Sunday, October 30, 2011

Heartbroken


Dah lama tak berjumpa
Rindu rasa hati
Ingin kubertemu denganmu
Walaupun hati ini menyatakan benci 
Namun hakikat kau masih kusayang

Mengapa kita berjumpa
dan mengapa kita bercinta
Niat hatiku nak kekal lama
Hidup denganmu wahai kasih
Niat hatiku taknak berpisah
Apakan daya, jodoh tiada

Kenangan, demi kenangan
Menjelma diingatan
Sukarnya melupakan dirimu
Rintihan demi rintihan
Menyiksakan hidupku
Aku derita keranamu

Sungguh tidak kusangka
Akhirnya begini sebuah ikatan asmara
Engkau yang aku sayang, yang aku kasihi
Mungkinkah bersatu kembali..


Friday, October 28, 2011

Artificial Intelligence a.k.a Intelligent System


Source


Assalamualaikum dan hai semua! Hari ni mood agak baik sebab nak share dengan korang pasal degree course yang aku ambil sekarang ni. Tengok kat seach keywords nuffnang, ada keyword 'degree in computer science uitm shah alam'. Ada yang leave comment kat shoutbox, mintak detail pasal course ni. Tapi saya tak dapat trace emel tu. So kita gebang kat blog jelah eh?

Pertama sekali, untuk pengetahuan uolss, saya bukan degree in computer science. Saya amik degree in intelligent system. Mesti korang fikir, waddefuuu is intelligent system?? Tak semua orang tahu tau Intelligent System ni menatang hape *termasuklah saya masa mula-mula dapat offer course ni dulu*. Intelligent System ni biasanya dipanggil AI. AI tu stands for Artificial Intelligence. Kalau korang from background IT dan computer, korang tahu lah AI ni menatang apa.

AI ni dia banyak involve programming. Korang kena mengadap computer, lepas tu buat coding. Haa part coding ni best. Bila korang edit blog, korang mesti jumpa HTML code, Java semua tu kan? Tu la dia kerja student AI. Macam saya, sem 1 ni saya guna C++. Lepas sem 1 nanti baru akan ada elektif sama ada nak ambil HTML, Java etc. As for me, saya rasa macam nak amik HTML je. Mana tahu nanti saya boleh invent blog yang boleh bercakap ke kan. Muahahaha :))

Senang cerita, AI ni tujuan dia nak bagi robot pandai. Maksudnya kat sini, kita akan programkan satu-satu machine tu untuk berkerja dan bertindak macam manusia. Contohnya, mesin basuh kat rumah korang tu. Kalau tak ada yang programkan mesin tu, memang sampai bila pun mesin korang tak bergerak. Lagi satu, ni contoh paling senang. Cuba korang pergi kat Cleverbot. Kat situ, korang boleh tanya apa-apa soalan. Nak guna bahasa melayu pun boleh. Nanti bot tu akan jawap soalan korang selagi soalan korang tu logic lah kan. Cleverbot ni, orang-orang AI lah yang program kan dia. Best kan!! :D

Yang tulisan biru tu cleverbot.
Takde keje bersembang dengan benda alah ni -.-'


Tentang job prospect lepas graduate nanti, saya pun tak nafikan yang saya sendiri tak tahu nak jadi apa nanti sebab kat Malaysia, AI tak berkembang sepenuhnya. Kerja yang melibatkan AI ni dia banyak demand kat Jepun dan United Kingdom *kalau taip UK, orang ingat Ulu Klang pulak -.-'*  Bawah ni list kerja yang bersuaian dengan sijil kita nanti:

-Software Engineer
-Intelligent System Executive
-Artificial Intelligent Information System Executive
-Knowledge Engineer
-IT Technical Analyst
-System Analyst
-System Developer
-Programmer
-IT Consultant
-Technopreneur

Rasanya sampai ni jelah penjelasan saya pasal AI. Best la pulak bersembang dengan Cleverbot ni. Siap bergaduh lagi dengan dia pasal dia mempertikaikan english haku. Fineee!! Kalau nak tahu lagi pasal subjek course ni, boleh click kat entry ni CLICK.

p/s: Saya baru sem 1 dalam course ni. Kalau ada apa-apa fakta yang salah, minta maaf banyak-banyak. Hanya mahu berkongsi dengan pembaca blog :)

Tuesday, October 25, 2011

Taanjat Gegerl

Dua hari lepas taanjat betol gegerl aw sebab tak pasal-pasal je gegerl kena sound kat shoutbox, katanya header gegerl dengan header dia lebih kurang. Bila gegerl tengok blog dia, ohh rupanya gambar header yang sama. Dia pun guna gambar pompuan letak kepala atas meja tu (?)  So sebagai insan yang lemah, gegerl pun baru berkesempatan menukar header pada hari ini.

