Friday, March 30, 2012

Head to Toe



Assalamualaikum dan hai~ Ni cuma random entry sebab kering idea nak tulis apa kat blog yang makin lama, makin suram wajahnya ni. Heheh.. btw, aku rasa teringin pulak nak share pasal benda yang aku pakai kat blog ni. Benda baik apa salahnya dikongsi bersama kan? :D

Alkisahnya, badan aku ni jenis sesuai dengan barang murah je. Aku tak pernah manjakan diri aku dengan produk yang mahal-mahal sebab aku tak pernah diajar sejak kecik. Apa yang aku tahu, as long as produk tu tak menyusahkan hidup aku tu pun dah cukup bagus. Mudah kan prinsip saya? :3

Untuk shampoo aku terbiasa dengan Sunsilk. Tak kisah warna apa pun, tapi aku lagi suka yang warna pink ni sebab bau dia 'manis'. Rambut aku jenis yang tak bermasalah so Sunsilk Soft & Managable ni sesuai untuk aku.



Aku suka sangat dengan produk Johnson's baby sebab barang untuk baby biasanya very mild. Kalau produk Johnson's baby aku suka dari Milk series ni. Bila pakai rasa macam baby je. Huahua~ lagi satu, aku suka tabur bedak banyak-banyak kat badan sebab nanti badan rasa nyaman dan tak melekit bila berpeluh (^.^)v
Start pakai produk muka secara konsisten sejak tahun ni. Sigh.. Ni pun sebab mak aku paksa dan dia yang semangat sangat suruh aku guna Safi Balqis ni. Bila pakai ni liang-liang lahad pori kat muka aku mengecil dan muka pun rasa licin je. Aku guna 1 set (pencuci muka, penyegar & krim siang)

My latest discovery! Haha thanks pada memberku sebab perkenalkan lipbalm ni. Sebelum ni aku guna Silkygirl Sheer Colour. Tapi bibir aku mengelupas teruk bila pakai. Produk Mentholatum memang terbaik dari ladang gandum. Tak rugi pakai sebab kesan dia korang boleh tengok serta merta. Bibir rasa soft je. Aku guna lipbalm atas ni. Dia mengandungi Roman Chamomile, Rose & Tangerine. Sangat sesuai untuk orang yang malas minum air masak banyak-banyak, tapi ada hati nak bibir merah bak delima merekah :p *akulah tu*

So far ni jelah produk yang best bagi aku. Aku manalah ada duit nak beli produk Etude House yang mahal tu. Nak mekap pun aku tak reti tau. Nak beli benda mahal-mahal tunggu aku kerja nantilah. Hehe tq for reading this entry. Selamat menjaga kecantikan dengan cara yang murah! XOXO~

Saturday, March 24, 2012

A Geek

Assalamualaikum.. Wah agak lama jugak blog ni tak berupdate. Tapi kalau update, mesti nak mengeluh je. Macamlah ada sesiapa kisah kan? Hoho.. btw semester 2 ni aku dapat roommate yg tua 2, 3 tahun dari aku. So kes selalu kena tinggal sorang-sorang di bilik pada waktu malam memang dah jadi darah daging aku untuk semester ni.

Nak buat macam mana dah. Takkan lah aku nak kunci pintu tak payah bagi dorang keluar kot. Selama aku duduk kolej sebelum ni, aku selalu balik and tinggalkan ex-roommate aku. Tak ada pulak dorang nak tambat aku duduk bilik kan. Huahua so sekarang ni lah balasannya kat aku. Wuu T_____T

Bila sorang-sorang, mati kutu jugaklah pikir nak buat apa. Nak online, bosan. Duhh~ Nak study? Wahh lagilah bosan. So jalan penyelesaiannya, install game banyak-banyak. Aku suka gila usha game kat Chrome Web Store. Nampak je game yang comel-comel, mulalah gatal tangan pergi install. Padahal bukannya best pun game tu.


Antara game yang di install


Ni lah sebab utama aku suka gila guna browser Google Chrome. Aku rambang mata tengok macam-macam application/extension yang ada kat Google Web Store ni. Dah lah free, maka seronok sungguhlah aku meng-install dan meng-uninstall benda alah ini sesuka hati sampai laptop wa jammed wa cakap lu  =.=

Untuk you guys yang turut mengalami masalah forever alone macam aku ni, bolehlah cuci mata dan install macam-macam benda dari store ni. Mwehehe oh btw, blog ni akan tampak manis dan sweet kalau view in Google Chrome. Kalau guna IE, huduh sangat scrollbar tepi ni. Kalau guna Mozilla, any curved border yang wujud kat blog ni akan nampak petak instead of bulat (?) Huh layankan jelah ayat berterabur aku ni.


Thursday, March 15, 2012

Ringkasan Awal Semester 2



Assalamualaikum dan hai semuaaa. Nampak tak betapa busy nya aku sem ni sampai entry pun nak bajet ringkasan ala-ala SPM gitu. Tapi layankan jelah ringkasan ni. Tak tahulah setakat mana ringkasnya sebab intro ni pun dah panjang berjela je.

