Saturday, December 31, 2011

Karma: Part 3


Karma: Part 2

Kelas tuisyen untuk hari itu tamat pada pukul 5.30 petang. Seperti biasa, Fiziyana terpaksa menapak untuk pulang ke rumahnya yang agak berhampiran dengan pusat tuisyen itu. Setelah mengucap selamat tinggal kepada sahabat baiknya Mimi, Fiziyana mula mengatur langkah. Tidak sampai seratus meter dia melangkah, tiba-tiba namanya disapa seseorang.

“Fizi!” Fiziyana menoleh dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Irfan sedang berlari-lari anak mengekorinya. Dada Fiziyana kembali berdebar kencang namun cuba dikawalnya agar tidak disedari Irfan.

“Oh awak rupanya..Hai ” Fiziyana mengukir tersenyum.

“Balik sorang je?” Tanya Irfan. Fiziyana angguk. “Awak memang selalu balik jalan kaki eh? Tak takut ke?” tiba-tiba, Irfan menjadi seorang yang peramah pula hari itu. Sedangkan selama ini Irfan memang dikenali sebagai lelaki yang tidak banyak cakap dan lokek dengan senyuman .

“Takde lah.. Mana ada takut. Dah biasa pun..” jawab Fiziyana. Dia dapat merasakan wajahnya panas. Nada suaranya pun seakan bergetar sedikit.

“Awak malu dengan saya eh?” telah Irfan. Dia seakan-akan dapat membaca sikap Fiziyana itu.

“Eh! Tak lah! Mana ada saya malu dengan awak. Saya cuma pelik je dengan sikap awak ni,”

“Pelik? Kenapa? Pelik sebab saya tiba-tiba je tegur awak?” Irfan yang bertanya,dan Irfan sendiri yang menjawabnya. Fiziyana tiba-tiba terasa lucu lalu dia ketawa mengekek. “La..kelakar sangat ke saya ni?” Irfan pelik dengan sikap Fiziyana.

“Awak ni kelakarlah. Awak tanya,then awak sendiri jawab. Tapi memang betul pun jawapan awak tu. Saya pelik kenapa awak tiba-tiba berani tegur saya. Selama ni kan awak sombong,”

Irfan terkedu mendengar kata-kata Fiziyana yang telus itu. Memang Irfan mengaku. Dia bukan jenis yang banyak cakap. Dia lelaki yang ‘cool’. Namun kebelakangan ini, Irfan berasa pelik dengan perasaannya. Hatinya meronta-ronta untuk mendekati Fiziyana. Semenjak Fiziyana mendaftar ke tempat tuisyen itu, Irfan seakan-akan bersemangat untuk menghadiri setiap kelas. Dia ingin memerhatikan Fiziyana. Daripada pengamatannya, Fiziyana juga bukan jenis yang banyak cakap sepertinya. Namun, Fiziyana dilihat mesra dengan Mimi.

“Mimi tu kawan baik awak ke?” Pertanyaan Irfan itu membuatkan Fiziyana berasa agak cemburu. Adakah Irfan mendekatinya hanya kerana ingin mempergunakannya untuk memikat Mimi?

“A’ah, dia kawan sekolah saya. Kenapa? Awak minat dengan Mimi eh?” Fiziyana serkap jarang. Irfan tunduk sambil tersenyum. Nampaknya nada suara Fiziyana agak keras. Irfan tahu, Fiziyana cemburu. Irfan mengeleng-geleng. Kemudian dia merenung mata Fiziyana. Fiziyana seakan-akan terpukau dengan pandangan itu. Kalaulah Danny yang merenungnya ketika itu..

“Awak janganlah salah anggap. Saya tak berminat dengan Mimi. Tapi saya berminat dengan awak.” Fiziyana seakan-akan mahu pengsan apabila mendengar bait-bait kata Irfan itu. Bermimpikah dia? Fiziyana memandang Irfan tanpa kerdip.

“Awak ni nak main-mainkan saya ke? Kalau niat awak nak main-mainkan saya, sorry lah.. awak silap orang.” Pengalamannya berhadapan dengan Danny semalam membuatkan Fiziyana semakin berhati-hati dengan perasaannya.

Irfan tidak mudah melatah dengan respon Fiziyana itu. “ Fizi, saya memang tak ada hati langsung pada Mimi. Saya tanya sebab saya curious kenapa awak rapat dengan Mimi berbanding rakan-rakan yang lain. Tu saja..” Air wajah Irfan tampak tenang seperti biasa namun getar hatinya, Tuhan sahaja yang tahu. Dia tidak mahu mendengar Fiziyana berkata tidak apabila mendengar luahan hatinya nanti.

