Thursday, September 29, 2011

New Life, New Spirit!








Sejak masuk alam degree ni, aku dapat rasa perubahan yang agak ketara pada diri aku. Hihi benda baik, haruslah bangga di blog kan? Sila angguk sekarang. Kalau nak banding life aku masa asasi dengan degree ni, degree life aku macam lagi terurus. Tak tahulah mungkin usia makin meningkat, dan aku semakin matang (?) atau ni culture shock? Culture shock ke arah positif. Kalau betul, sejuk perut mama mengandungkan aku dulu tiba-tiba

Masuk degree ni, aku dah mula latih diri aku bangun pukul 6.30 pagi. Ye, tu bukannya awal sangat. Tapi kalau nak banding masa asasi dulu, aku bangun pukul 7 pagi, then solat subuh 7.15 -..-' Kat sini jugak, aku jarang tidur dalam jangka masa yang lama masa kuliah. Kalau terlelap pun dalam 5 minit macam tu je. Maybe aku jarang terlelap masa kuliah sebab jumlah student yang sikit kot.

Lagi satu, sampai sekarang aku tak pernah ponteng kelas! Sebab aku jarang ponteng kelas, kat sini payah nak menipu suruh member sign attendance. Kelas aku bukannya ramai sangat. Kalau aku tak datang, ko ingat lecturer tak boleh trace? 

Lagi satu, aku jugak rajin puasa sekarang ni. Haihh kalau masa asasi dulu mewah dengan elaun. Tapi degree ni, kena tunggu ptptn masuk. Dah lah aku kelompok 2. Mahu berjanggut aku nak tunggu duit tu. Zzz.. So nak jimat duit aku puasa jelah. Boleh kurus kan2? Dah lah tiap kali nak pergi faculty aku kena mendaki bukit dulu. Memang terbaiklah kan. Memang kuruslah aku nanti. Tadi pun aku rasa macam pipi aku cengkung sikit. HAHA :p

Fuh banyak jugak perubahan positif aku ni. Huhu hope bolehlah tahan positif macam ni sampai aku grad nanti. Pengalaman kegagalan masa asasi dulu mengajar aku erti kematangan cewaaaahhh. Hihi ok gotta sleep now. Sepatutnya aku kena hafal note Economics sekarang ni. Tapi blog macam memanggil-manggil  T___T

p/s: Jatuh hati dengan template baru blogger. Lagi simple and nice! Tapi kena fikir 2,3 kali nak revert to that template or not. Sayang dengan template ni :'(



Monday, September 19, 2011

Culture Shock

Lagi 30 minit nak gerak pergi faculty. Petang ni ada kelas ekonomi pulak. Seriously bila masuk degree life ni, aku macam culture shock sikit. Maksud aku bukanlah aku jadi kutu rayau, balik 2-3 pagi macam tu. No, no, no. I baik hokeh. Kejutan yang aku alami ialah course yang aku tengah ambil ni.

Selama ni aku lagi selesa dengan Bio. Lantaklah kalau kena hafal berapa banyak fakta pun, at least aku enjoy sebab ada kena mengena dengan benda hidup. Tapi sekarang kena belajar pasal benda yang related dengan computer. Belajar coding, programming.. Gosh apa benda aku belajar ni. Kadang-kadang rasa nak nangis pun ada :'(

Kalau dulu, setiap kali masuk lab kena pakai lab coat. Tapi sekarang aku kena masuk computer lab. Ko giler nak pakai lab coat putih tu untuk pergi comp lab?? Huaa rindu lab dulu yang penuh dengan chemical, lab yang ada paip tu semua :'( 


Banyak wayar siaaa~ T___T


Friday, September 16, 2011

Im a Mommy :D

Tajuk over lagi. Hahaha maaf, sila jangan salah anggap. Im not a mummy to a homosapien (read: human). But im a mummy to a hamster. Yeahhh setelah sekian lama mengidam untuk memiliki pet sendiri, akhirnya semalam I made it! Err sebenarnya hamster ni adik lelaki aku punya. Tapi saja nak feeling-feeling mommy to this tiny creature. Yelah, gigi kami kan hampir sama :B Nampak tak ada ciri-ciri keibuan di situ? -..-

Jantina hamster masih belum dikenalpasti. Tak tahu macam mana nak check :O  Korang mesti fikir, "Eleh, trend sekarang orang bela sugar glider, hedgehog, iguana etc. Kau mampu bela hamster je?"  So what? Aku memang adore hamster sejak zaman mumaiyis dulu. Aku kurang suka pada kucing. Aku suka pet yang kecik-kecik yang boleh digentel (?)

Fyi, nama hamster saya MONTEL. Tapi abang randy saya panggil beliau GABUGABU. Kenapa gabugabu? Sebabnya, bulan Mei hari tu aku ada bagitahu dia, kalau aku bela hamster aku nak letak nama gabugabu. Tapi sekarang, aku rasa nama montel macam lagi suwit gitew. Anda rasa mana lagi comel? Gabugabu atau montel?

Hihi aku harap umur hamster ni panjang. Wuu maklumlah, sebelum ni bela pets, tak pernahnya hidup lama. Dulu bela ikan asyik mati je sampai sekarang aku fobia dengan ikan dalam akuarium tu. Kali ni mintak-mintak aku tak fobia dengan hamster pulak  T___T

Bulat macam cekodok  T__T








 Tengah tengok kuaci. 
Hukaloh bukannya nak makan.


Front view macam tak berapa comel :B



p/s: Sebelum ni pernah bela sekor udang nama Mingming. Udang tu tiba2 muncul depan pintu rumah kemudian terus dibuat pet. Tapi sayang, umur tak lama. Tak sempat nak buat udang goreng tepung :/



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...