Kenapa baru sekarang kau mempertikaikan kelemahan aku.

Kalau kau tak nak aku lagi, jangan cari aku. Kau jangan kata kau kasihan kat aku. Aku tak perlu simpati kau. Sebab bila kau simpati, kau bagi aku harapan kat aku. Saya penat awak.. Saya penat dengar semua janji manis awak. Bagi saya peluang untuk saya hidup sendiri. Kalau awak boleh stop sayangkan saya, tak mungkin saya tak boleh stop sayangkan awak. Betulkan awak?

Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya

You said you love me
You're a liar
Cause you never, ever did

Sunday, July 10, 2011

Kenapa Saya Sayang UiTM Puncak Alam

Jumaat lepas aku dengan family aku pergi UiTM Shah Alam sebab nak ambil transkrip masa asasi hari tu. Aku kesian kat bapak aku. Haru-biru dia nak lalu jalan kat Shah Alam yang banyak bebeno roundbout tu. Dah lah masa tu hujan. Mak aku pun bebel-bebel, dia kata dia risau kalau aku dapat degree kat Shah Alam nanti. Payahlah dorang nak jenguk anak dia ni sebab jalan kat sana adalah superconfusing. Heh dorang tak biasa dengan tempat tu. So kena take time.

Lepas masuk pintu gerbang UiTM, aku jakun. Sebelum ni tengok dari luar je tiap kali naik bas dari Puncak Alam. Ni bila dapat masuk, huaaa betullah semua fakulti dia atas bukit. Teguk lioq jugak la aku. Aku mula mencongak, kalau dapat sana, takkan lah aku nak harung bawak kereta. Aku dah lah haremm bab parking dan lalu jalan sempit ni. Wuu.. tiba-tiba rasa rindu dan sayang pada UiTM Puncak Alam. Tempat dimana kasihku pernah tumpah. Ecehhh..

UiTM Puncak Alam sangat aman damai. Sebab kampus tu letak kat errr.. tepi hutan (?) Kawasan pun tak berapa crowded. Hm maybe sebab Puncak Alam belum membangun sepenuhnya. Masa batch aku dulu pun kawasan tu baru dalam fasa pertama. 

Aku tak berapa kisah pun orang nak kata UiTM Puncak Alam ceruk ke, apa ke sebab aku ni bukannya jenis suka huha-huha. Ada McD seketul kat simpang masuk UiTM pun aku dah bersyukur ya amat! Haha dan aku pun suka sebenarnya naik bas rapid KL sampai hampir 2 jam semata-mata nak gi Shah Alam. Baru la feeling-feeling nak balik kampung. Sighh padahal nak gi Shah Alam je -.-'

Meh usha gambar kat bawah. UiTM Puncak Alam sangat #ohsem. Kalau degree nanti dapat masuk sana pun best jugak! Oh ya, kalau korang nak tahu, lokasi kolej yang dalam cerita 3,2,1 Cinta tu dorang shoot kat UiTM Puncak Alam. Hehe :D


Source: Google

Source: Google










Saturday, July 09, 2011

Koleksi Header Blog Aku Yang Serius Merepek

Header ni bukan aku design. Aku google je. Lepas tu aku tambah Oh Ninie!

Header google. Just tokok tambah apa2 patut.
Trademark adalah tak tahan -.-'

Malas nak ulang..





Paling suka yang ni! Button tu macam smarties :9




Bila aku mula pandai guna paint. Hoh pandai katanyaaa
Header ni pernah dikatakan hodoh T__T

Tak tahu motif burger sebijik -.-'

Ok ni dah mula buat header guna Powerpoint.
Bhaha ape ke pelik bebeno ko ni anis.







Atas ni semua guna Powerpoint. Tiap kali lepas buat, aku print screen lps tu edit kat paint :B

Baru download Photoscape. Makin maju nampaknya.
Haa~~

Akhirnya! Header comel pertama! :D


Header paling cekci. Aumm~~!


Kali ni dah serik guna nama Oh Ninie!
So new branding. Guna nama sendiri. Keh3..

Header sekarang. Tapi aku tukar bubble atas tu jadi aku punya twitter update.
Makin matang tak? Err..

p/s: Header di atas bukan freebies. Hahahah waklu ah anis -.-'

Tuesday, July 05, 2011

'Sekali Lagi' Reminds Me of Us :(




Semalam aku pergi tengok movie kat eCurve. Mula-mula kat sana, aku plan nak tengok Transformers. Tapi lagi 3 orang nak tengok Sekali Lagi. Aku tak nak tengok Sekali Lagi sebab aku ingat nak tengok cerita tu dengan dia. But.. dalam 2 minggu ni aku asyik ada krisis je dengan dia. Nampaknya harapan nak keluar sama-sama memang agak tipislah. So decide tengok Sekali Lagi without him.

Aku ada high expectation pada movie ni. Mula-mula aku tengok trailer filem ni masa akhir April hari tu. Masa tengok trailer cerita tu, dia kata jalan cerita movie tu macam ada sikit-sikit jalan cerita cerpen yang aku pernah buat dan cerita tu pun macam ada berkait dengan kisah hidup kami. 