Maklumlah, gegerl ni kan student berkaliber. Memang tak ada masa sangat nak menghadap photoshop 24/7. Phuii.. la ni gegerl free, so gegerl pun tukarlah gambar header gegerl. Gambar header ni gegerl search masa kat comp lab. Ni yang untung jadi student sc comp. Bila lect tak ada, mulalah mengGoogle benda bukan-bukan :3  Lepas search, terus copy and save dalam pendrive. Lupa dah gambar tu amik kat mana. Tapi yang gegerl tau, gambar ni from deviantart. 

Pada adik tu, sorry kalau adik rasa akak meniru header adik. Seriusly akak tak tahu langsung adik pun guna gambar tu untuk header. Akak dah guna header tu sejak 2 minggu lepas. Akak tukar sekali dengan template. Kalau tak percaya, ni entry tu HERE. Kebanyakan graphic dalam blog ni akak memang amik dari cherrybam sebab akak kenal cherrybam tu sejak zaman myspace lagi. Pernah jugaklah 2,3 kali duduk semeja minum kopi dengan owner dia kat warung Pak Munawer dulu :p

K lah, susah betei nak memuaskan hati semua pihak. Kalau ada benda dalam blog ni yang korang rasa sama macam blog korang, maafkan jelah. Maybe taste kita sama. Blogsphere ni kalau pusing-pusing pun jumpa benda yang sama jugak kan. So maafkan saya :'(




Friday, October 21, 2011

#It'sOkayToCheatif


Baca timeline twitter tadi, tertarik pulak dengan hashtag ni. So tanpa berfikir panjang terus retweet sebab aku kalau bab menipu ni memang emo lain macam. Oh btw, ada tengok video kat FB pasal 2 ekor pompuan gaduh kat kedai kasut sebab jantan? Siap main tampo-tampo lagi. Baca komen-komen kat situ, semua kata dorang bodoh sebab gaduh pasal jantan.

As for me, no komen sebab aku pernah berada dalam situasi macam tu cuma tak ada lah bertepuk tampar apa semua. We just have a slow talk, and settle secara baik. Heh kat blog aku taiko semacam je. Tapi dunia sebenar saya ni lemah lembut eiuwww.

Aku seriously tak nak cerita panjang pasal ni sebab takut kena batang hidung sendiri lagi sekali. Sekarang just mampu doa kat Allah, supaya dipertemukan jodoh yang baik dan sesuai dengan aku. Aku dah cuba untuk jadi perempuan yang terbaik untuk dia, tapi kalau aku masih ada kekurangan pada mata dia biar Allah tentukan. Kadang-kadang kalau Allah kata kita bukan tulang rusuk dia, tak guna jugak mati-matian sayang dia.

Oiii ni apahal entry emo semacam ni? Entry ni nak tunjuk hashtag atas tu je. Hehekss.. enjoy this quote. Credit here for the quote.

If you can actually come up with a  you don't deserve to be in a relationship


Simple, yet meaningful :3


Wednesday, October 19, 2011

Montel Yang Kawaii

Montel tu nama hamster saya. Kawaii tak nama dia? Wee~~ kalau tak silap, dah hampir sebulan saya dan adik saya bela Montel. Montel sangat hyper dan kami tak dapat kenal pasti jantina beliau  T__T  Tapi sebab Montel lasak sangat, kami agak mungkin Montel seekor jantan.

