Friday, January 20, 2012

Semester 1 (2011/2012)




Hai! Setelah sekian lama membiarkan blog usang, hari ni baru berkesempatan untuk update. Sebenarnya aku active je berkicau kat twitter, cuma kat blog je malas nak post apa-apa. Kang bila aku ralit kat blog, satu benda pun tak jalan. Btw, aku dah berjaya menjalani semester 1 ni dengan jayanya. Yeay ehmm much better la kalau nak banding dengan semester 1 asasi dulu. Hehe alhamdulillah.. :')

Hm so far life kat UiTM Shah Alam ni best. Aku sukaaaa sangat dengan bilik aku yang betul-betul kat tepi jalan. Meriah dengan bunyik lori, bas dan yang sewaktu dengannya -..-  Masa asasi dulu bilik aku sunyi. So bila dapat bilik tepi jalan macam sekarang ni, rasa batak sikit. Heheh~

Walaupun kolej aku sekarang ni terlalu banyak kekurangan kalau nak dibandingkan dengan kolej masa asasi dulu, tapi tu tak jadi hal. Teringat masa sebelum masuk dulu bila mula-mula tahu toilet kat luar, muka aku pucat lesi sebab takut nak pergi toilet malam-malam. Haiyo.. tapi sebenarnya tak ada benda nak takut pun. Phuii riak betul statement anda.

Selain toilet, aku rasa tak selesa jugak bila dapat tahu yang satu bilik 4 orang. Aku kan tak berapa reti nak bergaul dengan orang. Tapi alhamdulillah roommate aku semuanya baik-baik belaka. Aku boleh jadi diri sendiri. I don't have to be fake in front of them. Baru aku tahu sebenarnya best duduk ramai-ramai. Aku tak nafikan, bilik kolej ni agak sempit untuk muatkan 4 orang. Tapi tak pe, asalkan kami bahagia :B

Bawah ni gambar bilik aku masa asasi dengan degree sekarang ni. Macam langit dengan bumi kan? Lagi-lagi tang lantai tu. Gambar nombor 2 tu macam tak senonoh sangat bilik aku. Tapi tu dah paling kemas aku rasa. Mungkin langsir tu yang mencacatkan pemandangan (?)

 Rafflesia 2 (May 2010 -  Mac 2011)

Mawar (Sept 2011 - Jan 2012)


Bawah ni pulak my roommate yg telah bersama sepanjang semester 1. Two of them from engineering faculty dan sorang lagi sport rec. Aww love you guys a lot! Tq sebab sudi melayan perangai Anis yang kadang-kadang mengada dan suka bangun lambat tiap-tiap hari. Hehe ohh kat bilik, kitorang tak pernah bahasakan diri kau-aku. Kitorang semua bahasakan diri guna nama masing-masing. Comel tak? Ya comel kan *angguk-angguk*

Effa, Anis, Nani

Ayu, Effa

Anis, Nani

6 comments:

  1. satu je xbest Kolej Mawar, almari kecik sgt kot. huhu... Rindu zaman blaja...

    ReplyDelete
  2. textbook calculus jangan beli baru plak nnt haha

    ReplyDelete
  3. mardhiyyah: hehe yup kecik. kat situ la nak sumbat baju, kat situ la nak sumbat laptop T___T

    ayeem: hoho beli guna baucer jela kat u. blh kan? hahaha

    ReplyDelete
  4. dgr pasal uitm shah alam tak sabar rasanya nak msk padahal tak diploma :p this is my end semester!pasni nk smbg shah alam pulak amin... :)

    ReplyDelete
  5. wah! sernoknya ada r0omate yg baik hati..duk ramai2 bestlah..mcm I kt matrik dulu satu bilik 4 org. meriah! anywy..have a good day! :D

    NEW!-->Lovely Tips For Wearing Eyeliner ;)

    ReplyDelete
  6. bella: hehe insyaAllah klu ada rezeki sampai la ke shah alam tu ^^

    hashira: tu la psl, best kan duduk ramai2 ni :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...