Friday, March 30, 2012

Head to Toe



Assalamualaikum dan hai~ Ni cuma random entry sebab kering idea nak tulis apa kat blog yang makin lama, makin suram wajahnya ni. Heheh.. btw, aku rasa teringin pulak nak share pasal benda yang aku pakai kat blog ni. Benda baik apa salahnya dikongsi bersama kan? :D

Alkisahnya, badan aku ni jenis sesuai dengan barang murah je. Aku tak pernah manjakan diri aku dengan produk yang mahal-mahal sebab aku tak pernah diajar sejak kecik. Apa yang aku tahu, as long as produk tu tak menyusahkan hidup aku tu pun dah cukup bagus. Mudah kan prinsip saya? :3

Untuk shampoo aku terbiasa dengan Sunsilk. Tak kisah warna apa pun, tapi aku lagi suka yang warna pink ni sebab bau dia 'manis'. Rambut aku jenis yang tak bermasalah so Sunsilk Soft & Managable ni sesuai untuk aku.



Aku suka sangat dengan produk Johnson's baby sebab barang untuk baby biasanya very mild. Kalau produk Johnson's baby aku suka dari Milk series ni. Bila pakai rasa macam baby je. Huahua~ lagi satu, aku suka tabur bedak banyak-banyak kat badan sebab nanti badan rasa nyaman dan tak melekit bila berpeluh (^.^)v
Start pakai produk muka secara konsisten sejak tahun ni. Sigh.. Ni pun sebab mak aku paksa dan dia yang semangat sangat suruh aku guna Safi Balqis ni. Bila pakai ni liang-liang lahad pori kat muka aku mengecil dan muka pun rasa licin je. Aku guna 1 set (pencuci muka, penyegar & krim siang)

My latest discovery! Haha thanks pada memberku sebab perkenalkan lipbalm ni. Sebelum ni aku guna Silkygirl Sheer Colour. Tapi bibir aku mengelupas teruk bila pakai. Produk Mentholatum memang terbaik dari ladang gandum. Tak rugi pakai sebab kesan dia korang boleh tengok serta merta. Bibir rasa soft je. Aku guna lipbalm atas ni. Dia mengandungi Roman Chamomile, Rose & Tangerine. Sangat sesuai untuk orang yang malas minum air masak banyak-banyak, tapi ada hati nak bibir merah bak delima merekah :p *akulah tu*

So far ni jelah produk yang best bagi aku. Aku manalah ada duit nak beli produk Etude House yang mahal tu. Nak mekap pun aku tak reti tau. Nak beli benda mahal-mahal tunggu aku kerja nantilah. Hehe tq for reading this entry. Selamat menjaga kecantikan dengan cara yang murah! XOXO~

2 comments:

  1. wah ninie! lipbalm kita sama la. Rasa mcm herba2 gitu kat bibir. ^^

    ReplyDelete
  2. ninieeeee

    qib terpengarohh beli lipbalm jenama mentholatum// kissy pink punye.. awww.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...