Wednesday, September 05, 2012

Pulau Langkawi (Part 1)

Assalamualaikum. Ini merupakan entry yang panjang berjela-jela dan gambar juga berjela-jela sampai terpaksa bahagi kepada 2 part. Tujuan entry ditulis sekadar untuk bacaan dan kenangan diri sendiri. Mana tahu nanti di masa depan teringat balik kenangan pergi Langkawi ni. Teheee~

Amboi panjang betul mukadimah atas ni. Tapi apa-apa pun Alhamdulillah. Yeayy pada tanggal 30 Ogos tempoh hari, saya sekeluarga telah selamat pergi ke Pulau Langkawi yang juga dikenali sebagai Permata Kedah. Hihiks ala Langkawi je pun. Tak ada benda nak heran  T__T  tapi bagi aku dan keluarga, kami heran. 

Ni kali kedua pergi ke sana. First time pergi masa aku Form 1 which was roughly 8 years ago. First time pergi dulu cuma dapat tinggal 2 hari 1 malam je. Nak pusing satu Langkawi dan melawat tempat best pun tak sempat. Dah lah masa tu pun tak ada gadget canggih *canggih katanya* untuk merakam memori indah di sana. 

So trip kali ini bermula pada jam 1 pagi, 30 Ogos 2012. Masa mula perjalanan tu aku agak moody sebab my parents tak bagi my ehem-ehem ikut. Dalam 7 jam jugaklah aku tak bercakap sepanjang perjalanan tu. Then sampai jeti Kuala Perlis, barulah aku nak bercakap dengan dorang dan 2 buah family sepupu aku yang ikut sekali.


 7am. Muka baru bangun tidur.
Im not really that tall. It's just my cousin who's petite in size :3


 The ferry. Bye-bye tanah besar. Hoho


First captured right after I stepped in this island.


Baju tu macam salah tempat je. Wkwkwk


Yeayy dah sampai Langkawi!




Memandangkan aku datang dengan lagi 2 family, so bilik hotel memang tak muatlah nak cater all of us. So parents aku sewa homestay yang merupakan rumah teres setingkat yang langsung tak ada aircond yang menyebabkan percutian kali ini tolak satu bintang asdfghjkl. Selain rumah yang kurang kondusif, van sewa juga adalah tidak kondusif. Hadoi.. dengan aircond tak ada. Dengan enjin macam nak meletup. Fuh.. tapi lepas jugaklah keliling 1 Langkawi tu. 

Langkawi sangatlah panas uols. So memang sesuai sangat jadi destinasi percutian tourists yang berhajat untuk tanned kulit mereka. Tapi untuk aku si gadis Malaysia yang berkulit 'cerah segan, gelap tak mahu' ni memang tak lah aku nak berjemur bawah panas terik tu kan? So dengan gembiranya aku beli topi berharga RM 10. Oh ya, destinasi pertama yang kami pergi ialah Beras Terbakar. Kat sekitar kawasan ni banyak kedai jual souvenirs. Nasib baik aku tak beli topi kat Jeti Kuah sebab kat sana harga mahal. Hewhew.. Kat sini jugak aku beli 2 helai tshirt. Satu untuk aku, dan satu lagi untuk my ehem-ehem yang tak dapat turut serta percutian kali ini :"(




Topi RM 10. Macam nak pergi sawah je.

Lepas selesai berjimba-jimba di Beras Terbakar, kami satu van pergi pula ke Pantai Cenang. Yeah kat Pantai Cenang ni bolehlah nampak macam-macam rupa tourist. Ada yang berbikini, ada yang berpurdah, ada yang berpakaian Angry Bird kuning. Eh?


Adakah ini tourist yang dimaksudkan? O_o


Pemandangan kat sini memang awesomely santek 
dan panas. Wuu lecak tiak itew.


Laut yang membiru. Masa ni laut surut.


Anak-anak tempatan. Huahua eh tak. 
Ni adik dan anak sedara gue lorh




Apalah adik-adik aku ni buat bawah panas terik tu -_-


Abah sembang apa tu? Hihi


Masa ni lepak minum cendol dan makan rojak kat
sebelah Airport Padang Matsirat. So refreshing!


Lepas balik dari Pantai Cenang, aktiviti masih belum selesai. Kami 1 van pergi pula ke Cable Car Gunung Mat Chinchang dengan badan yang berpeluh-peluh. Maklumlah van bajet, tak ada aircond. Weh sadis betul. Sampai saja ke destinasi, kami semua terpegun tengok betapa tingginya gunung yang kami akan pergi dengan menaiki cable car. Tapi aku rileks je. Sebab aku kan suka perkara ekstreme ni. Haha :D  Tapi yang tak best masa kami pergi Skyway bridge under maintaince. Hmm.. Asal dorang tak cut off price je masa tu. Mana acii. Bayaran masuk untuk sampai ke bintang puncak: 

Non MyCard holder:
Adult - RM 30
Children - RM 15
MyCard holder:
Adult - RM 15
Children - RM 10






 Ya ampunnn.. gemuk dan comotnya haku T_T




Air terjun Telaga Tujuh.
Mama: "Banyaknya kobis hijau bawah ni"
Tinggi betul imaginasi mama :|


 Berjaya sampai di puncak!


 Ni tangga nak ke toilet sebenarnya. 
Pun boleh nak bergambar kat sini.




Sekian dulu untuk entry part 1 ni. Berakhirnya entry part 1 ni, maknanya berakhirlah hari pertama percutian aku di Langkawi. The next day aku dan semua family aku meluangkan masa Island Hopping. Seronok sangat dapat naik open boat sambil kena lambung oleh Mael Lambong ombak tinggi. Stay tuned for the next entry! *bajet macam ada je yang nak baca. Kah3*


4 comments:

  1. huntong la dia pergi vacation..
    kita sini cuti dok umah aje.. Y__Y
    hah!
    mane ole2 utk kite? mana-mana?? XD

    ReplyDelete
  2. alorrr... ni pun last minute vacation je. hehe.. ole2? kt umah ade banyak coklat! hehe meh la dtg amik. hihikkk

    ReplyDelete
  3. Ninie!! cpt update part 2. Liya nak pergi Langkawi end of this month. First timer nie. berdebar2. sewa kereta sana mahal x? sbb Liya pergi sana naik bas je.huuuu. sertakan bajet sekali yer. Hahaha. Hotel xpyh sbb Liya dpt hotel free :))

    ReplyDelete
  4. wahh terharu plak ada yg tggu entry. haha.. sewa kereta kat sana murah. vios baru rm 40 sehari. tp ninie dgn fmly sewa van xde aircond, rm 130. klu van yg elok rm 170 sehari. besar van tu. blh muat dlm 12 org ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...