Fiziyana tidak memberi apa-apa respon. Hati Irfan semakin gundah. Hati Fiziyana harus dimenanginya. Dia sudah penat menanggung rindu pada gadis itu. Siang malam dia tidak lena tidur kerana bayangan Fiziyana sentiasa datang menemani. Dah lah waktu untuk Irfan bertemu Fiziyana agak terhad. Mereka hanya dapat bersemuka hanya apabila ada kelas tuisyen sahaja memandangkan mereka berlainan sekolah dan jadual tuisyen mereka hanya 3 kali seminggu.

“Fizi..” perlahan sahaja suara Irfan. Tangannya cuba meraih tangan Fiziyana namun gadis itu pantas melarikan tangannya. Nampaknya Fiziyana bukan jenis perempuan yang senang di sentuh seperti kebanyakan perempuan yang dikenalinya. “Saya benar-benar sukakan awak. Saya dah lama perhatikan awak. Sejak awak mula melangkah ke tempat tuisyen tu, awak dah mula mencuri hati saya,” tulus ucapan Irfan itu.

Namun Fiziyana agak ragu-ragu. Fiziyana gusar Irfan akan merosakkannya seandainya dia menjadi milik Irfan nanti. Irfan berbeza dengan Danny. Wajah Danny lebih kepada keanak-anakan dan wajahnya itu yang membuatkan Danny tampak innocent. Tetapi Irfan, wajahnya seperti remaja tipikal yang berusia 17 tahun. Penampilannya juga menggambarkan bahawa Irfan agak sosial.

“ Saya tahu,awak berat hati nak terima saya sebab awak takut saya akan rosakkan awak kan?” Irfan cuba menduga. Irfan sedar, gadis yang berjaya mencuri hatinya kali ini bukan gadis yang biasa ditemuinya. Fiziyana yang diperhatikannya selama ini ialah Fiziyana yang manja dan minta dilindungi. Lihat sahaja di tempat tuisyen, Fiziyana kelihatan manja dengan Mimi. Lengan Mimi sentiasa menjadi tempat untuknya bersandar dan apabila Fiziyana mengalami sebarang kesulitan di tempat tuisyen, Fiziyana senang merujuk kepada Mimi. Tambahan pula, Mimi memang mempunyai sikap melindungi Fiziyana. Apabila Fiziyana diejek oleh rakan yang lain kerana kekurangan fizikalnya, Mimi yang akan membidas ejekan itu.

“Jawablah Fizi,saya terima apa sahaja jawapan yang keluar dari mulut awak,” Irfan masih setia memujuk. Fiziyana menghela nafas panjang. Kalaulah Danny yang berada di hadapannya ketika itu,dengan senang hati Fiziyana menerima ‘lamaran’ tersebut.

“Ok..pertama sekali,saya nak minta maaf. Saya memang suka pada awak Irfan, tapi saya rasa kita terlalu banyak beza. Saya tak pandai bergaya seperti perempuan lain. Saya tak cantik. Saya takut kalau kawan-kawan awak perli awak couple dengan budak nerd macam saya ni” Fiziyana meluahkan segala apa yang terbuku dihatinya sejak tadi. Dia cuba menyusun kata-kata agar hati Irfan tidak terguris.

“La..kenapa itu yang awak fikirkan. Saya tak pandang gaya apa semua. Awak lain daripada perempuan yang saya pernah kenal dan itu yang buatkan saya jatuh hati pada awak. Berilah peluang pada saya Fizi. Saya janji akan bahagiakan awak,” janji Irfan bersungguh-sungguh. Fiziyana terharu mendengarnya. Irfan dan Danny begitu jauh beza. Irfan kelihatan jujur meluahkan rasa hatinya manakala Danny hanya tahu menyakitkan hatinya sahaja.

Setelah 15 minit berjalan,akhirnya mereka sampai di kawasan kediaman Fiziyana. Tanpa mereka sedari, rupa-rupanya Irfan telah menemaninya pulang sedari tadi. “ Tak perasan pula saya yang awak dah temankan saya sampai sini. Thanks Irfan..” ucap Fiziyana. Dia seakan-akan tidak mengendahkan pemintaaan hati Irfan itu.

“Fizi,awak masih tak boleh terima saya?” Irfan masih enggan mengalah. Fiziyana tersenyum memandang Irfan. Dia telah membuat keputusannya. Antara Danny dan Irfan, siapa yang berjaya merebut hatinya terlebih dahulu.