Walaupun saya dan adik hanya mampu bela hamster, tapi kami sayang Montel sangat-sangat. Montel tahu bila waktu tuan dia balik sekolah. Kalau tuan dia tak ada kat rumah, membuta je kerja dia. Tapi bila dengar je suara adik saya panggil "Montelll.." terus dia terjaga lepas tu dia gigit-gigit besi sangkar dia (≧◡≦)

Habit lain, Montel ni tak berapa suka lari kat wheel. Tapi dia suka panjat besi sangkar tu, lepas tu menggelongsor kat atas wheel tu. Asyik tergolek je kerja dia. Risau jugak kalau-kalau mati ke tikus ni (╥﹏╥) Lepas tu dia suka sondol habuk-habuk dalam sangkar tu sampai berterabur keluar. Tukang kutip habuk tu, akuuuuu jugak. See Montel, how much mommy loves you? *tiba2*  Dan yang paling tak boleh blah, dia suka kencing kat dalam bekas kuaci dia. Huaarghhh nakal betul dia ni ٩(×̯×)۶

Maaf, ni bukan Montel sy.
Hamboii kemain lg makanan dia kan? :D

Ni Montel saya!
Nak tahu apa kerja dia masa ni?
Ni lah cara dia menikmati kuaci  T__T

"Apa pandang2? Tak puas hati?"
(►.◄) 

Sunday, October 16, 2011

Envy Much?

Let's make things crystal clear right now. Haishh sebenarnya saya tak berapa suka bila orang pertikaikan design blog ni. Punyalah gigih saya bersengkang mata edit sana sini, awak kata saya ciplak pulak. Waddefuu saya ciplak blog orang? Kalau betul saya ciplak, tak hingin saya letak credits untuk header graphic dengan background blog ni.

Kalau masih tak percaya, boleh rujuk tutorial saya. Kalau tuto tu bukan saya punya, saya WAJIB letak credit pada owner tuto tu ataupun link terus ke tuto dia. Sepanjang saya blogging, ni kali pertama orang kata saya ciplak. Entah apa benda yang saya ciplak? No idea. Zzz -.-

So, envy much with my background? Here u go, click here. Envy much with the header graphic? Here go, Cherrybam. Sebab saya tacing, terus saya edit shoutbox saya. Saya kecikkan height shoutbox tu. Puas hati haku. HAHAHA :p

Ohh fyi, maybe korang rasa saya ada ciplak mana-mana blog sebab saya sangat suka dengan template Nabihah dengan Nazihah Anuar. So maybe ada yang sama kot. Dorang guna blogskin, saya guna minima template. Teringin jugak sebenarnya nak guna blogskin. Tapi saya rimas tengok coding dia. Hee~ Back to topic, saya jadikan blog dorang ni sebagai inspirasi untuk cantikkan blog dan lebih penting, kemas (─‿‿─)

Macam tak ada kena mengena :3

Friday, October 14, 2011

Living Life to The Fullest

Haiii!! Whuaa dah lama aku tak update panjang-panjang kat blog ni. 2,3 post kebelakangan ni banyak post gambar and quote je. Hihi terlalu busy mungkin :B  Ok as u can see, blog aku berubah wajah lagi. Kalau sebelum ni pink, sekarang aku dah tukar warna grey. Ni salah satu attempt nak mematangkan blog rasanya. So apa pendapat uolls? Sesuai tak? Tapiii nama 'Oh Ninie!' tu memang tak nak tukar. Mahal kot trademark tu. Huehue :B



Bila blog dah matang, pemiliknya pun haruslah matangnya pun adoii kan? #acai  So far, aku sangat suka dengan suasana belajar kat Shah Alam ni. Course pun tak terlalu membebankan. Maybe ni yang aku cari selama ni kot. Allah dah tunjuk, mungkin jiwa aku bukan pada Biology, bukan pada menghafal perkara-perkara fakta sebab aku ni jenis cepat lupa. Biasalah, aku ni jenis menghafal untuk jawab exam je ('_')

Allah tunjukkan kat aku, yang aku boleh deal dengan coding dan programming. InsyaAllah.. Alhamdulillah sepanjang sebulan aku kat sini aku boleh go on dengan subjek-subjek course CS223 ni. Aku masih perlu belajar maths, tapi maths yang more to logic thingking macam sets, probability, mathematical reasoning. Macam membosankan, tapi maths macam ni la yang otak aku boleh bawak -.-'

Talking about roommates, honestly masa aku dapat tahu it's gonna be 4 person per room, aku tak suka. Biasalah, aku ni kan kera sumbang. Tak berapa reti nak mix around. Tapi Allah tahu hamba Dia ni introvert, so Allah bagi aku 3 orang roommates yang baik dan macam-macam perangai. Masa mula-mula macam segan nak huhahuha dengan dorang. Tapi sekarang aku anggap dorang macam kakak kot. Serius bestt :D

Ok, sekarang aku akhiri entry kali ni dengan serangkap coding.

