Thursday, March 15, 2012

Ringkasan Awal Semester 2



Assalamualaikum dan hai semuaaa. Nampak tak betapa busy nya aku sem ni sampai entry pun nak bajet ringkasan ala-ala SPM gitu. Tapi layankan jelah ringkasan ni. Tak tahulah setakat mana ringkasnya sebab intro ni pun dah panjang berjela je.

Semester ni ada kelas kat luar UiTM iaitu kat Intekma. Huarghh tiap Isnin dengan Jumaat siaplah ketiak aku berlengas dek peluh gara-gara suka benor bertukar bas untuk ke Intekma tu. Bila sampai Intekma, kelas pulak tak kondusif langsung. Nak cerita banyak pun tak boleh. Kang dikata tak bersyukur pulak kan. So redha jelah  T__T

Sebelum ni asyik mengeluh bilik kat kolej ni tinggi sangat. Tapi bila dapat bilik tinggi ni, makin rajin pulak aku turun tayang muka kat DC tu. Kalau sem lepas, sekali aku dah masuk bilik, memang tak lah aku nak turun balik waima nak ke koperasi pun. Tapi sem ni entah mengapa daku menjadi begitu cergas turun naik tangga. Tapi kurusnya tak jugak  T___T

Sebelum ni kelas aku tak ada register untuk Calculus. Bila tak boleh register, semua semangat pergi jumpa Penasihat Akademik sebab nak daftar subjek ni. Tapi bila dah dapat register dan lecturer masuk, masing-masing rasa terbakar. Eh ke aku je terbakar? Ekeke.. First day lecturer masuk, dah kena jawab kuiz. Kuiznya, nyatakan maksud ayat surah Al-Fatihah. I was like.. erk? Homai..  T___T

Semester ni semacam kejutan budaya sikit sebab baru minggu pertama belajar, dah kena suruh design system prototype. Aku tak tahulah budak-budak lepasan matrik/asasi yang masuk degree ni terlalu manja sangat sampaikan bila disuruh buat group project pun nak mengeluh. Tapi bagi aku, selama ni kitorang asyik disuap je. So bila tiba-tiba kena kerah otak sendiri untuk buat system, so jammed jugaklah otak ni  T___T

Kesimpulannnya, sekarang semua benda yang aku buat rasa serabut. Ni baru masuk sem 2. Kalau masuk sem seterusnya tak tahulah alahai. Ohh maaf entry sekarang banyak mengeluh je (=.=)v


-Im sexy and I know it-

2 comments:

  1. btul2,,xsuke hidup disuap,,bila nak bdikari susah

    ReplyDelete
  2. cergas nanie cergas!!
    kita budak sc comp mmg kena lebih skit pkai otak. nak2 bab programming. homai.. T___T hehhe..

    http://hashira91.blogspot.com/2012/03/pembakaran-dan-penternakan-lemak.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...