Sunday, January 29, 2012

Last Note

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)


Untuk awak, ya awak. Jangan cari saya lagi. Saya dah yakin sekarang yang kita memang tak ada jodoh. Thanks for the 5 years memories.

Saturday, January 28, 2012

Saya Memilih Yang Telah Terbuka Bungkusannya

P/s: This entry not written by me. Just a repost. Original entry, kindly click here :)



hawa merupakan seorang gadis yang sangat pandai dan cantik rupanya..
oleh sebab keelokan parasnya,,,adam amat menyukai hawa
tetapi adam menyukainya bukan kerana parasnya sahaja
tetapi kerana hawa amat pandai menjaga maruah diri dan agamanya


disebabkan hawa pandai,,dia telah mendapat tawaran untuk ke oversea
tapi amat menyedihkan...
disana,,hawa sudah mula lupe diri
disana,,,hawa telah membuka jilbabnyaa,,


1 hari,,apabila hawa telah pulang ke malaysia,,
dia ke kafe,,,disana,,dia teserempak dengan adam
adam amat teperanjat dengan penampilan hawa
dia sedih kenapa hawa da membuka jilbabnyaa


adam memberanikan diri bejumpa hawa,,


'awak hawa kan??pelajar sekola smk jalan ihsan? ' tanya adam


er ye saya "jawab hawa


saya sukakan awk,,dari sekolah lagi " adam luahkan perasaannya


" saya tahu,,tapi sekarang awak suka saya lagi ke?sedangkan saya sudah tidak berjilbab sekarang "
tanya hawa..


lalu adam menceritakan satu kisah,,


jika ada 2 biji gula2 choclairs yang jatuh,,
satu yang masih berbungkuss,, dan satu lagi yang sudah terlucut bungkusannya
saya akan pilih choclairs yang sudah terbuka bungkusannya
saya akan basuh,,,dan simpan semula dalam bungkusannya elok2,,


bila hawa mendengar kisah tersebut,,
dia menangis,,kerana adam masih mahukan dirinya,,
malah sanggup untuk membimbingnya untuk kembali ke pangkal jalan








*****
begitulah analoginyaa
seorang lelaki yang sanggup membimbing wanita
yang telah tesesat kembali ke pangkal jalan
bukannya merosakkan lagi kaum wanita yang telah tersesat

begitulah juga yang sepatutnya dilakukan oleh lelaki sekarang
jika melihat wanita yang telah rosak,,
janganlah cenderung untuk rosakkan lagi mereka
tapi bantulah mereka kembali ke jalan yang molek (
;


manusia sekarang lebih gemar mencela daripada menasihati :(



semoga kita menjadi golongan samii'na wa atoo'na 



Sunday, January 22, 2012

Baucer Buku

Sekarang mesti ramai student IPTA/IPTS yang dah dapat baucer buku kan kan? Korang jual ke, korang guna sendiri baucer buku tu? Heheh teringat pulak status member kat FB pasal baucer ni yang boleh buatkan tukang komen bergaduh. Butthurt semacam je. Tu mesti jual baucer untuk beli tiket movie. Eleh macam wa tak tahu.. Hihi :))

Baucer ni aku dapat kat Zon Kewangan Fakulti. Masa nak ambil tu kena bagi sekali IC dengan student card. Aku rasa makcik office tu nak key-in nombor IC dengan nama kita berdasarkan nombor siri kat baucer tu kot? Yelah, nak elak baucer tu dijual balik. Kami student ni kan panjang akal.. Pada sesiapa yang berniat nak jual tu, terpulanglah. Tp kalau korang tukarkan baucer buku RM 200 tu dengan duit RM 50 macam agak tak berbaloi la ek?

