Friday, June 29, 2012

Princess Hours

Masa balik hari tu sempat meluangkan masa seharian bersama orang tersayang. Hihi nak final pun menyempat jugak aku ni. Memandangkan masing-masing dah bawa haluan sendiri sekarang, so agak susah la nak meet up macam zaman sekolah dulu. Aku jumpa dorang pun time dorang cuti. Aku je yang sakit menghadap buku sekarang ni.

Pertemuan dijalankan di AEON Maluri. Janji pukul 11 pagi nak meet up kat LRT Pandan Indah. Tapi aku sampai sejam kemudian sebab nak carik kedai print notes dengan fotostat buku. Sighh.. Since AEON Maluri tu tak ada benda menarik yang boleh dibuat, so merayau la ke MPH. Kitorang pergi time AEON tengah sales. Tak berhagak la tahap sardin dia tu. Dengan promoter terpekik-pekik. Macam pasar malam pulak dah. Tapi sale la sangat kan. Ada handbag ni discount 80%. Sekali tengok harga sebenar beg, RM200++. Nampak tak permainan dia? -___-

Oh ya, AEON Maluri dah ada Daiso! Weehuu.. selalunya baca kat blog je orang dok cerita pasal shopping barang kat Daiso ni. Aku pernah pergi Daiso kat The Curve. Yang kat Maluri ni pulak lagi kecik daripada The Curve tu. Semua barang kat Daiso ni import from Japan dan barang dia harga RM5. Kalau harga RM5 tu lagi baik kalau rembat barang yang besar-besar kan. Baru puas hati. Kat Daiso tu aku beli Hair Arrangement Set. Tak ada gambar pulak. Hihi.. set ni memang khas untuk buat sanggul.

Then pergi kat tempat game token budak-budak. It's Purikura time! Ni kali kedua pergi lepas Kamilah ajar guna hari tu. Aishah dengan Amira tak reti guna. So masing-masing terkinja-kinja dalam purikura booth tu sebab nak kejar masa ambil gambar, pilih frame, edit apa semua. Lepas selesai bergambar, pergi Secret Recipe. Aishah belanja aku dengan Amira kek sebab birthday kitorang next week. Yayy! Lepas tu ke Pizza Hut kat luar. Sanggup redah hujan sebab semua kedai makan kat AEON tu dah penuh.


With Aishah & Amira

Masa keluar dengan Kamilah :D

 Hai Aishah! Maceh belanja kek!

 Hai Amira yang tua 3 hari dari saya!

 Favourite! Cheese Baked Chicken Rice :9

 Amira punya. Btw Toblerone tu Aishah hadiahkan *smooch*




Lepas finish with da gals, aku keluar pulak dengan orang lain. Fuh padat betul schedule. Hihi.. Naik tren sorang-sorang pergi Sentul Timur. Aishah dengan Amira pulak dah balik. Petang tu jumpa dengan my 'soo called friends'. Tak sangka lagsung akan dapat hadiah seterusnya dari beliau. I love that day!

 Dah lama carik case ni! Comel kan? Love this so much!
♥ ♥ 

 Jengjengjeng.. Third gift, couple ring. 
Cincin aku nama dia, cincin dia nama aku :')

 Belanja karaoke. 2 gelas air depan ni aku punya.
Coke & Mocha -___-

Orang yang bertanggungjawab bagi cincin.
Yeah, he's my 'soo called frens' :B

Thanks guys for the day. Ni barulah betul-betul Princess Hour sebab aku dilayan macam princess :')


5 comments:

  1. wauu.. HB gal.. sangat comel hp case tu.. kalau wana pink comel gi

    ReplyDelete
  2. pinqib: wane pink pun ade hr tu. tp warna die striking sgt. huhu

    ReplyDelete
  3. bestnya dpat hangout!! jeles3x!!
    silico rilakuma tu btul2 comel. shira dpat satu wrna pink tpi xpkai dah sbb....hehehe. XD

    ReplyDelete
  4. sbb ape?? huhu curious plak nak tauu ni :D

    ReplyDelete
  5. Kalau semua dah berpisah after school memang susah la nak jumpa kan. Semua pun busy dengan hidup masing-masing.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...