Friday, August 24, 2012

Random Raya

Alhamdulillah, dah 6 hari kita beraya. Bagi aku, raya tahun ni macam biasa je. Tak terlalu seronok, tak terlalu bosan. Bila umur makin meningkat ni, rasa tak dan la pulak nak semangat mengumpul duit raya macam zaman kecik-kecik dulu. Tiap kali beraya rumah sedara, buat muka redha je tunggu sampul raya jatuh ke riba telapak tangan.


Raya pertama raya kat rumah atok kat KL. Then petang baru balik kampung kat Negeri Sembilan. Masa otw nak balik kampung, singgah McD kejap. Huhui orang raya makan ketupat, lemang apa semua. Aku pulak makan burger. Kehkeh.. Niat di hati nak makan GCB. Lama kot mengidam nak makan burger tu. Tapi kat McD tu tak available pulak. Boleh pulak macam tu eh? Mungkin staff tak cukup kot. Time nak tunggu order pun berjanggut tunggu. Cashier sorang je, chinese. Then yang kat dapur semua india.


Dalam kes darurat macam ni, terpaksalah bangsa lain take over kerja yang biasa melayu buat. Haih.. Kesian aku tengok cashier sorang ni handle customer. Dah lah salah ambik order. Aku order set, dibaginya ala carte. Tapi nasib baik dia tak cas harga set. Oleh kerana aku bertimbang rasa dan memahami, so makan jelah apa yang ada. Tu lah mengada sangat kan hari raya nak makan McD. Hamik kau.


Sampai je kat kampung, sunyi je. Tak rasa macam raya pun. Rasa macam balik kampung biasa macam selalu (?) Mementanglah arwah nenek dah tak ada, kebanyakan pakcik-pakcik aku tak nak pun bermalam kat kampung. Apakah makna Syawal kali ini :'(  Memandangkan starting raya kat kampung pun dah tak best, so sepanjang raya ke-2 aku tidur je. Dari pagi sampai petang. Dah tak pedulik apa jadi kat luar. Huhu teruk perangai.













Gambar atas ni rambut masih panjang. Sekarang aku dah potong pendek. Buat semula rambut helmet/cendawan. Aku tak tahu kenapa aku berkenan sangat style bob haircut ni. Adakah aku kelihatan comel bila berambut bob? Kahkahkah idokler teman tau jawapannyerr.





Tapi kan, dalam pada keboringan menyambut Syawal ni, ada jugaklah terselit perasaan sedih. Beberapa hari lepas aku upload gambar 1 family atas ni kat Facebook. Lepas tu one of my friend komen. Aku tak tahu niat dia nak bergurau ke apa. Tapi bagi aku agak keterlaluan la 'joke' tu. Sampai hati dia kata aku macam 'minah hot setap lorong belakang'. Kepada yang membaca, anda rasa kelakar ke statement tu? Kalau rasa kelakar, terpulanglah. Tapi bagi aku tak. Aku bukannya jenis close minded pun. Tapi siapa je suka bila orang kata macam tu. Macam aku ni hina sangat je. Kalau member lain kau boleh repect, why not me? Oh maybe sebab aku passive, tak melawan. It's ok. Itu urusan dia dengan Tuhan. Aku mampu maafkan je :)


Ni pasal lagi sorang. Aku mengaku lah aku ni pun bukannya peramah sangat dengan orang. Tapi sekurang-kurangnya bila orang tanya aku, aku akan jawab elok-elok. Tak kisahlah sama ada orang tu pernah tegur aku atau tak sebelum ni. Tapi perangai yang sorang ni bagi aku agak sombong. Maksud aku, dia memilih kawan. Yelah, aku kan perempuan biasa je. Tak pandai. Yang dia pulak anggap yang dia cuma layak bergaul dengan orang yang cerdik pandai. Orang yang tak istimewa macam aku ni dianggap macam sampah je. Tu yang bila aku mintak tolong, nak respon pun tak nak. Setakat nak reply 'Sorry, tak dapat tolong' pun susah ke? Janganlah buat aku macam orang bodoh je menunggu. Iskk aku pantanglah orang macam ni. Lepas ni memang tak lah aku nak tegur dia lagi. Serik.


Sorry la terkutuk kat sini. Just sedih diperlakukan macam tu di bulan yang mulia ni. Siapalah aku kan untuk orang hebat macam kalian hormati perasaannya. Cehhh bermadah pulak. Kbai nak nangis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...