“ Irfan,saya harap awak positif dengan jawapan yang akan saya beri nanti. Menunggu bukan bermaksud awak kalah tapi saya nak menguji sejauh mana dan sampai bila awak sanggup tunggu saya. Jadi..beri saya masa ya. Saya pun sukakan awak. Tapi saya tak pasti sejauh mana perasaan saya pada awak,” kata Fiziyana.

Irfan mengangguk. Dia faham dengan keadaan Fiziyana dan dia enggan terlalu mendesak. Bukankah mendesak itu merimaskan? “Ok,saya faham. Saya harap awak terima saya sebab saya betul-betul ikhlas sayangkan awak. Jumpa awak esok. Bye.. take care” ucap Irfan. Wajahnya tenang dan cool seperti biasa. Fiziyana tersenyum sendiri.

Karma: Part 4


Friday, December 30, 2011

Karma: Part 2


Karma: Part 1

Fiziyana memandang sekelilingnya. Rakan-rakannya di dalam bilik kecil yang berhawa dingin itu tekun mendengar setiap butir maklumat yang disampaikan oleh guru Biologi di Pusat Tuisyen Cemerlang itu. Fiziyana menguap. Keadaan yang nyaman dalam bilik itu menyebabkan matanya semakin layu. Bila-bila masa sahaja dia boleh melayang ke alam mimpi. Dia jadi begitu kerana telah semalaman dia enggan melelapkan mata. Ini kerana fikirannya masih terbayang-bayang akan pertemuannya dengan Danny di sekolah tengah hari semalam . Penolakan Danny yang terlalu pantas itu mengejutkannya dan dia sukar menerima. Tak guna punya Danny! Kau ingat kau hot sangat lah?Eleh..ramai lagilah lelaki yang boleh aku goda! Huh!

Fiziyana memandang ke bahagian kiri bilik itu. Seorang pelajar lelaki yang kelihatan santai sedang menyandar di dinding sambil memandang Fiziyana. Dia seperti Fiziyana juga. Fikirannya tidak seratus peratus berada di bilik itu. Fiziyana cepat-cepat melarikan pandangannya setelah sedar dirnya diperhatikan. Isy..apahal mamat ni? Dia pandang aku ke? Dada Fiziyana seakan berdegup kencang. Dupdap,dupdap.. Fiziyana menoleh lagi untuk mendapatkan kepastian. Sungguh! Lelaki itu memandangnya. Lelaki itu mengukir senyuman ‘mahal’nya kepada Fiziyana. Isy..buang tabiat ke dia ni? Selama ni muka bukan main ketat lagi. Nak bergurau dengan budak-budak kat sini pun jauh sekali.

Fiziyana membalas senyuman lelaki itu kemudian Fiziyana kembali memandang hadapan. Dia seakan sudah segar daripada layunya setelah bermain mata dengan lelaki berwajah ketat bernama Irfan itu. Memang Fiziyana mengaku, ketika Fiziyana mula-mula mendaftar di pusat tuisyen itu, hatinya seakan-akan berminat dengan lelaki itu kerana dia merupakan antara pelajar terhensem di situ.Hehe..

Namun,perasaan suka terhadap Irfan itu segera ditepis kerana Fiziyana telah membuka ruang hatinya hanya untuk Danny seorang. Apabila Fiziyana berjaya menawan cinta Danny,dia nekad untuk setia dengan Danny sahaja. Ini kerana,kini baru Fiziyana merasa betapa peritnya mengejar cinta orang yang dia minati.

Selain faktor cintanya pada Danny, Fiziyana juga ada sebab kedua mengapa perasaan sukanya pada Irfan harus dibuang jauh-jauh. Kalau dilihat dari segi penampilan Irfan, Fiziyana dapat membuat kesimpulan bahawa Irfan mungkin merupakan lelaki yang gemar bersosial sedangkan Fiziyana hanyalah seorang gadis ‘nerd’. Jadi,agak mustahil Irfan akan menaruh hati padanya.

Namun, sejak dua hari itu, keadaan seakan-akan sudah terbalik. Danny menolak Fiziyana mentah-mentah sedangkan Irfan pula,mula menunjukkan minat padanya. Hisy..pening la pula kepala aku ni.

Karma: Part 3


Thursday, December 29, 2011

1st Fanfic


Holaa.. ni page khas untuk my fanfic. Tajuk fanfic ni, KARMA. Kenapa 'Karma'? Yeah I know, tak ada istilah karma dalam Islam. Tapi bila kita dengar perkataan tu, orang akan terfikir 'what goes around comes around' kan? Itulah yang cuba aku sampaikan dalam cerita ni.