Semester ni ada kelas kat luar UiTM iaitu kat Intekma. Huarghh tiap Isnin dengan Jumaat siaplah ketiak aku berlengas dek peluh gara-gara suka benor bertukar bas untuk ke Intekma tu. Bila sampai Intekma, kelas pulak tak kondusif langsung. Nak cerita banyak pun tak boleh. Kang dikata tak bersyukur pulak kan. So redha jelah  T__T

Sebelum ni asyik mengeluh bilik kat kolej ni tinggi sangat. Tapi bila dapat bilik tinggi ni, makin rajin pulak aku turun tayang muka kat DC tu. Kalau sem lepas, sekali aku dah masuk bilik, memang tak lah aku nak turun balik waima nak ke koperasi pun. Tapi sem ni entah mengapa daku menjadi begitu cergas turun naik tangga. Tapi kurusnya tak jugak  T___T

Sebelum ni kelas aku tak ada register untuk Calculus. Bila tak boleh register, semua semangat pergi jumpa Penasihat Akademik sebab nak daftar subjek ni. Tapi bila dah dapat register dan lecturer masuk, masing-masing rasa terbakar. Eh ke aku je terbakar? Ekeke.. First day lecturer masuk, dah kena jawab kuiz. Kuiznya, nyatakan maksud ayat surah Al-Fatihah. I was like.. erk? Homai..  T___T

Semester ni semacam kejutan budaya sikit sebab baru minggu pertama belajar, dah kena suruh design system prototype. Aku tak tahulah budak-budak lepasan matrik/asasi yang masuk degree ni terlalu manja sangat sampaikan bila disuruh buat group project pun nak mengeluh. Tapi bagi aku, selama ni kitorang asyik disuap je. So bila tiba-tiba kena kerah otak sendiri untuk buat system, so jammed jugaklah otak ni  T___T

Kesimpulannnya, sekarang semua benda yang aku buat rasa serabut. Ni baru masuk sem 2. Kalau masuk sem seterusnya tak tahulah alahai. Ohh maaf entry sekarang banyak mengeluh je (=.=)v


-Im sexy and I know it-

Saturday, March 10, 2012

Coretan Seekor Hamster



Saya seekor hamster. Hari ni tuan blog saya cuti. So saya ambil alih tugas menulis blog. Hm.. lama juga tuan blog ni tak cerita pasal saya kan? Saya rasa agak terpinggir sekarang ni. Atas sebab bengang dengan tuan saya, saya pun curi-curi guna laptop tuan saya ketika dia tidur.

Korang semua mesti dah lupa pasal saya kan. Baiklah biar saya perkenalkan diri. Nama saya Montel. Saya tak tahu kenapa tuan saya namakan saya begitu. Nak kata saya ni montel, saya kecik je. Tapi tak mengapalah, mungkin tuan saya rasa nama tu kena dengan jiwa dia.. eh silap, jiwa saya.

Dah hampir 5 bulan saya hidup dengan keluarga ni. Tuan saya ni bila datang angin mereng dia suka sumbat macam-macam makanan kat saya. Suka hati dia je sumbat saya pisang, chipsmore, biskut Tiger dll. Ishh.. nasib baik dinding perut saya ni tebal dan mampu hadam. Kalau tak, alamatnya mati tergolek saya nanti.

Menaip sambil makan. 


Oh ya, saya jugak mengalami krisis identiti. Saya tak tahu sama ada saya ni dilahirkan sebagai seekor hamster atau seekor monyet. Atas sebab itu tuan saya gelar saya MonSter (monyet + hamster). Nak tahu kenapa saya kata macam tu? 

Sebabnya saya suka meluangkan masa dengan memanjat sangkar sampai ke bumbung lepas tu terhempas jatuh sambil buat back flip. Saya tahu tuan saya suka sebab setiap kali saya memanjat, dia mesti akan duduk tepi sangkar dan bersorak, "Panjat lagi Montel, panjat lagi!". Err.. saya nak tahu, adakah hobi saya ni sesuatu yang normal??

Tapi walaupun keluarga ni melayan saya dengan baik, sedikit sebanyak kasih sayang dorang tergugat jugak dek penularan virus kencing tikus. Hm.. korang semua rasa hamster boleh sebarkan virus ni ke? Saya pernah dengar tuan saya gaduh dengan adik dia pasal ni. 



Tuan saya kata, "InsyaAllah, Montel tak ada sebarkan virus tu. Montel kan makan kuaci je hari-hari. Bukan makan benda kotor pun". Err pasal makan kuaci hari-hari tu saya ragu-ragu sebab 2 hari lepas tuan saya baru je bagi saya makan garlic bread -..-  Tapi, saya harap sangat saya tak menconteng arang ke muka keluarga ni. Saya kesian sangat kat tuan saya yang terpaksa bersihkan sangkar saya yang memang busuk kalah kencing orang tua ni. Hahaha pandai saya buat lawak kan.

