Wednesday, February 29, 2012

Untittled



Puas hati sebabb.. blog dah santekk. Wuu santek ke? Tapi ok lah kan sebagai penaik semangat untuk mulakan sem baru ni. Hm kenapa macam tak ada kaitan je antara semester baru dengan design blog ni? Ehm abaikan. Dah lama sebenarnya cari blogskin yang design dia ala-ala minima template. Tapi kebanyakan yang aku jumpa banyak yang warna terlalu pastel dan tulisan kecik sangat. Haih tak puas baca kalau tulisan terlalu kecil dan terlalu pudar warnanya. Khelass betul ayat aku kebelakangan ni -.-

Btw, banyak benda kena settle sebelum daftar kolej Sabtu ni. Nak settle yuran pengajian, yuran kolej etc. Tentang jadual, not bad jugak jadual sem 2 ni. Hari Isnin dengan Selasa padat ya amaatt~ Tapi sebagai pelajar berkaliber, saya redha demi segenggam 4 rata. Sila doakan. Amin.. :D

Dann bila nak start sem baru ni la banyak movie best-best. Nak nangis boleh? Ghost Rider pun tak sempat tengok lagi. La ni tengah nangis-nangis nak tonton Beauty & The Beast (3D). Haha nangis tu tipu je. 



Tuesday, February 28, 2012

Sebelum Semester 2

Lagi beberapa hari sahaja lagi masa untuk aku meluangkan masa berkualiti bersama keluarga tercinta. Hm masa mula-mula cuti hari tu rasa tak sabar nak masuk sem 2. Tapi bila cuti makin pendek, tiba-tiba rasa malas pulak nak balik. Huhu lagi-lagi bila aku dapat kolej tingkat paling atas dan bilik paling hujung doniaa. Wahh sem 1 hari tu dah sedap duduk tingkat 1 dan bilik paling dekat dengan koop. La ni sem 2 kau rasakan anis. Nampaknya makin malaslah aku nak turun mana-mana tanpa alasan kukuh. Fuhh nampak tak kemarahan di situ? :B

Tapi, bersyukurlah sebab dapat kolej. Jimat duit pt daripada kena bayar sewa rumah. Hehe.. :') Tapi tak bestnya sebab tak dapat pilih roommate. Aku bermasalah sikit kalau nak blend dengan new surrounding. Hm rindu pulak kat Ayu, Effa dengan Nani. Diorang the best roommate ever :'(

Ehm selain pasal kolej, aku baru settle course registration untuk sem 2. Total semua subjek sepatutnya 7, termasuk koku. Tapi untuk subject Calculus, nama kelas aku tak ada pulak dalam senarai. Haii tak ada kalkulus ke? Kalau takde, aku insan paling bahagia. Huahuaa :D



Perkara aku akan rindu nanti:
  • Vanilla Coklat
  • Nada Cinta (What? Aku layan cerita ni? -.-')
  • Cerita hindustan best2 kat B4U


Friday, February 24, 2012

DoooooooDle


Bila saya mendoodle, ni lah padahnya. Huahua terjumpa ni kat album fb. Tertanya-tanya macam mana boleh jadi sekreatif ini ek? *tangan ke dada mata ke atas* Btw ni bukan freebies. *tangan ke dada mata ke atas lagi sekali*


Wednesday, February 22, 2012

Result

Source


Assalamualaikum dan hai UiTMers! Ya.. hari ini hari apa? Hari ini hari Rabu! Bagus-bagus, masih ada yang mengingati hari ni. Bila baca timeline twitter, baca news feed facebook, mesti berderet je ayat "Alhamdulilah bla3.." Hm haruslah bersyukur bila dapat result yang setimpal dengan usaha sendiri kan  (^.^)v

Untuk result kali ni, tak mahulah tepek result. Saya tepek result kat blog personal jaa. Hm.. so far, aku puas hati dengan result ni sebab result yang aku dapat adalah betul-betul hasil usaha sendiri dan lecturer haku bukanlah jenis yang pemurah suka bagi markah lebih. Kau nak markah tinggi, kau kena usaha. Non hadolah kalau markah kau 29.5, then boleh naik jadi 30. Memang dalam mimpi manismu jelah. Hm ni yang bagus tentang senior lecturer. Strict tapi berbaloi.

Disebabkan course degree aku ni memang menyimpang habis dari minat sebenar aku, (sebelum ni minat pure science. Sekarang terpaksa ambil computer sc. Wuwuwu) so aku kena letak lebih effort untuk belajar. Tapi bagus jugak bila belajar benda baru ni. Perangai aku ni over confident. Kalau aku rasa benda tu dah belajar masa sekolah, aku suka take easy. Then result pun memang easy peasy lah.

