Friday, August 03, 2012

Aktiviti Menghabiskan Duit

Dah 3 minggu cuti berlalu. Tapi blog sentiasa sunyi tanpa update. Dah tak ada idea nak update apa dalam blog ni. Haizz.. Memandangkan cuti semester kali ni jatuh pada bulan Ramadhan, maka aktiviti paling best untuk dilakukan cuti kali ini haruslah menetap di rumah sambil membela lemak. Huhu tapi bulan puasa kali ni target nak kurus. Jeles tengok adik aku yang dulunya gemok gedempol melebihi aku sekarang dah kurus. Rahsianya? Mainlah futsal selalu. Tapi muka aku ni nak main futsal? Mintak mahaplah -_-

Daripada aku main futsal, baik aku menghadap laptop. Scroll through online blogshops. Kalau ada yang berkenan di hati bolehlah order sesuka hati. Hahak.. start cuti hari tu dah 3 kali abang poslaju terjah rumah ai mintak sainn. Dahlah aku ni pesen suka bangun tidur tengah hari buta. So dengan muka sememeh, selamba je jumpa abang poslaju tu. Mak aku pun bising sebab aku asyik menghabiskan duit je order macam-macam.


Somel tak benda atas ni? Untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup aku beli contact lens. Warna purple pulak tu. Khelass mata ko Jah. Boleh jadi model iklan Ribena dah ni :D  Motif beli sebab teringin nak feeling-feeling mata besar. Dah kata tak pernah pakai contact lens. Masa mula-mula pakai ambil masa setengah jam nak pakai benda alah ni. Banyak kali jugaklah lens tercicir ke lantai masa nak pakai. Nasib lah lens murah and takde power.


Tube putih belah kiri atas ni nama dia magic pink blush. Dia macam krim tapi bila sapu kat pipi, dia secara magic (?) akan bertukar jadi warna pink! Untuk gegadis yang tak reti mekap tapi menggatal nak mekap macam aku ni bolehlah cuba. Yang botol kecik belah kanan tu pulak lip tint. Tehee liptint ni dia meresap kat  dalam bibir. So bila pakai bibir nampak macam natural je warna pink dia tu. Aku suka :3

Seterusnya, aku dah convert nombor aku dari prepaid ke postpaid. Aku tukar sebab dapat panggilan tak diduga oleh abang maxis yang menawarkan kadar hebat bila tukar ke postpaid. Ehmm tengok jelah bil bulan pertama ni macam mana. Kalau banyak guna, memanglah hazab nak membayar. 


Contact lens: CLICK HERE
Magic Pink Blush & Liptint: CLICK HERE


2 comments:

  1. eh macm yang fyna pomot laa. Heuheuheu

    ReplyDelete
  2. huhu mmg bli kat on9 shop dia pun :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...