Thursday, June 21, 2012

My First Year

Alhamdulillah tinggal lagi beberapa minggu je untuk tamatkan tahun pertama degree ni. Hohoi final pun belum kau dah sibuk bersyukur bagai. Untuk menghadapi final exam semester ini saya adalah tidak sepositif sem 1 dulu. Sem 1 relaks sangat-sangat. Tapi sem 2 ni ya ampunnn.. busy gila. Terlalu busy sampaikan bila dapat rehat 3 jam tanpa lakukan apa-apa pun aku dah rasa cukup pelik. Masa rehat 3 jam tu otak terfikir lagi apa yang patut aku buat untuk tempoh 3 jam tu. Nampak sangat otak dah kena program untuk buat kerja je sem ni. Exaggerate much? Yup, true story.

Tapi.. kalau nak dibandingkan tahap kerajinan aku dengan classmate lain tak payah ceritalah. Orang lain pun sama je busy dengan aku. Tapi boleh je datang kelas hari-hari tanpa ponteng. Aku ni tak tahulah apa masalahnya. Tapi sem ni perangai ponteng aku makin menjadi-jadi. Hampir semua subjek mesti ada X kat attendance sheet tu. Satu subjek je yang aku tak pernah ponteng iaitu aktiviti kokurikulum. Hihikkk :3

So far sem 2 ni seronok jugak sebab aku makin rapat dengan classmate. Walaupun kami busy dengan projek dan assignment, tapi ikatan ukhwah yang terjalin antara kami makin terjalin kemas gitu. Overnya ayat. Lagipun sem ni aku jarang balik rumah. Ni pun dah 3 minggu aku bertapa kat Shah Alam. Duit pun dah habis dan sekarang tengah menaip dalam kelaparan. Eh tak ada kena mengena. Abaikan..

 Le awesome girlfriends


Le awesome BBQ moments. Aku sanggup tak balik rumah sebab
bbq punya pasal. Hihi :D

Fakulti bagi buku ni. Dah siap RM2 dalam akaun.
Sweet sangat fakulti kiteee \(^_^)/



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...