Tuesday, February 28, 2012

Sebelum Semester 2

Lagi beberapa hari sahaja lagi masa untuk aku meluangkan masa berkualiti bersama keluarga tercinta. Hm masa mula-mula cuti hari tu rasa tak sabar nak masuk sem 2. Tapi bila cuti makin pendek, tiba-tiba rasa malas pulak nak balik. Huhu lagi-lagi bila aku dapat kolej tingkat paling atas dan bilik paling hujung doniaa. Wahh sem 1 hari tu dah sedap duduk tingkat 1 dan bilik paling dekat dengan koop. La ni sem 2 kau rasakan anis. Nampaknya makin malaslah aku nak turun mana-mana tanpa alasan kukuh. Fuhh nampak tak kemarahan di situ? :B

Tapi, bersyukurlah sebab dapat kolej. Jimat duit pt daripada kena bayar sewa rumah. Hehe.. :') Tapi tak bestnya sebab tak dapat pilih roommate. Aku bermasalah sikit kalau nak blend dengan new surrounding. Hm rindu pulak kat Ayu, Effa dengan Nani. Diorang the best roommate ever :'(

Ehm selain pasal kolej, aku baru settle course registration untuk sem 2. Total semua subjek sepatutnya 7, termasuk koku. Tapi untuk subject Calculus, nama kelas aku tak ada pulak dalam senarai. Haii tak ada kalkulus ke? Kalau takde, aku insan paling bahagia. Huahuaa :D



Perkara aku akan rindu nanti:
  • Vanilla Coklat
  • Nada Cinta (What? Aku layan cerita ni? -.-')
  • Cerita hindustan best2 kat B4U


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...