Saturday, March 24, 2012

A Geek

Assalamualaikum.. Wah agak lama jugak blog ni tak berupdate. Tapi kalau update, mesti nak mengeluh je. Macamlah ada sesiapa kisah kan? Hoho.. btw semester 2 ni aku dapat roommate yg tua 2, 3 tahun dari aku. So kes selalu kena tinggal sorang-sorang di bilik pada waktu malam memang dah jadi darah daging aku untuk semester ni.

Nak buat macam mana dah. Takkan lah aku nak kunci pintu tak payah bagi dorang keluar kot. Selama aku duduk kolej sebelum ni, aku selalu balik and tinggalkan ex-roommate aku. Tak ada pulak dorang nak tambat aku duduk bilik kan. Huahua so sekarang ni lah balasannya kat aku. Wuu T_____T

Bila sorang-sorang, mati kutu jugaklah pikir nak buat apa. Nak online, bosan. Duhh~ Nak study? Wahh lagilah bosan. So jalan penyelesaiannya, install game banyak-banyak. Aku suka gila usha game kat Chrome Web Store. Nampak je game yang comel-comel, mulalah gatal tangan pergi install. Padahal bukannya best pun game tu.


Antara game yang di install


Ni lah sebab utama aku suka gila guna browser Google Chrome. Aku rambang mata tengok macam-macam application/extension yang ada kat Google Web Store ni. Dah lah free, maka seronok sungguhlah aku meng-install dan meng-uninstall benda alah ini sesuka hati sampai laptop wa jammed wa cakap lu  =.=

Untuk you guys yang turut mengalami masalah forever alone macam aku ni, bolehlah cuci mata dan install macam-macam benda dari store ni. Mwehehe oh btw, blog ni akan tampak manis dan sweet kalau view in Google Chrome. Kalau guna IE, huduh sangat scrollbar tepi ni. Kalau guna Mozilla, any curved border yang wujud kat blog ni akan nampak petak instead of bulat (?) Huh layankan jelah ayat berterabur aku ni.


1 comment:

  1. kalau rambut berminyak cam gua nie rase rase2 pakai minyak kelapa je lah..xde sunsilk2 da ciknini..hikhik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...