Thursday, March 01, 2012

Montel Jatuh Sakit :'(

Semalam, hari yang agak upside down jugaklah bagi aku. Sibuk sangat nak tengok Beauty & The Beast kan? At last dapat jugak. Tapi banyak wo rintangan sebelum aku dapat tengok cerita tu. Btw, entry ni terlalu panjang kerana ditaip dengan penuh emosi. Sediakan tisu sekarang.

Mula-mula aku was-was nak keluar sebab mama demam. So kalau aku huhahuha kat luar, rasa macam tak best la pulak kan. Tapi my mum memahami, dia benarkan ittew keluar sebab aku dah 2 minggu terperap kat rumah. Kalau aku ni nasi, dah jadi tapai agaknya. Huahua.. But! Bila my mum ok, tiba-tiba Montel (hamster saya) jatuh sakit. Baru je 2 hari lepas dia melompat dan memanjat dalam sangkarnya dengan riang ria. Tapi pagi semalam, bila aku jenguk sangkar dia, dia stiff je kat satu sudut sangkar tu.


Montel kesayangan

Selama ni, belum sempat aku nak letak dia kat tapak tangan, dia dah gigit dulu tangan aku. Tapi pagi semalam serius dia tak bermaya bila aku angkat dia. Jalan pun macam hamster patah kaki (pernah tengok ke hamster patah kaki? O_o) Masa tu rasa nak nangis je tauu. Huaa.. antara ibu yang sakit dengan hamster yang sakit, aku lagi sedih hamster sakit? Whoaahh kill me -.-

Kemudian aku mula berhipotesis, Montel ni kalau tak sebab patah kaki gara-gara memanjat, ni mesti pasal buasir sebab dia pergi telan bathing sand yang aku beli untuk dia 2 minggu lepas. Haiyoo degil betul pet aku sekor ni. Semua benda dia nak telan. Entah-entah anak lipas yang merayau sekitar sangkar tu pun dia telan.



Riang betul memanjat. Mana tak patah kaki.


So sebelum Montel injured dengan lebih jauh, aku tutup sebahagian sangkar dia supaya Montel tak dapat panjat tinggi sangat sekaligus melakukan backflip bila jatuh. Kalau jatuh terus tak apa, ni boleh pulak terhantuk kat bumbung kuning rumah tu. Risau woii risau! Aku tanya mama, kalau sapu minyak gamat kat kaki Montel, dia boleh elok ke? Huhu nak hantar pergi klinik haiwan, aku tertanya-tanya vet nak ke rawat hamster? "Setakat rawat hamster harga RM18 sekor ni baik kau beli baru," kata veterinar tersebut *nangis*

Kerana takut Montel mati, dengan segera aku bersihkan sangkar dia dan aku tak letak lagi bathing sand. Bazir duit mak bapak aku beli benda alah tu. Grr.. Lepas selesai aktiviti mencuci sangkar, aku berkejar ke dapur sebab nak cuci tangan. Tapi aku tak sedar lantai licin dan suppppp! (sound effect tergelincir. Kehkeh) aku tergolek dengan jayanya! Ya tu dia, tu dia. Tak cukup hamster je patah kaki, kau pun nak join jugak ke anis?! Hilang terus sakit mama bila tengok aku kelam kabut semacam gara-gara seekor hamster. 

Lalu.. aku pun terpaksa gigihkan kaki dan badan yang sengal-sengal ni demi untuk menonton Beauty & The Beast kerana sebuah janji.. TAMMAT


p/s: Ni baru bela hamster murah. Kalau bela sugar glider yang mahal tu, tak tahulah macam mana rupa kelam kabut aku.
p/s/s: I love rodents seperti arnab, hamster dan hedgehog. Kucing tak berapa berkenan (^.^)v

7 comments:

  1. cute!
    kesian die jth sakit...

    ReplyDelete
  2. Tips nak beli baju blogshop?

    Kalau Liya prefer org Melayu dari baju korea2 tue sbb measrument dia besar sikit. Pastu pilih la size besar sikit. If badan M,pilih L. kalau L pilih L je sbb XL bsr sgt kot. Hehehe.

    Lps ni boleh try beli yer :)

    ReplyDelete
  3. Tips nak beli baju blogshop?

    Kalau Liya prefer org Melayu dari baju korea2 tue sbb measrument dia besar sikit. Pastu pilih la size besar sikit. If badan M,pilih L. kalau L pilih L je sbb XL bsr sgt kot. Hehehe.

    Lps ni boleh try beli yer :)

    ReplyDelete
  4. eyqa: hehehe skrg montel dah sihat balik. dah boleh panjat2 smula :3

    liya: wee maceh sudi kongsi tips. lepas ni nak try la beli kat blogshop :D

    ReplyDelete
  5. cerita dah sedih tapi ade pulak part yg lawak..nak gelak x smpai hati. Tapi nak gelak jugak..hahahaha.. :D

    *mcm mne nak tau hamster tu ptah kaki? :/

    ReplyDelete
  6. ahh..comelnye montel u..cian die patah kaki..seb bek u pun tak patah kaki.

    i folo u k..:P

    ReplyDelete
  7. shira: huhu tau dia patah kaki sbb dia jln mcm tak stabil. tapi.. skrg montel dah mati :'(

    eidchan: ksian kan. tapi.. lps smggu sy publish entry ni, montel pun mati..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...