Monday, April 30, 2012

Bestnya Cuti! Saya Mahu Lagi :'(


Mengahabiskan sisa-sia terakhir baucer buku dengan bahan bacaan yang separa ilmiah ni. Huhu.. tamak beli novel sampai dua. Tapi satu pun tak habis baca. Sekarang tengah baca novel yg hijau tu. Walaupun cover dia macam tak menarik, *aku jeke yang rasa tak menarik?* tapi novel dia santai. Pertama kali bangga dengan diri sendiri sebab berjaya beli novel yang best. Kalau tak selama ni beli novel entah hape-hape je. Yang lagi satu novel tak sempat baca. Masih cantik lagi dalam plastik. Huehue.. cuti seminggu kemain bantai sampai 2 novel. Dasar tamak haloba. Oh ya, majalah Remaja tu pun tak habis baca lagi. Wuwuwu  T___T



Minyak rambut yang dibeli kat salon. Aku jenis rambut kering sampaikan masa aku buat treatment kat salon cina tu senyum je bila aku kata aku tak pernah pakai minyak rambut. So dia suggestkan pakai minyak ni. Cara guna, picit dalam 2-3 titik lepas tu sapu dulu kat hujung rambut. Then baki yang berminyak-minyak kat tangan tu urut kat bahagian atas rambut. Cina tu kata biasanya hujung rambut dia susah hasilkan minyak. Wah selama ni aku salah teknik la sapu conditioner kat rambut. Patutlah makin kering -__-  Harga minyak ni RM 17 je. Murah kan? :D



BB cream yang pertama aku beli. Cuti ni aku banyak luangkan masa tengok video mekap. Huh banyak sungguh perkara lagha aku buat. Memang rileks habis cuti ni. Buku berat-berat bawak balik aku baca tak sampai 5 kali. Tutorial pun tak habiskan semua. Dah lah minggu depan ada 2 test lagi. Ok back to topic. Aku dapat beli set ni pun lepas puas kawtim dengan makcik aku. Dia bayar 10, bakinya aku bayar. Hehe terharu 15 saat dengan makcik aku ni. Wee~ Aku baru 2 kali pakai benda ni. Tapi terasa la perubahan muka. Balik cuti ni aku tak pakai langsung set Safi Balqis aku tu. Aku just pakai lotion baby dengan sapu bedak tabur kat muka. Ni memang betul-betul malas tahap tak boleh dibantu nampak gayanya -__-

Atas ni mukadimah je. Tapi yang paling best cuti ni sebab dapat....

(っ◕‿◕)っ ♥ Thanks abah for this! 


Wednesday, April 25, 2012

New Blog's Theme: GRADUATE



Assalamualaikum semuaa~! Weehu design blog bertukar lagi kali ini. Asal ada cuti panjang, haruslah asah skill edit blog aku yang tak seberapa ni. Huhu.. Sekarang ni aku lebih suka gunakan blogskin. Banyak kan design blogskin yang lawa-lawa sekarang ni. Just tinggal pilih je. So untuk design kali ni, aku tak nak terlalu kebudak-budakan sangat. Design kali ni sangat simple bertemakan Graduate. Nak ambil masa loading blog pun sekejap je kan?

Nama asal Graduate tu daripada font yang aku guna untuk header, post title dengan sidebar title. Nak tahu aku cari font tu dekat mana? You can simply click here, Google Web Fonts. Mungkin font ni only work in Chrome. Kalau guna Mozilla atau IE tak nampak kot. Tapi ahh peduli apa aku. Huahua.. Oh ya, blogskin ni sebenarnya bukan 100% hasil aku. Blogskin ni asalnya aku download di blogskin dan edit colour apa semua. Kalau boleh nak la jugak identity blog sendiri kan :p

Bawah ni preview asal blogskin yang aku download:

Big thanks to Chocolettha :)


Tuesday, April 24, 2012

Sehari Bersama Girlfriend

Assalamualaikum..~ Lama betul tak post kat blog ni. Sekarang dalam minggu cuti midsem. So adalah masa untuk menaip kat sini. Fuh banyak betul dugaan yang berlaku sepanjang minggu lepas. Selalunya makin dekat dengan cuti, masa tu lah lecturer berebut-rebut nak buat test, quiz, presentation bla3.

Now, aku boleh tarik nafas dengan lega sebab tengah cuti seminggu. Wohoo dan cuti kali ni sangat best sebab aku meraikan cuti dengan handphone baru. Mwehehe hari ni hang out dengan Kamilah pun asyik nak bergambar je. Kuat camwhore jugak aku ni rupanya  T_____T


Hai, Ninie nak jalan2 ni! *sambil buat 
posing paling hits untuk musim panas kali ni*


Introducing my partner in crime, Kamilah :D


Tempat yang ditujui selepas selesai menonton movie Lockout yang erghh
buat aku tension je T___T


 Makan pasta *lupa nama*
Cafe ni memang santek uols. Harga pun kemain santek gitew..
Cik Ninie tak makan. Bila nampak harga terus Cik Ninie rasa nak diet.


 Susu Carrot Cik Kamilah.
Kelas ko Jah minum dalam jag. Huahua~


Kalau dah miskin tu, makan mushroom soup je yang mampu.
Ni pun ihsan side order Cik Kamilah. Bismillah~


Kemudian jalan2 dan terjumpa fake menu display kat depan restoran Jepun.
Dalam banyak2 makanan, gambar ikan bilis ni jugak aku nak ambik.
Kamilah agak keliru dengan motif gambar yang diambil O_O


Bila orang tak ada seni amik gambar. Tak ada fokus langsung  T___T


Hai awak, boleh ngorat? :3


Cantik kan? Kerusi itu?


Gambar candid. Serius tak tipu.
Sebab masa ni aku nak bergambar, tapi aku takut kena marah dengan security.
Nampak tak muka cuak atas tu?


Ok yang ni tak candid. Thanks Kamilah sebab ajar aku guna benda ni!
\(^.^)/


Sekian untuk laporan ohsem hari ini. Sekarang dah boleh mula siapkan soalan tutorial Calculus.


Friday, April 06, 2012

Monolog



Bila lihat orang lain bahagia dengan pasangan masing-masing, aku rasa cemburu. 
Aku? Aku pun pernah bahagia. 
Tapi dululah.. 
Sekarang, entah. 

Kalau bahagia pun aku tak tahu aku dibahagiakan atas dasar apa. 
Dibahagiakan atas dasar sayang atau atas dasar so call 'friends'. 
Susah untuk lepaskan sesuatu yang kita dah bertahun-tahun terbiasa.
Bermacam nasihat aku terima tapi semua tak masuk kepala.
Aku tetap degil untuk 'Set Fire to The Rain'.

Akhirnya aku tetap macam ni.
Tertanya-tanya dengan kebahagiaan masa depan sendiri.
Aku rela walaupun kadang-kala diri dilayan macam aku ni tak bererti.
Digelar macam-macam tapi langsung tak memberi kudis di hati.
Apa pengakhiran kisah aku ni ya? :/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...