Thursday, September 06, 2012

Pulau Langkawi (Part 2)

Ehem.. ye saya kembali lagi mengapdate part 2 di Langkawi dengan riang gembira. Okay, untuk part 2 kali ni kami sekeluarga melakukan aktiviti lompat pulau, atau nama glamour dia Island Hopping. Hihi..

Actually trip ke pulau ni tak ada pun masuk dalam list percutian. Kitorang just nak jalan-jalan keliling Langkawi je. Tapi masa my parents beli tiket feri dan macam-macam perkara lain kat Jeti Kuala Perlis, agen tu suggest pakej ni. Memandangkan family aku ramai ahlinya, maka kami sewa satu boat. Satu boat tu boleh muat dalam 13 orang. Wee syok wo duduk dalam boat sesama kami je. Nak buat bising pun tak de siapa kisah. Nak terjun laut pun takde siapa kisah. Ok itu tipu saja. Sewa 1 boat dalam RM 500++. Kalau per pax lupa pulak harganya. Dalam RM 50 something kot.

Maka pada pukul 9 pagi, kami sekeluarga gerak keluar dari homestay menuju semula ke Pantai Cenang. Homestay kitorang terletak kat tengah-tengah antara Pekan Kuah dengan Pantai Cenang. Tu yang suka hati je ulang-alik sana sini.

 Tak masuk pun. Masa ni tunggu agent tu datang jemput.
Kalau berminat nak masuk, RM 28 (Adult)


 Jeti apa entah nama dia. Nampak tak sticker tu?
Kalau takde sticker ko berenang sendiri nanti xP


Shoo shweet la my mommy dan daddy. Kikiki..


Retissssssssssssss. Wkwkwkw

Oh ya, nak bagi satu peringatan. Berbalik pada entry part 1. Kalau naik cable car kan, nanti elok je korang letak punggung dalam tu tiba-tiba akan ada satu abam bersama DSLR amik gambar kita. Kalau sempat posing, lawalah gambar korang. Kalau masa tu cable car goyang-goyang sebab korang gelabah sangat masa nak naik, maka huduhlah gambar korang. Huahua.. ok, nanti bila korang turun semula ke tanah rata *wah gitew* gambar korang siaplah di cuci. 

Cer teka berapa harga?
Ya ampunnn RM 35 uols! Penyesalan beli. Sobss..

Sebab apa aku tak galakkan korang beli? Sebab pertama, gambar huduh. Mak aku bising gila sebab dalam gambar atas ni rupa dia macam Datin Maimon. Menurut beliaulah. Aku tak komen pape sebab muka aku elok je stunning. Wahaha kbai. Tapi.. cuba bandingkan dengan gambar bawah ni:


Price? RM 10 only!

Gambar ni diambil kat jeti. Masa ni aku dengan mama tengah berlenggang kangkung ke boat dan secara tiba-tiba ada sorang akak bersama DSLR datang menerpa suruh senyummm. Tapi sebab aku feeling retiss yang dikejar paparazzi, so dapatlah muka hampas macam atas ni. Ekceli boleh je nak request kat akak tu amik gambar korang 1 family as long as muat dalam piring tu cukup la kan. See, cuba banding yang RM 10 ni dengan RM 35. For sure RM 10 lagi berbaloi kan? Kalau masa bbq takde piring, boleh guna piring ni. Sangat praktikal. Makan atas muka sendiri  (>3<) Ok bebel jauh sangat. Apa kata kita sambung.




Awana Porto Malai


Ye, memang boat ni kitorang punye. Problem?


Destinasi pertama yang kami tujui ialah Pulau Dayang Bunting. It's a must place to visit. Perjalanan mengambil masa dalam 10 minit menaiki open boat. Best sangat naik bot laju! Masa pergi ombak tak tinggi sangat. Tapi masa balik dari Pulau Dayang Bunting, ombak tinggi kemain. Selama ni tengok dalam Family Outing je ombak tinggi-tinggi ni *Family Outing? Im so lame* 

Sebelum sampai ke pulau, driver tu akan stop sekejap kat tengah laut yang dikelilingi pulau. Dari situ kami boleh nampak 'wajah' Dayang yang bunting tu. Err.. betul tak tipu ni. Nampak la bentuk mata, hidung dan mulut macam orang tengah baring. Gambar aku tak sempat ambik sebab risau kang tiba-tiba abang boat tu buat gila start enjin. Terpelanting phone mahal aku kang tak memasal je. Dasar paranoid tak tentu hala. Kahkah

Abang boat tu sempat bagi briefing. Sebelum sampai ke Tasik Dayang Bunting, kami perlu hiking terlebih dahulu lebih kurang 10 minit. Daki tangga yang landai. Kemudian ada pitstop. Lepas pitstop, mak oii curam bebeno tangga nak turun. Masa turun ok lagi. Masa nak naik semulalah yang hazab. Kesian kat mama sakit-sakit lutut nanti. Wuwuw.. 

Ha nak bagi peringatan. Sepanjang 10 minit hiking tu, korang akan dihiburkan dengan monyet-monyet cumils. Don't worry mereka tak ganas pun. Tapi kalau korang berhajat nak tengok dorang mai dekat, dipersilakan bawak beg plastik. Kat pulau ni depa la tukang peragut plastik. Ni dah kenapa loghat utagha pulak? Sebab utama monyets ni ragut plastik, sebab dorang ingat dalam tu ada makanan. Tak kisahlah niat murni korang isi baju dalam plastik tu pun, tapi kalau nak pulang dalam keadaan bogel dipersilakan. 


 Terharu jumpa my long lost fwen


 Sampai je terus celup kaki. Buntinglah aku nanti :))


Wee.. air yang menghijau :D




 Untunglah reti berenang.




Hanya mampu melukut di tepi gantang.


Kat tasik ni tak ada life guard. So berenanglah kalian di bawah tanggungjawab sendiri. Cuma life jacket je mampu selamatkan korang. Ingat life jacket ni free ke? *geleng-geleng kepala* Satu life jacket, RM 5. Ok la kan daripada korang lemas sia-sia. Huhu.. memandangkan aku tak reti berenang, tu yang mampu celup-celup kaki je. Sigh..

Ehmm rasanya entry terlalu panjang pulak. Terpaksa sambung ke part 3. Muak pulak aku nak menaip. Zzz.. Next destination merupakan sebuah pulau jugak. Pulau ni memang include dalam pakej. Sangat berbaloi-baloi. Wait for the next entry ;)


Kena tinggal boat. Haha!
Eh habis yang amik gambar ni pun samalah kan? :3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...