Pada sesiapa yang dah beli baucer orang lain tu, ikut nasib jugaklah nak guna. Sebab ada sesetengah kedai buku main ambik je baucer tu tanpa minta korang punya IC. Tapi tadi masa aku beli buku, kedai buku Popular tu minta IC. Oh ya, aku guna baucer tu untuk beli buku Math PMR dengan buku KOMSAS Tingkatan 2 adik aku. Alang-alang ada baki, aku rembat novel. Huhu nasib baik boleh bayar guna baucer tu (^.^)v

Adik aku pulak bukan main suka lagi pilih buku. Amboi.. macam kat baucer tu tulis nama dengan IC dia je kan? Duit RM 100 yang ambik kat sekolah hari tu buat beli Supra. Grr sabor je T___T  Finally... aku dah ada something untuk di baca sepanjang cuti sem ni. Yeay! Sekarang nak ubah balik diri jadi anis yang kuat baca novel. Last aku minat gila baca novel masa darjah 5 kot. Lama kan -.-


 Si kakak yg pilih  (●*∩_∩*●)

(≧◡≦)


Tuesday, January 03, 2012

Diari Masa Remaja Dahulu. Kamu Ada?


Semalam aku selongkar almari buku . Tiba-tiba terjumpa diari warna pink yang pernah menjadi sahabat baik aku masa berusia 14 tahun dulu. Molek lagi rupa dia. Agak banyak jugaklah yang aku tulis dalam tu. Start dari masa form 2, sampailah form 5. Tapi catatan masa form 2 lagi banyak dan gaya penulisan masa umur 14 tahun serius membuatkan aku rasa macam nak tempeleng diri sendiri.





Gedik nak mampus masa aku kecik-kecik dulu. Zaman nak up la katakan. Sengal gila. Masa tu punyalah bangga ada boipren sampai 2 orang. Teruja sebab rasa diri ni playgirl yang paling hangit abad itu. Semua perkataan yang aku tulis masa tu mesti ada je 'ew' kat setiap perkataan. Paling tak boleh blah dan buatkan aku rasa nak ketuk kepala, bila baca ayat cenggini:


"Hari nie diew tak datang skewl plak. Tp best la gark dapat leypak dengan kawan-kawan gurlz aku" --.-'


Bila baca semula, teringat balik kenangan masa form 2 dulu. Masa rehat orang sibuk melantak kat kantin, aku pulak lepak kat tangga sekolah menghadap muka boipren aku masa tuh. Haip nothing happen. Kitorang just buat kerja vandalisme conteng-conteng tangga tulis TUUTTT anis. Gatal!



are-n33z
waklu. ingat gothic sangatlah nama eja cenggitu


Cerita pasal gothic, yes dulu aku almost terpengaruh dengan mendalah semua tu. Lagipun tahun 2006 kan zaman kegemilangan myspace. Sebelum waktu sekolah mula around 1 pm, aku sanggup bersusah payah jalan kaki ke rumah kawan dalam pukul 11 pagi semata-mata nak dress up macam minah gothic, lepas ituw snap picture dan upload ke myspace. Serius rasa macam nak lempang je dengan budak kecik ittew.



Emo sungguh



Ok go die now T__T


Tapi tu semua zaman muda-mudi. Sekarang Kak Ninie dah 20 tahun. Anak-anak Kak Ninie sedang menuggu di rumah *tiru gaya Bang Bil cakap*. Heheh masa tak ada laptop dulu bolehlah gigih menulis diary tiap-tiap malam sebelum tidur. Bila simpan dalam almari, ada pulak pencopet pergi baca diary aku lepas tu report kat mama. Huh siapa lagi kalau bukan adik aku. Sekarang zaman dah maju, tulis je kat blog. I have another blog tapi setting private. So taboley baceww.. Wek :p





P/s: Last post before final. Akan update semula selepas 20 January. Don't miss me too much. Err.. haha -.-'

Monday, January 02, 2012

Wishlist 2012


Abah, mama I want this. Nak satu warna putih. Auto tau sebab kite dah lupa drive manual. Abah bayar deposit dengan bulan-bulan. Lepas kite kerja nanti kite sambung bayar. Kite janji akan guna kereta ni sampai bila-bila sebab viva jimat minyak. Pinky promise! Hihi.. Love you abah, mama. Muah! ≧ω≦

Viva Elite Auto: 41,250.00 

Amboi.. mintak kereta macam mintak beli gula-gula je. Ehm.. tapi kalau dapat pun best jugak kan? :3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...