Monday, December 31, 2012

Home Sweet Home

Lepas 3 minggu aku stay kat Shah Alam, hari Sabtu pagi baru aku balik rumah. Huu rindu dengan family, rindu dengan katil empuk, rindu nak merayau luangkan masa dengan family. Hee.. pagi Sabtu abah jemput lepas tu pergi rumah atok sebab tengah hari tu sepupu nikah. 


Le fat me with my mommy.


The next day ialah majlis sanding. Ramai sangat tetamu yang datang. Aku dengan sepupu yang lain jadi bridesmaid. Dalam 6 orang macam tu lah and semua pakai baju yang sama. Agak menarik perhatian orang jugaklah sebab bersepah budak-budak pempuan pakai baju sama. Dahlah muka kitorang lebih kurang. Haha.. semalam belum sempat majlis habis aku dah cabut balik rumah sebab crowded and panas sangat sampai aku rasa nak pitam. 


Le me with mommy and daddy


And finally.. today ialah hari bersama keluarga! Huhu seronottt sebab dah lama tak keluar ramai-ramai macam ni. Err ramai ke? Aku dua beradik dengan parents. And extra sorang ehem-ehem. Huhu tak plan pun nak ke Times Square. Aku main sebut je nak pergi situ sebab nak beli baju sebab baju aku banyak yang ketat. Memandangkan aku dah bertudung sekarang, kenalah pakai baju yang longgar. Tak gitu?


Le me with my lil bro

Le family

Le gift from le ehem-ehem 


Hari Khamis dah start final. Kena study betul-betul untuk naikkan semula pointer. Wish me luck!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...