# include <iostream>
# include <string>
using namespace std;
int main ()
{
     cout<< "My life is AWESOME!" <<endl;
     system ("pause");
     return 0;
}

When using Dev C++, when we compile and run the code, the output is:

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday #6: Quote

Berkenalan Dengan HTML Code



Hallo uolss. Tajuk cam best je kan? Ekeke.. tadi tengok kat stats, ada search keywords 'Cara Buat Blogskin'. Sekarang memang trend blogskin kan? Semalam bw banyak jumpa blogger yang guna blogskin. Ada yang lebih kurang sama sebab guna basecode yang sama, tapi edit background, font, scrollbar etc.

Aku ni tak adalah pro sangat nak ajar pasal blogskin. Tapi berdasarkan pemerhatian aku, meh aku cerita serba sedikit pasal code dan maksud-maksud dia. Hope boleh bagi hint untuk korang tweak apa-apa HTML code.

<style type="text/css">
CODE
CODE
CODE
</style>
Kalau jumpa code style macam kat atas tu, tu ialah section yang korang boleh edit. Kat sana korang boleh letak additional accessories for your blog macam code scrollbar, code untuk image opacity, code blockquote, code page divider. Fuh banyak lagilah. Selain blogskin, blog yang guna template biasa macam denim, minima, simple, etc pun ada. Tapi Template Designer payah sikit nak carik code dia sebab Template designer guna .css, bukan .html


<br>Hai nama saya Ninie</br>
Code <br></br> untuk korang letak apa-apa greetings macam atas tu. Ni untuk blogskin sahaja sebab semua benda nak kena sumbat dalam tu kan. Code ni korang harus letak setiap kali nak tulis apa-apa kat code. Kalau tak ada code ni, nanti blog akan anggap greeting/ayat tu sebagai html code.

<script>
CODE
CODE
</script>
Untuk code script, dia additional plugins kat blog. Plugins yang famous among Blogger user ialah jQuery. jQuery ni macam scroll to top button, cute profile, lazy load jquery, accordian tab etc. Plugins jQuery ni boleh digunakan kat template biasa atau blogskin. Nak tengok plugins jQuery yang best, boleh click SINI.  


Ehm so far tu lah main code yang korang kena tahu supaya korang ada idea kat mana nak letak code tu. Akan diupdate dari masa ke semasa. Kalau korang ada strong will nak belajar pasal HTML code, insyaAllah tak ada masalah. Macam tu lah masa aku mula-mula belajar edit blog sendiri hari tu ^^

Sunday, October 09, 2011

The Only Hope

Ya Allah, permudahkanlah hubungan kami. Peliharalah hubungan kami agar ia mampu kekal sehingga salah seorang dari kami pergi menemui-Mu. Amin..



Sunday, October 02, 2011

The Prettiest Girls is The Girls in Their Proper Hijab




Diri ni macam tak layak sangat untuk cerita pasal topik ni. Tapi anggap jelah ni macam spill out about what i think about my surrounding. Tadi aku baru je lepas stalk gambar kat fb member sekolah menengah dulu. Aku bukan kenal rapat dengan dia pun. Just tengok dari jauh, tapi kalau dari pandangan kasar semua budak-budak sekolah aku dulu, girl ni dalam kategori gedik jugaklah. Bila waktu sekolah, pakai tudung. Tapi bila sekolah buat apa-apa event, geng ni je yang free hair, tayang rambut fesyen2, kaler2.

Tapi ok lah kan, sekurang-kurangnya dia tunjuk jugak true colour dia. But not for me. Aku ni boleh dikatakan dalam kategori hipokrit. Bila semua orang pakai tudung, aku pun pakai tudung. Kira macam lalang. Aku harap sangat aku boleh kikis sikap lalang aku ni. 

Ok, balik semula pasal girl tadi. Kat fb, aku tengok gambar-gambar dia. Sekarang dia dah bertudung. Nampak sweet sangat. Bila tengok, rasa macam tak percaya masa sekolah dulu dia dalam kategori gedik. Huhu point yang aku nak tekankan sekarang, perempuan yang bertudung dengan cara yang BETUL *u got what i mean* adalah perempuan yang paling cantik. 

Dear anis, bila kamu nak mula bertudung secara istiqamah?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...