Dalam movie ni, aku cukup tersentuh tengok watak Arman yang Shaheizy Sam berlakon. Nampak innocent sangat-sangat. The way he talk, the way he laugh and the way he cry memang sebijik macam budak-budak yang manja. Aku ni jenis susah nak menangis bila tengok movie. Mungkin sebab aku malu kot (?)  Bila tengok Nur Kasih pun aku tak nangis padahal ramai kata cerita tu sedih -.-'

Dalam cerita ni, aku rasa babak paling sedih masa Arman kena marah dengan Sheila (Lisa Surihani)  lepas tu Amy (Mia Sara) pujuk, sambil kata, "Jangan nangis, jangan nangis" :') Sinematografi cerita ni pun sangat cantik. Tak de lah nampak murah. Hihik.. hah, masa babak flash back detik Sheila kenal dengan Arman tu, diorang kenal masa zaman sekolah. Sanggup woh ponteng sekolah lepas tu lepak kat shopping complex. Dan aku dengan dia pun pernah buat perangai macam tu dulu. Pergi sekolah elok je pakai uniform. Sampai depan sekolah, kitorang cabut. Dia hantar aku pergi Shell, tukar baju lain lepas tu lepak pagi-pagi buta kat Times Square. Awhhhhh memories :'(

Dalam cerita tu, shopping complex yang dorang pergi ialah AU2 Setiawangsa. Heii aku pun pernah ada kenangan dengan si dia kat sana. Lagilah aku tacing bila tengok cerita ni. Aku rasa macam terkilan, kenapa saat-saat movie ni keluar, aku ada krisis dengan dia. Lagi satu, esok hari jadi aku. Selama 3 tahun hari jadi aku kami celebrate sama-sama. Tapi tahun ni, macam mustahil je nak happy macam dulu. Masa berubah, orang jugak berubah. Rindu sangat-sangat kat dia :'(


Monday, July 04, 2011

Bila Saya Memandu...


Tahun depan lesen kereta aku akan jadi competen. Yay! Selama hampir 2 tahun aku pegang lesen P, dah banyak kali kereta Gen 2 abah jadi mangsa. Kereta tu lah yang aku guna untuk langgar tembok, kereta tu jugaklah yang aku guna untuk langgar lori. Haishh.. abah dah banyak keluar duit untuk repair setiap kerosakan yang aku buat. Tu lah, anak abah mintak kereta untuk dia sendiri, abah tak nak bagi. Haip tak baik anak cakap macam tu. Grr tampo mulut kang.

Dulu masa mula-mula dapat P, eager gila nak tampal pelekat P. Konon feeling aku ni gadis muda elit yang handal memandu lah. Pffft.. tapi bila drive, pengecut macam tikus jugak. Tu belum bab parking. Abah memang tak caye nak bagi aku pi shopping sorang-sorang sebab dia tahu anak pompuan dia ni parking haru-biru. Kang kalau salah parking, takut orang pi pancit tayar je. Ha.. camno tu?

Tapi pe'el aku bila drive, aku pantang kalau orang memotong aku. Kalau aku nampak ada kereta follow rapat kat belakang, selagi boleh aku tekan minyak kuat-kuat sebab tak nak bagi orang belakang potong. Lagi satu, aku benci orang yang drive macam siput. Benda macam ni selalu jadi kat jalan kampung. Lagi-lagi jalan yang satu lane tu. Aku ni dah lah jenis penakut nak memotong. Hmm bukan takut sebenarnya. Tapi kereta Gen 2 abah tu dia lambat pick up. 

Aku pernah sekali cuba nak memotong kat jalan kampung. Cubaan pertama, aku bantai memotong kat jambatan yang sempit -.-'  Cubaan kedua, aku try potong satu kereta ni, tapi masa tu ada treler sebijik kat lorong sebelah. Sikit lagi hoi nak cium Gen 2 aku. Aku tekan minyak kuat-kuat, kemain lambat lagi meter naik. Adehh.. start dari situ, aku fobia nak memotong  T___T


Gen 2 manual yg di drive oleh member.
Aku drive manual? Harooomm



Friday, July 01, 2011

Gigi

Dulu aku jongang. Cukup-cukuplah tu asyik bagitahu pasal benda ni. Tak malu betul. Hehe.. lepas pakai braces, aku mula jadi gojes. Tapi, tapi, tapi! Sekarang timbul masalah baru. Rupa-rupanya baru aku perasan. Aku ni ade masalah GIGI BESAR dan BILA KETAWA, GUSI SAYA TIMBUL. Erk.. hah gelaklah, gelak. Aku memang nak korang gelak pun T__T

Dulu, asik kena complain pasal jongang. Sekarang ni, asik kena complain pasal gusi. Adik aku lah asik tanya, "Along, cuba ko senyum lebar-lebar kejap. Adik nak tengok" Aku malas nak layan. Sebab aku tahu budak ni mesti nak bahan gusi aku. Aku senyum cover. Try tutup gusi. "Hoi! Ikhlas la senyum tu!" +___+ "Okay, fine!" :)))))) "HAHAHAHA! Kenapa bila ko senyum, gusi ko terkeluar?" Sambil beliau gelak hentak-hentak kaki. Amboi, over betul budak nih.

"Manalah along tau!!"

"Orang tua kata, kalau senyum nampak gusi, tu tandanya ko kuat mencarut"

"Sape orang tua yang kata macam tu?"

"Orang tua Nabil (nama adik aku)"

"Waklu" -.-'


Bila sengih reti nak cover, Alhamdulillah molek je muka.
Pehh ce carik mana aku :B



Bila senyum x nmpk gigi: OUHSOFAKE
T__T


p/s: Hey.. Irma Hasmie tu tak jongang kan? Gigi dia cuma besar je kan? Macam saya kan?? *stetmen sedapkan hati*



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...