Latar cerita ni aku ambil latar persekolahan. So maybe senang korang nak gambarkan. Minta maaf kalau membosankan. Hope you guys can drop any comment so that I can improve my writing. Lama tak menulis ni. Rasa kejung (baca: kejang) tangan dan kepala. Haha.. So here goes:

Karma: Part 1
Karma: Part 2
Karma: Part 3
Karma: Part 4
Karma: Part 5


Iklan: Nak rambut yang khelassss uollss sempena tahun baru? Jangan risau, ni salon professional yang conduct. Gerenti tak menyesal. Meh CLICK SINI untuk cekidaut!


Musim Fanfic Ke Sekarang Ni?


Sekarang aku perasan, trend fanfiction dah mula menular dalam arena blog ni. Ececeh.. arena uols. Kelas entry I kali nih :p  Aku perasan pasal fanfiction ni dari blog ThePinkGajahStory. Mula-mula blur jugak, hape kebende fanfic tu? Kemudian diikuti pula dengan English fanfic dari adik Nazihah Anuar. Fanfic dia full english. Rasa inferior bila baca sebab aku sendiri tak mampu nak menulis cerita yang power macam tu :(

So mengambil kesempatan di musim fanfic ni, wa pun nak jugak ah tayang wa punya kepoweran menulis kan. Tapi wa punya cerpen atau novel (?) ni dah kepam. Aku pernah submit cerpen ni kat website Penulisan2u. Hasilnya, dapat 12 komen yang membina. Woot2~ Tapi tu kali pertama dan terakhir aku submit kot. Kebanyakan hasil penulisan aku semua atas kertas dan kertas tu semuaaaa dah kena makan anai-anai. Phuih.. Softcopy pulak, ada kat laptop sebelum ni. Dan laptop tu dah rosak. Sedih bukan? -.-'

Bawah ni antara komen dari pembaca cerpen aku kat Penulisan2u. Ni serius dorang yang taip. Kite tak tak tipu.. Nampak tak muka suci ni?? Oh ya, nama pena aku kat situ Stilleto. "Kenapa Stilleto, bukan Ninie?" Er.. takpe, baca je komen bawah ni:





p/s: Bukan menunjuk tau.. Aku rasa aku nak publish cerpen tu kat blog ni part by part. Tu pun kalau ada yang curious nak baca. Btw, ni cerpen masa aku zaman sekolah dulu. Target reader umur 13-17 tahun. Tapi don't worry, cara penulisan adalah matang. Tak ada ayat pelat eww eww. So macam mana? Berminat? *kelip2 mata

Wednesday, December 28, 2011

Fibox, New Solution to Shoutmix



Sebelum ni macam tekad sangat taknak letak shoutbox kat blog sebab kononnya malas nak sign up cbox. Well, memang I malas nak sign up cbox pun sebab cbox tak lawa dan features dia tak berapa menarik. Huhu jujur sangat ni. Tapi bila tak ada shoutbox, rasa macam sunyi je blog ni. Rasa macam tak ada siapa singgah dan mula feeling #foreveralone. Maka, untuk elak blog gersang sunyi, aku letak jugak shoutbox. Tapi bukan cbox, but it is fibox

Fibox ni dia still beta lagi. So ko tak payah nak mengada tukar warna dia apa semua sebab bila korang sign up, kat dashboard fibox korang cuma akan ada code fibox seketoi tu ja.. Maklumlah, beta lagi. Nak benda free haruslah berkorban gittew. Phui!

Aku rasa fibox ni orang Malaysia yang buat kot? Sebab aku tengok yang busy pungpang-pungpang kat interface dia semua meleis (?) Aku malas nak mencemar duli chat kat situ. Sekadar memerhati. Itew kan pemalu :B So far, aku rasa fibox ni better lagi dari shoutmix sebab: 

Kalau shoutmix, korang kena up dari free ke premium untuk dapat feature 'online user' tu kan? Tapi fibox, semua user boleh merasa. 

Tang smiley, smiley dia macam YM. Means boleh gerak-gerak. Apa? Tak pernah guna YM? Reti skype je? Finee.. wa tak ada skype *tacing*

Kat fibox ni boleh letak gambar sendiri tau! Sukalah tu boleh capub kat shoutbox pulak lepas ni. Hihihi..

