Wednesday, August 29, 2012

Rambut Helmet & Contact Lens

Salam ceria kepada pembaca semua. Ya, kali ni saya mahu buat entry santai sahaja. Bila mood melankolia tiada, maka tiadalah madah atau puisi yang mampu saya rangka seperti post sebelumnya. Wahh intro pun dah lain macam. Haha :D Oh ya, tentang entry yang bertajuk Kompleks sebelum ni bukan bermaksud nak memerli kekasih perempuan saya. Maksud saya, kekasih perempuan yang amat saya sayangi iaitu Aishah, Kamilah dan Amira. Tidak, saya tidak menujukan puisi itu untuk kalian. 



Terharu saya dibuatnya sebab Kamilah sanggup call dan buat entry khas untuk menaikkan semangat saya. Aishah pulak siap IM kat FB tanya saya ok ke tak. Huaaa terharu 2 hari. Love uolss. Mmmuah! You guys are the best sistahhh evaaaa (walaupun sebenarnya Kamilah muda 4 bulan dari aku :p)



Ok back to topic. Pada raya ke-4, aku telah selamat memotong rambut yang panjang paras pinggang ke pendek paras bahu. Jenuh simpan rambut panjang sebab ingat nak buat perm. Tapi tak jadi sebab rambut asyik gugur.. Hmm musnah niat nak jadi feminin macam Neelofa. Hahakks..











Helo rambut helmet! Masa pergi salon aku kata kat amoi tu nak potong bob layered haircut. Tapi layered tak ada. Yang ada cuma bob. Selalu macam ni. Yang aku kurang berkenan denganbob hair ni, dia susah nak maintain kebulatan rambut tu. Leceh tiap kali lepas cuci kena sikat baik-baik hujung dia. Kalau malas sikat nanti ada la yang melentik sana-sini -_-  

So bila rambut dah kembali pendek ni aku nak start jaga elok-elok. Tak nak tukar-tukar shampu. Kalau sebelum ni guna Sunsilk pink pun rambut keras dan asyik gugur, so kali ni nak try Loreal pulak.


Tentang contact lens pulak, asalnya dulu aku langsung tak berminat nak pakai sebab aku takut nak letak benda yang aku tak sure aku boleh buat. Err paham tak maksud ayat tadi? Tapi entah macam mana, satu hari ni aku tengok on9 shop ni. Lepas tu aku belek album contact lens. Huhu tergoda jugaklah aku tengok lens yang comei-comei. Harga pun murah. So grab la satu lens macam bawah ni:



Lens ni aku suka sebab bila pakai nampak natural. Maksud natural tu, tak ada lah jelas sangat warna violet dia. Bila berdiri bawah panas terik baru nampak colour. Tapi kalau jalan-jalan masa shopping ke, tak nampak pun. Yang nampak hanyalah mata yang bundar. Wakakaka! 

Yang tak best pasal lens ni, dia agak keras sikit. Lebih sedih, lens ni dah infected. Sebab waktu aku noob pakai lens awal-awal dulu aku terjatuhkan lens ni ke lantai. So habis kotor lens tu. Ni lens favourite kot! Baru sebulan beli. Sobss.. Btw lens ni tahan setahun kalau pandai jaga. Tapi dapat kat aku, non hado lah setahunnya. 

Fokus pada mata saya. Abaikan entiti dibelakang tu.



Ni my second lens. Mendapat tentangan keras from my parents masa nak beli tempoh hari. Ni semua gara-gara satu artikel dalam surat khabar Metro, "Buta sekejap kerana contact lens berwarna". Dah lah timing pun  baik. Bila my dad dah setuju untuk hantar pergi bank untuk bank in duit, tiba-tiba my mum terbaca artikel tu. Hampir je aku nak cancel order. Tapi my dad sempat lagi buat lawak + sindir, "Ala tu buta sekejap je. Bukannya buta selamanya. Betul tak along?" Terbaik punya perli, kan abah?  T_T  So bawah ni lens yang aku order. Kali ni nak try grey pulak sebab konon nak nampak natural.





Lens ni best sebab soft. Aku juga gembira sebab aku tak jatuhkan lens ni. Haha so tak ada apa-apa infection. Tapi.. lens ni blurry bila dipakai. Hm padahal 0 power. Adoi macam-macam hal la.

Lens ni pun tak nampak natural bila aku pakai. Nasib baik order grey. Kalau order biru, mahu macam alien mata aku nanti. Probability untuk lens keras kejung dalam case pun adalah tinggi sebab aku malas jaga. Hihikss :D










So sekian untuk entry panjang dan tidak seberapa santai ni. Kalau rasa annoying dengan gambar gedik atas ni, mohon maaf la sempena raya ni. Maaf zahir dan batin. Selamat Hari Raya!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...