Wednesday, June 27, 2012

Final Exam Mode: ON



Pheww selepas 3 minggu di kampus, hari ni dapat jugak online kat rumah. Berbekalkan broadband yang berkelajuan perlahan sampai tak terkejar ni, tak mengapalah. Aku rela asalkan dapat balik. Cipta rekod woh 3 minggu duduk kampus tak balik-balik. Classmate aku dah naik boring dengar aku merengek nak balik rumah. Tinggal nak sekeh kepala aku je. Tapi aku tahu dorang sayang aku. So tak jadi nak sekeh. Dorang setakat perli-perli manja je.

So yeah, welcome final exam! Di kala pelajar universiti lain dah terkinja-kinja menikmati cuti semester mereka, kami pelajar UiTM baru terhegeh-hegeh nak prepare untuk final. Dah lah study week 4 hari je. Wuwuwu ni lah harga CUTI KHAS tempoh hari yang harus kami bayar. 

First paper aku start Jumaat ni pukul 8.30 pagi. Dan aku berada di rumah sekarang. Pagi Jumaat barulah aku pulang ke UiTM tercinta. Duduk rumah pun mampu study ek? Ehmm tengoklah macam mana result nanti -.- Untuk exam ni, tak berani nak target tinggi. Dengan carry mark yang semputtt ya amat tu. Bawah ni ialah probability kemampuan untuk aku jawab paper semester 2 ni. Cehh poyo gila.

QMT437 (80%)
Credit hour untuk subjek ni ialah 4. So kena pulun habis-habisan. Nampak tak peratus keyakinan aku atas tu? Subjek ni best sebab dia banyak teknikal. Nama subjek ni Operational Research. Lecturer pun baik. Budak-budak selalu ponteng pun dia buat tak tahu je. Hahaha >:D

ITT400 (40%)
Agak sendu ya peratus atas tu. Aku rasa carry mark tak perlu tengok pun tak apa untuk mengelakkan aku tension. Ni subjek Data Communication & Networking. Bosan belajar pasal wireless, cable, LAN etc. Belajar pasal benda yang kau tak nampak. Untuk aku yang slow ni memang payahlah nak nampak apa yang berlaku dalam tajuk-tajuk ni. Sekarang baru terhegeh-hegeh nak fotostat buku. Sebelum ni berlagak nak refer slide lecturer je. Kahkahkah padan muka.

MGT420 (80%)
Subjek Management. For sure kena banyak membaca. Walaupun aku ni bukanlah rajin membaca, tapi kena jugak paksa diri. Nak harap paper kira-kira memang tak lah sebab aku dengan Math memang tak pernah sebulu sejak dulu. Subjek ni saaaangatlah bosan. Aku rasa Sejarah masa sekola dulu lagi menarik. Dah la exam jatuh pada hari jadi sayew. So pada sesiapa yang menjawab, saya harap kalian ada tuah pada hari tu :3

MAT421 (50%)
Tengok code subjek pun dah tahu math kan. Ni code untuk Calculus 1. Calculus 1 ialah calculus yang korang belajar masa sekolah menengah dulu. Walaupun dah bertahun-tahun menghadap differentiation integration bla3 aku tetap tak sebulu dengan Calculus. Tak paham aku macam mana boleh dapat A addmath masa SPM dulu *pokerface.jpg*

CSC435 (70%)
Subjek coding. Nama subjek ialah Object Oriented Programming. Nama glamour, Java. Walaupun subjek ni boleh tahan pening dan susah, tapi Alhamdulillah aku boleh bawak. Tak nak komen banyak-banyak kang orang kata riak pulak. Ekeke :B

ITS411 (70%)
Fundamentals of Information System Development. Carry mark untuk paper ni 50%. 20% daripada carrymark ialah projek. Projek ialah separa hancur. Antara paper yang aku wajib skor untuk aku naikkan pointer sebab aku rasa aku boleh bawak subjek ni. Cuma aku malas nak membaca je.

Ni la 6 paper yang aku akan hadap nanti. Harap-harap boleh jawab dengan baik. InsyaAllah.. Untuk classmate yang akan menjawab exam nanti, goodluck korang! I love you guys! *tak ada kena-mengena dan tiba-tiba je*

Friday, June 01, 2012

Untuk Pertama Kalinya..



  • Aku rasa give up buat coding
  • Aku rasa cuti seminggu ni tak cukup
  • Aku reti untuk risau pasal test :p
  • Aku rasa tak yakin dapat skor sem ni
  • Aku hilang minat kat subjek yang banyak menghafal
  • Aku kisah pasal pendrive aku masuk virus
  • Aku rasa disayangi. Huahua itu over :))
  • Aku rasa classmate aku adalah best. Walaupun kadang-kadang perangai masing-masing macam hantu
  • Aku teringin nak makan steamboat
  • Aku dah hilang minat edit blog
  • Aku dah hilang minat nak update selalu kat blog ni
  • Aku rasa apa yang aku taip ni adalah sampah =________=

Sekadar gambar hiasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...