Wednesday, February 15, 2012

Blog Kena Remove! Ketahui Apa Sebabnya


Source


Sekarang tengah menaip entry dengan perasaan lega. Sebab apa lega? Sebab aku baru dapat semula blog-blog aku. Sejam yang lepas, bila aku tekan View My Blog kat Dashboard, tiba-tiba keluar 


"ohninie.blogspot.com have been removed by blogger". 


Masa mula-mula baca, aku tak percaya. Ingat blogger saja nak bergurau dengan aku. Maklumlah, kami ni memang suka mengenakan antara satu sama lain -.-' Menggelupur jugaklah cari solution untuk recover semula blog. So sekarang, aku dah rasa macam mana sakitnya bila blog tiba-tiba kena remove. Perasaan dia sama sakit macam hang kena tinggal dengan boipren. Semua kenangan kat blog dihambat pergi. Memang nan hado lah kalau kau nak baca semula entry lama. Sedih kan? Sila sedih sekarang. 

Masa aku busy mengGoogle cara nak recover semula blog, aku tak faham langsung step yang dia list kan sebab aku punya MUET Band 3 je. Tapi sebab blog punya pasal, gigih bersengkang mata baca sebutir-sebutir apa yang ditulis. Korang nak tahu apa sebab-sebab yang boleh buatkan blog korang kena remove secara tiba-tiba oleh blogger.com?

  • Affiliate Marketing: Maksudnya, pemasaran bersekutu. Kat situ kau tempek macam-macam iklan untuk kaut keuntungan. Kat sidebar berderet iklan shawl, coklat, macaron, bla3.. Aku pernah masuk satu blog ni yang memang tujuan penulis dia nak kaut untung. Setiap kali update entry, mesti akan masukkan apa-apa banner. Kat sidebar, tak payah cerita. Penuh sampai tak larat nak scroll. So kalau korang rasa blog korang ada unsur-unsur macam ni, sila padam blog sekarang sebelum blogger sendiri tolong padamkan.

  • Content created with scripts and programs, rather by hand: Maksudnya, blog korang auto-generated by scripts. Rasanya bab ni ramai yang tak ada masalah. 

  • Content or links referencing referral-based activities such as GPT, MMH ("Make Money from Home"), MMF ("Make Money Fast"), MLM ("Multi-Level Marketing"), PTC, or PTS: Maksudnya blog korang ada content skim cepat kaya. Ala yang gambar yang biasanya orang guna duit untuk buat kipas tangan tu.

  • Content scraped from other blogs/websites: Ni khusus pada orang yang blog nya tak ada originality. Kerjanya asyik copy paste karya dari blog lain. Tengok, tak pasal-pasal je boleh jadi antara sebab blog boleh kena remove kan?

  • Copyright Infringement: Blog korang blog personal, tapi korang biasanya update pasal link-link untuk download movie, software, lagu, etc

  • Large Blogs with multiple, unfocused/unrelated subjects: Yang ni aku macam agak terasa sebab blog aku pun dalam kalangan blog rojak. So kalau korang betul-betul serius dengan blog, lebih baik set kan tema blog korang macam blog untuk fotografi, makanan, atau apa-apa yang khusus.

  • Links to Illegal Downloads/Streaming/Torrents: Macam dinyatakan awal tadi.


Berdasarkan apa yang aku baca, kerja-kerja memantau blog ni bukan dilakukan oleh manusia. Sebaliknya dilakukan oleh robot. So bila bot tu datang check blog korang dan dia dapati blog korang ada salah satu punca yang aku list kan di atas. Secara automatik bot tu akan lock blog korang. Satu-satunya cara untuk korang dapat semula blog itu adalah dengan cara contact kat blogger forum. Kat situ nanti ada yang akan bagitahu apa steps yang perlu korang buat.


Cara ni macam agak kejam dan menyusahkan, lagi-lagi bila nak berurusan dengan omputih. Mahu menangis nak fikir macam mana nak susun ayat. Tapi bila korang ada usaha untuk minta blogger recover blog korang, blogger team akan tahu bahawa blog korang tu betul-betul dibuat atas rasa sayang *eh?* dan bukan dibuat atas tujuan yang dinyatakan di atas. Secara tak langsung korang dah gain separuh kepercayaan diorang. Jangan give up sebab kita nak tuntut hak kita semula.


Dalam kes aku, aku dah siap hantar soalan kat blogger forum, mintak tolong kat blogger lain yang pernah ada masalah macam ni. Tapi bila aku refresh semula dashboard, tiba-tiba blog aku muncul semula. Allah saja yang tahu betapa leganya perasaan. Mungkin bot baru perasan kot yang blog aku ni inesen. Hehe over kan.. Tapi kenyataan :/

Pada yang berkenaan, sudah-sudahlah salah gunakan blog tu. Kesian kami yang tak tahu apa-apa ni tiba-tiba je blog kena remove. Blogging lah secara berhemah. Majulah blog untuk negara! Eh tiba-tiba.


Source: Blogger Forum

5 comments:

  1. penah gak kena..lepas tu terus email blogger..sejam gitu dpt balik blog.heheh..terkezut ai tau

    ReplyDelete
  2. kesianya, nsib baik blog dpt balik.. sy xpernah la megelami benda sebegini, tp bila baca netri ni saya boleh prepare kalau2 blog sy kena remove nanti

    ReplyDelete
  3. naz: ha.. br teringat yg blog awk pun pernah kena remove sbb naz pnh buat entry kan? masa ninie kena, ninie xtau pun apa email blogger. semua solution suruh post kat forum. malu klu omputih bc english ninie yg bterabur T___T


    cik miela: hehe alhamdulillah dpt balik.. yg pnting kita kena pastikan blog kita xlanggar policy blogger. syg gila klu blog tiba2 kena remove tanpa sebab :(

    ReplyDelete
  4. nauzubillah min zalikk,,takot nye kalau kene,,kalau mira kene,,mira upah kak ninie pulihkan la :D

    ReplyDelete
  5. mira: eh.. akk mana reti. huhuk ni pun blog tiba2 recover sndr. tp mira jgn risau, ada blogger yg baik hati tunjuk steps utk recover blog yg kena delete ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...