Nampaknya setakat ini sahaja coretan saya. Sudah panjang benar ni. Maklumlah, pertama kali pegang laptop. Akhir kata, nikmatilah video saya ni. Muuahh!






p/s: Entry ni aku dah lama biar kat draft sebab nak tunggu upload video Montel kat youtube. Tapi.. bila video dah siap upload, Montel dah mati.. Montel mati masa aku kat kolej. Aku tak sempat nak spend hari-hari terakhir dengan Montel. RIP Montel.. Mommy sayang Montel sangat-sangat :'(

Sunday, March 04, 2012

Kolejku Surrrgaku



Saya harap semester ni saya boleh kurus kerana jumlah tangga kolej yang perlu didaki adalah 4 kali ganda banyak berbanding sem lepas.

Kedudukan bilik masih ditepi jalan. Saya suka dengar bunyi kenderaan di Subuh hari.

Semester ni rasa macam duduk kat kondominum, padahal tingkat 4 je pun.

Lepas susun barang, aku cabut balik rumah. Tak sempat berkenalan dengan roommate. Hoho~

Dan.. makcik cleaner yang uruskan kaunter pendaftaran tadi kuangjaq gilaq. Mungkin teruja sangat kot diberi kuasa jaga kaunter? Duh~ Budi bahasa budaya kita ye makciikkkk. Makcik elok pegang penyapu jelah. Jaga kaunter penat sangat kan?

Thursday, March 01, 2012

Montel Jatuh Sakit :'(

Semalam, hari yang agak upside down jugaklah bagi aku. Sibuk sangat nak tengok Beauty & The Beast kan? At last dapat jugak. Tapi banyak wo rintangan sebelum aku dapat tengok cerita tu. Btw, entry ni terlalu panjang kerana ditaip dengan penuh emosi. Sediakan tisu sekarang.

Mula-mula aku was-was nak keluar sebab mama demam. So kalau aku huhahuha kat luar, rasa macam tak best la pulak kan. Tapi my mum memahami, dia benarkan ittew keluar sebab aku dah 2 minggu terperap kat rumah. Kalau aku ni nasi, dah jadi tapai agaknya. Huahua.. But! Bila my mum ok, tiba-tiba Montel (hamster saya) jatuh sakit. Baru je 2 hari lepas dia melompat dan memanjat dalam sangkarnya dengan riang ria. Tapi pagi semalam, bila aku jenguk sangkar dia, dia stiff je kat satu sudut sangkar tu.


Montel kesayangan

Selama ni, belum sempat aku nak letak dia kat tapak tangan, dia dah gigit dulu tangan aku. Tapi pagi semalam serius dia tak bermaya bila aku angkat dia. Jalan pun macam hamster patah kaki (pernah tengok ke hamster patah kaki? O_o) Masa tu rasa nak nangis je tauu. Huaa.. antara ibu yang sakit dengan hamster yang sakit, aku lagi sedih hamster sakit? Whoaahh kill me -.-

Kemudian aku mula berhipotesis, Montel ni kalau tak sebab patah kaki gara-gara memanjat, ni mesti pasal buasir sebab dia pergi telan bathing sand yang aku beli untuk dia 2 minggu lepas. Haiyoo degil betul pet aku sekor ni. Semua benda dia nak telan. Entah-entah anak lipas yang merayau sekitar sangkar tu pun dia telan.



Riang betul memanjat. Mana tak patah kaki.


So sebelum Montel injured dengan lebih jauh, aku tutup sebahagian sangkar dia supaya Montel tak dapat panjat tinggi sangat sekaligus melakukan backflip bila jatuh. Kalau jatuh terus tak apa, ni boleh pulak terhantuk kat bumbung kuning rumah tu. Risau woii risau! Aku tanya mama, kalau sapu minyak gamat kat kaki Montel, dia boleh elok ke? Huhu nak hantar pergi klinik haiwan, aku tertanya-tanya vet nak ke rawat hamster? "Setakat rawat hamster harga RM18 sekor ni baik kau beli baru," kata veterinar tersebut *nangis*

Kerana takut Montel mati, dengan segera aku bersihkan sangkar dia dan aku tak letak lagi bathing sand. Bazir duit mak bapak aku beli benda alah tu. Grr.. Lepas selesai aktiviti mencuci sangkar, aku berkejar ke dapur sebab nak cuci tangan. Tapi aku tak sedar lantai licin dan suppppp! (sound effect tergelincir. Kehkeh) aku tergolek dengan jayanya! Ya tu dia, tu dia. Tak cukup hamster je patah kaki, kau pun nak join jugak ke anis?! Hilang terus sakit mama bila tengok aku kelam kabut semacam gara-gara seekor hamster. 

Lalu.. aku pun terpaksa gigihkan kaki dan badan yang sengal-sengal ni demi untuk menonton Beauty & The Beast kerana sebuah janji.. TAMMAT


p/s: Ni baru bela hamster murah. Kalau bela sugar glider yang mahal tu, tak tahulah macam mana rupa kelam kabut aku.
p/s/s: I love rodents seperti arnab, hamster dan hedgehog. Kucing tak berapa berkenan (^.^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...