Semester 1 lepas aku ada 2 subjek computer, 2 subjek math, economics dan Islamic & Asian Civilization. Subjek maths memang cannot go dengan otak aku. Sejak azali dulu aku memang tak boleh hadam nombor-nombor ni. Disebabkan aku memang lemah maths, aku just harap berkat lecturer je untuk aku lulus. Tak kisahlah sebosan mana pun lecturer tu, asalkan hormat. InsyaAllah, adalah ganjaran dari Allah SWT nanti. Heh macam ustazah lah pulak kau ni. Zz  -.-

Souce


Aku dah pernah rasa kejayaan masa SPM dulu. Kemudian aku lalai dan Allah SWT tarik sedikit nikmat daripada aku. Aku pernah buatkan mak aku menangis sebab gagal UPU hari tu. Tapi kali ni, InsyaAllah aku akan pastikan family aku bangga dengan aku.

P/s: Masa breakfast dengan family kat kedai tadi buat muka tak malu order 3 Layer Tea. Konon nak celebrate. Tapi buweekkk! 3 Layer Tea tu awat rasa cendol?!  ٩(×̯×)۶



Saturday, February 18, 2012

The Power of Beauty




Gambar pertama, aku masih mampu bezakan muka dorang. Gambar kedua, terus fail. Tension sebab aku gagal jadi peminat kpop. Heheh peace! Satu je nak kata, bersyukurlah kita sebagai Islam kerana kita mampu terima wajah kita tanpa perlu plastic surgery 

(☞゚ヮ゚)☞ ☜(゚ヮ゚☜)
I told chaa!

Thursday, February 16, 2012

Printscreen Blog Sendiri

Bawah ni antara koleksi design blog aku. Dah banyak kali redesign, tapi asyik lupa je nak printscreen. Ni ada la beberapa ketul yang sempat di printscreen. Aku mula-mula start design blog guna minima template. Then pernahlah sekali nak guna blogskin tapi tak bertahan lama. Huhu rimas dan pening kepala nak khatamkan maksud satu-satu code tu. Akhirnya ke minima template semula.

Tapi, la ni cheq dah tukaq balik template. Cheq guna template yang cheq download ja.. Nak tahu cheq download kat mana? Ha.. hangpa bulih la pergi kat Nymphont. Asalnya cheq pergi site tu sebab nak download font ja.. Tapi selepas mengusha template yang ditawarkan di situw, jari terus rasa menggigil nak donlod satu. Huahua hypebola sungguh anda ini.

Aku nak cuba try test template ni untuk seminggu. Kalau tak best, tukar balik template lama. Hamboii anis, kau memang tak ada kerja lain kan cuti ni? -.-' Bagi aku template ni best sebab senang loading, lebar, tulisan kemas dan header tak perlu design gara-gara otak beku cuti nih. Cuma tang wrapper kat atas ni agak huduh sebab ada iklan nuffnang. Wrapper tu sebenarnya rapat ke atas. Tapi sebab nak kaya punya pasal, kita biarkan jelah iklan ittew bersemayam *tiba-tiba teringat putu mayam pulak*


Antara design terawal. Masa ni baru nak pro coding blog.
Korang silalah percaya.

Sayang sangat template ni sebab baru tahu
cara nak rapatkan header ke content blog :D

Lebih kurang macam template atas, Cuma tukar background je.

Pertama kali gunakan blogskin. Suka gila background kayu tu.
Nampak elegan, feminin dan khelasss gituw.

Feeling-feeling gothic. Bila background hitam,
terus hilang mood nak blogging ;(

Current template ;)


Wednesday, February 15, 2012

Blog Kena Remove! Ketahui Apa Sebabnya


Source


Sekarang tengah menaip entry dengan perasaan lega. Sebab apa lega? Sebab aku baru dapat semula blog-blog aku. Sejam yang lepas, bila aku tekan View My Blog kat Dashboard, tiba-tiba keluar 


"ohninie.blogspot.com have been removed by blogger". 


Masa mula-mula baca, aku tak percaya. Ingat blogger saja nak bergurau dengan aku. Maklumlah, kami ni memang suka mengenakan antara satu sama lain -.-' Menggelupur jugaklah cari solution untuk recover semula blog. So sekarang, aku dah rasa macam mana sakitnya bila blog tiba-tiba kena remove. Perasaan dia sama sakit macam hang kena tinggal dengan boipren. Semua kenangan kat blog dihambat pergi. Memang nan hado lah kalau kau nak baca semula entry lama. Sedih kan? Sila sedih sekarang. 

Masa aku busy mengGoogle cara nak recover semula blog, aku tak faham langsung step yang dia list kan sebab aku punya MUET Band 3 je. Tapi sebab blog punya pasal, gigih bersengkang mata baca sebutir-sebutir apa yang ditulis. Korang nak tahu apa sebab-sebab yang boleh buatkan blog korang kena remove secara tiba-tiba oleh blogger.com?

