Sunday, August 05, 2012

Geram Pasal Semua Benda

Aku benci gila sejak blogger interface ni tukar baru. Semua jadi berat nak load. Lagi-lagi aku pakai broadband yang punyalah hazab dia punya lembab. Makin berapi je aku rasa. Aku rasa tu lah sebab utama aku makin malas nak blogging sekarang ni. FB pun sama. Timeline ambik masa lama kot nak load dan aku tak paham motif cover photo tu untuk apa sebenarnya. Twitter pulak tak payah cerita. Nak sign in pun berjanggut tunggu. Huhhhh geram gila dengan broadband ni! Bayar bulan-bulan punyalah mahal. Tapi line bukan main slow. Ingat mak bapak aku bayar pakai daun ke?! 

Mintak tukar unifi, mak aku tak nak sebab bayar bulan-bulan mahal. Hm.. apalah guna ada broadband kalau broadband dasar tak berguna. Ee geram pulak bila pikir balik. Kadang-kadang tu nak buka student portal pun asyik sangkut je. Last-last keyboard yang tak berdosa ni jadi mangsa tujahan bertubi-tubi jari manisku. Huhu..



Btw Jumaat lepas result untuk budak-budak degree uitm dah keluar. Ehmm sampai hari ni aku tak bagitahu mak aku pasal result. Takut kena marah. Dah lah cuti ni aku asyik makan, tidur, tengok tv, tidur balik, online lepas tu order barang bukan-bukan. Ni kira nasib baik lagi mak aku tak bising dengan perangai pemalas aku ni. Kang kalau aku bagitahu result yang tak memberangsangkan tu, memang nak kena bebel 3 hari 2 malamlah jawabnya. So kesimpulannya, seminggu sebelum rayalah aku bagitahu ataupun pagi raya masa nak mintak maaf tu. Huahuaha *trollface.jpg*

Btw memandangkan sekarang ai ni gadis pemalas yang berkaliber, so hobi baru sekarang ialah usha-usha baju, tudung, accessories dan pelbagai benda menarik kat on9 shop. Aku geram betul tengok blouse Korean fashion yang dorang jual. Dahlah modelnya pun comel. Tak tahu nak geram kat baju ke nak geram kat model :D Model scarf pun aku suka tengok jugak. Comel je tengok dorang pakai tudung. Rasa macam nak order je. Tapi aku risau kalau dapat kat aku terus jadi tak comel. Baju pun sama. Model yang pakai baju tu semua kurus langsing. Kang kalau aku order, risau tak muat. Tak ke membazir :/



Bila tengok baju yang comel-comel ni buatkan aku rasa nak kurus je supaya aku boleh muat baju-baju macam atas ni. Haih.. teringin nak diet dengan tak nak makan nasik. Tapi macam payah je. Kat rumah aku ni kalau aku mengada buat perangai tak nak makan nasik nanti kena marah.



Hahakkk gambar atas ni merupakan desktop wallpaper aku. Rasa nak lempang je bila tengok kan xD Tapi ni la sumber semangat untuk aku kurus. Lalala.. Jong Kook oppa mesti suka perempuan kurus. So aku pun kena lah kurus. Nampak tak punyalah melampau angan-angan minah ni? Sepanjang aku perhatikan dia dalam Running Man dia macam suka kat perempuan yang lemah lembut dan low profile. Aku ada ciri-ciri tu. So bila oppa nak datang Malaysia ni? :D

2 comments:

  1. Hahaha. jgn beli baju korea klu body size M and L. confirm xmuat.utk S muat la. haha

    ReplyDelete
  2. yup2. sll nmpk dorg tulis free size. tp ble tgk model yg memakainye. err.. ni free size ikut measurement korea agaknye. huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...