Wednesday, October 03, 2012

Sepetang di Setia City Mall

Benda yang tidak dirancang awal-awal lepas tu rancang sekejap je dan terus berlaku adalah sangat seronok. Actually aku dan 2 orang member bergosip pasal Seoul Garden. Aku ni ha yang sibuk merengek nak makan kat situ. Lepas tu tiba-tiba sorang kawan aku ni kata dah pernah makan kat situ. So aku dan lagi sorang member aku ni excited lah. Lagi-lagi Setia City Mall dah ada Seoul Garden. Dan yang membuatkan lagi menarik, bas U90 memang betul-betul berhenti depan pintu mall tu. Amboii gembira lah ye budak-budak UiTM Puncak Alam sekarang ni. Tak payah tukar-tukar bas nak gi Sunway Pyramid macam zaman aku dulu :/


So aku dan gadis-gadis kelas aku menjalankan misi pada hari Jumaat. Agak kelam kabut jugaklah sebab ingatkan lecturer nak lepaskan kitorang balik awal tengah hari tu. Tapi tiba-tiba dia bagi assignment yang kena hantar on the spot. Akhirnya nak dekat pukul 1 baru kitorang gerak. Alamatnya memang naik teksi la nak ke sana. Kitorang naik 3 buah teksi. Sebab apa 3 buah teksi? Sebab rombongan cik kiah ni 11 orang semuanya -___-


Kimchi Jigae soup, kimchi, marinated squid, vegies. Bla3


Lepas bayar harga per head, terus serang buffet. Masing-masing bawak piring. Student price dalam RM 25++ bila dah include tax. Aku rasa berbaloi harga macam tu sebab food selection dia terlalu banyak. Tergamam aku nak pilih apa. Semua gugurls rambang mata memilih. Kat situ ada jugak ais krim, ais kacang, soft drinks, coffee, milo. Ahhh cakap jela nak apa. Semua ada kat situ.


Kat Seoul Garden ni dia punya marinated meats memang terbaik. Ada macam-macam jenis. Ada Coffee Chicken, Spicy beef, black pepper squid. Ada isi ikan. Yang ni semua untuk grill. Kalau untuk steamboat boleh pilih soup base apa. Kitorang ambik Tom Yum soup dengan Kimchi Jigae. Bila ambik kimchi ni mula la feeling Korea kan. Huhu dan untuk pertama kalinya aku makan kimchi. Not bad jugak rasa dia. Aku  main campak dalam grill pun still sedap. Malahan lagi sedap uols!







Bila perut masing-masing penuh dan buncit, kitorang jalan-jalan sekitar mall tu. Kat sana ada Etude House. Wee gewwram kite tengok kedai dia. Tapi bila tengok harga terus telan air liur. Last-last bantai tester. Aku sempat la calit lipbalm Shini. Ala yang duta dia Shinee tu. Hehekk.. Kemudian ke Watson pulak. Tambah mascara, eyeliner. Ye, semua adalah tester. Nasib baik tak kena halau dek akak Watson tu -.-'  Lepas masing-masing dah cun, bermulalah sesi penggambaran kami di toilet. Pun boleh ye adik-adik.


Astaga.. ni ke rupa orang 20 tahun? -.-

Talent: Nisa & Ninie
Objektif gambar: Amalan membaca amalan mulia.
Tapi gambar macam tak sampai objektif tu.




Perasan 2NE1 jap. Kahkahkah


Love this pic. Nampak manja gitu ;D


Lepas selesai sesi penggambaran, kitorang pun keluar tunggu bas. Tapi adoi berjanggut tunggu. Pukul 6 tunggu, pukul 8 baru bas sampai. 2 jam tercangak kat situ. So daripada tercangak tak tentu hala, kami pun bercamwhore tak tentu hala juga.






Ok cukup setakat ni entry. Thanks for reading!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...