  • Affiliate Marketing: Maksudnya, pemasaran bersekutu. Kat situ kau tempek macam-macam iklan untuk kaut keuntungan. Kat sidebar berderet iklan shawl, coklat, macaron, bla3.. Aku pernah masuk satu blog ni yang memang tujuan penulis dia nak kaut untung. Setiap kali update entry, mesti akan masukkan apa-apa banner. Kat sidebar, tak payah cerita. Penuh sampai tak larat nak scroll. So kalau korang rasa blog korang ada unsur-unsur macam ni, sila padam blog sekarang sebelum blogger sendiri tolong padamkan.

  • Content created with scripts and programs, rather by hand: Maksudnya, blog korang auto-generated by scripts. Rasanya bab ni ramai yang tak ada masalah. 

  • Content or links referencing referral-based activities such as GPT, MMH ("Make Money from Home"), MMF ("Make Money Fast"), MLM ("Multi-Level Marketing"), PTC, or PTS: Maksudnya blog korang ada content skim cepat kaya. Ala yang gambar yang biasanya orang guna duit untuk buat kipas tangan tu.

  • Content scraped from other blogs/websites: Ni khusus pada orang yang blog nya tak ada originality. Kerjanya asyik copy paste karya dari blog lain. Tengok, tak pasal-pasal je boleh jadi antara sebab blog boleh kena remove kan?

  • Copyright Infringement: Blog korang blog personal, tapi korang biasanya update pasal link-link untuk download movie, software, lagu, etc

  • Large Blogs with multiple, unfocused/unrelated subjects: Yang ni aku macam agak terasa sebab blog aku pun dalam kalangan blog rojak. So kalau korang betul-betul serius dengan blog, lebih baik set kan tema blog korang macam blog untuk fotografi, makanan, atau apa-apa yang khusus.

  • Links to Illegal Downloads/Streaming/Torrents: Macam dinyatakan awal tadi.


Berdasarkan apa yang aku baca, kerja-kerja memantau blog ni bukan dilakukan oleh manusia. Sebaliknya dilakukan oleh robot. So bila bot tu datang check blog korang dan dia dapati blog korang ada salah satu punca yang aku list kan di atas. Secara automatik bot tu akan lock blog korang. Satu-satunya cara untuk korang dapat semula blog itu adalah dengan cara contact kat blogger forum. Kat situ nanti ada yang akan bagitahu apa steps yang perlu korang buat.


Cara ni macam agak kejam dan menyusahkan, lagi-lagi bila nak berurusan dengan omputih. Mahu menangis nak fikir macam mana nak susun ayat. Tapi bila korang ada usaha untuk minta blogger recover blog korang, blogger team akan tahu bahawa blog korang tu betul-betul dibuat atas rasa sayang *eh?* dan bukan dibuat atas tujuan yang dinyatakan di atas. Secara tak langsung korang dah gain separuh kepercayaan diorang. Jangan give up sebab kita nak tuntut hak kita semula.


Dalam kes aku, aku dah siap hantar soalan kat blogger forum, mintak tolong kat blogger lain yang pernah ada masalah macam ni. Tapi bila aku refresh semula dashboard, tiba-tiba blog aku muncul semula. Allah saja yang tahu betapa leganya perasaan. Mungkin bot baru perasan kot yang blog aku ni inesen. Hehe over kan.. Tapi kenyataan :/

Pada yang berkenaan, sudah-sudahlah salah gunakan blog tu. Kesian kami yang tak tahu apa-apa ni tiba-tiba je blog kena remove. Blogging lah secara berhemah. Majulah blog untuk negara! Eh tiba-tiba.


Source: Blogger Forum

Friday, February 10, 2012

Masuk Majalah




Hehek maceh pada yang tag itew kat FB. Seriously dah hampir lupa pasal ni. Korang kenal majalah ni? Dulu masa zaman sekolah rendah tiap-tiap bulan pengawas datang kelas jual majalah Kuntum. Aku beli kadang-kadang je sebab duit cukup-cukup untuk makan.

Weeehu aku nombor 2 dari kiri. Muka suci je kan. Tu masa darjah 6. Oh kalau kome mengada nak baca artikel atas ni, toksahlah. Antara semua kat atas tu, aku punya biodata paling sadis. No achievement at all. Eikk kalau tak ada achievement, macam mana muka aku boleh setepek ada kat atas ni?

Actually guru kelas aku masa tu main pilih je sape-sape dia nak. Dia tu dah lah garang. Masa kena panggil tu, terpinga-pinga jugaklah, apekeinye aku kena panggil? Muka suci macam ni ada buat salah ke? Then tup-tup suruh bergambar untuk majalah Kuntum. Taanjat boboi aww..

Tapi pape pun, tercapai jugaklah hasrat nak masuk majalah kan. Sekarang dah terbukti betapa inesennye aku :p 

♪┏(・o・)┛♪┗ ( ・o・) ┓♪┏ ( ) ┛♪┗ (・o・ ) ┓♪┏(・o・)┛♪


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...