Sunday, January 22, 2012

Baucer Buku

Sekarang mesti ramai student IPTA/IPTS yang dah dapat baucer buku kan kan? Korang jual ke, korang guna sendiri baucer buku tu? Heheh teringat pulak status member kat FB pasal baucer ni yang boleh buatkan tukang komen bergaduh. Butthurt semacam je. Tu mesti jual baucer untuk beli tiket movie. Eleh macam wa tak tahu.. Hihi :))

Baucer ni aku dapat kat Zon Kewangan Fakulti. Masa nak ambil tu kena bagi sekali IC dengan student card. Aku rasa makcik office tu nak key-in nombor IC dengan nama kita berdasarkan nombor siri kat baucer tu kot? Yelah, nak elak baucer tu dijual balik. Kami student ni kan panjang akal.. Pada sesiapa yang berniat nak jual tu, terpulanglah. Tp kalau korang tukarkan baucer buku RM 200 tu dengan duit RM 50 macam agak tak berbaloi la ek?

Pada sesiapa yang dah beli baucer orang lain tu, ikut nasib jugaklah nak guna. Sebab ada sesetengah kedai buku main ambik je baucer tu tanpa minta korang punya IC. Tapi tadi masa aku beli buku, kedai buku Popular tu minta IC. Oh ya, aku guna baucer tu untuk beli buku Math PMR dengan buku KOMSAS Tingkatan 2 adik aku. Alang-alang ada baki, aku rembat novel. Huhu nasib baik boleh bayar guna baucer tu (^.^)v

Adik aku pulak bukan main suka lagi pilih buku. Amboi.. macam kat baucer tu tulis nama dengan IC dia je kan? Duit RM 100 yang ambik kat sekolah hari tu buat beli Supra. Grr sabor je T___T  Finally... aku dah ada something untuk di baca sepanjang cuti sem ni. Yeay! Sekarang nak ubah balik diri jadi anis yang kuat baca novel. Last aku minat gila baca novel masa darjah 5 kot. Lama kan -.-


 Si kakak yg pilih  (●*∩_∩*●)

(≧◡≦)


5 comments:

  1. nnt komen la novel versus tue..kalo best,nak beli jugak..

    ReplyDelete
  2. untung la..untung la...
    I gelojoh sgt nak balik awal smpai tak smpat nak amik baucer rm200 tu.
    T___T

    ReplyDelete
  3. Voucher tuu dah habis dah kita belanja kan. Macam macam beli sampai orang yang dekat counter tu cakap "voucher ni patutnya kena beli buku buku ilmiah" LOL :P

    ReplyDelete
  4. anies: hehe insyaAllah.. ninie tak bape reti sgt nak review novel ni. huhuk

    hashira: ala biase la tu. huhu xpe2 baucer ni valid sampai 31 mac. dun worry bebeh :))

    ndhrh: ala.. asalkan kita guna utk beli buku drpd jual kat org lain. jwp je mcm tu kat cashier tu. haha

    ReplyDelete
  5. kihkih3.. x poo.. sebab membace doremon pun boleh pupuk minat n amalan membaca dalam diri anak malaysia.. eh ecehhhhh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...