Fibox ni loading dia laju. Korang tak payah nak refresh blog setiap kali nak tengok message baru.

So apa tunggu lagi? Jom la try fibox pulak. Yang penting, service freeeeeeeee~

p/s: Aku tahu pasal fibox ni lepas blogwalking kat blog INI. Hehe arigato.. :D


Monday, December 26, 2011

Harapan 2012





Aku dah deactivate FB dengan harapan aku tak lagi sakit mata dan sakit hati dengan benda yang tak sepatutnya. Aku mengaku, tahun 2011 bukan tahun yang mudah bagi aku. Banyak sangat kesakitan yang aku alami. Terlalu banyak untuk aku list kan di sini. Syukur pada Allah, Allah masih sayangkan aku. Dia jauhkan aku dari perkara yang bukan-bukan. 

Aku akan tebus kesilapan 2011 ni pada tahun 2012. Aku tak akan sia-sia kan peluang pengajian kat UiTM Shah Alam ni. Aku tahu, ramai kat luar sana yang pandang rendah dengan aku termasuk saudara mara aku. Dorang semua sangka aku akan jadi doktor berdasarkan result SPM aku yang flying colours dulu tu. Tapi sebab kelalaian aku dan sebab terlalu ikutkan emosi masa asasi dulu, aku rosakkan masa depan dan harapan keluarga aku. Aku tak dapat jadi orang pertama dalam keluarga yang berjaya jadi doktor. 

It's ok Anis. Kau masih ada keluarga kau sebagai tulang belakang. Kuatkan semangat, kentalkan hati. Aku tak nak ulang lagi kesilapan 2011. Semoga Allah permudahkan. Amin..

Friday, December 16, 2011

Blog Ini Sudah Tiada Shoutbox

Aku baru tahu yang next year, shoutmix will no longer offering free service. Haiyo sekarang semua benda pun nak bayar ke? Aku usha plan dia, paling murah $0.99. Berapa ek kalau convert Malaysian currency? Huhu aku malaslah nak bayar untuk benda remeh cenggini. Shoutmix aku bukan banyak sangat orang tinggal footprints. Banyak spam je. Aku benci kot dengan message spam ni -.-'

Ye, selain shoutmix ada alternative shoutbox lain macam cbox. Tapi aku tak berapa gemar cbox. Sebelum ni aku ada account cbox. Tapi dah lupa password. Zz.. Sekarang blog ni dah tak ada shoutbox. Shoutmix aku dah permanently delete dan aku dah malas nak sign up apa-apa shoutbox. Bagi aku shoutbox ni more to accesories blog je. Heh yeke? ^^v

Sebelum aku delete shoutmix tu, sempat jugaklah printscreen something.

Ko hade?? Takde kan? HAHAHA #kbai

p/s: Lagi bagus kalau lepas ni FB pun kena bayar. Kurang sikit gejala2 curang kat FB. Wek

Monday, December 05, 2011

Talking To The Moon




I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have

Chorus:

At night when the stars
light up my room
I sit by myself

Talking to the Moon
Try to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad
But they don't know
what I know

Cause when the
sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back

At night when the stars
light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Try to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

Ahh Ahh,
Ahh Ahh,

Do you ever hear me calling?
Cause every night
I'm talking to the moon
Still trying to get to you

In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I know you're somewhere out there
Somewhere far away


This is the song that can calm me down :)

Friday, December 02, 2011

Untuk Kali Keberapa


Ya Allah, kenapa susah sangat untuk dia sayang aku. Kenapa begini sekali kau uji aku. Kau bagi aku bahagia, tapi bahagia tu tak kekal. Hati dia tak pernah tetap pada aku. Ya Allah, aku tahu permintaanku ini salah. Tapi Kau tunjukkanlah pada dia kesakitan yang selama ini aku tanggung sebab perbuatan dia padaku. Buatkan dia sedar dan menyesal bahawa pilihan dia adalah salah. Ya Allah, seandainya ini benar-benar berlaku, aku sentiasa bersedia untuk terima dia kembali, tapi dengan syarat hati dia bebas dari perempuan tu. Ya Allah, aku buntu. Tunjukkanlah padaku jalan yang perlu aku lalui sekarang. Adakah terus lepaskan dia, ataupun terus berharap. Tolonglah aku ya Allah. Sesungguhnya hanya Kau yang tahu apa yang terbaik untuk hambaMu.

p/s: I hope he read this. To readers, sorry kalau semakkan dashboard korang dengan benda mengarut ni. Pray for me so that I can move on without him. Thanks :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...