Wednesday, August 29, 2012

Rambut Helmet & Contact Lens

Salam ceria kepada pembaca semua. Ya, kali ni saya mahu buat entry santai sahaja. Bila mood melankolia tiada, maka tiadalah madah atau puisi yang mampu saya rangka seperti post sebelumnya. Wahh intro pun dah lain macam. Haha :D Oh ya, tentang entry yang bertajuk Kompleks sebelum ni bukan bermaksud nak memerli kekasih perempuan saya. Maksud saya, kekasih perempuan yang amat saya sayangi iaitu Aishah, Kamilah dan Amira. Tidak, saya tidak menujukan puisi itu untuk kalian. 



Terharu saya dibuatnya sebab Kamilah sanggup call dan buat entry khas untuk menaikkan semangat saya. Aishah pulak siap IM kat FB tanya saya ok ke tak. Huaaa terharu 2 hari. Love uolss. Mmmuah! You guys are the best sistahhh evaaaa (walaupun sebenarnya Kamilah muda 4 bulan dari aku :p)



Ok back to topic. Pada raya ke-4, aku telah selamat memotong rambut yang panjang paras pinggang ke pendek paras bahu. Jenuh simpan rambut panjang sebab ingat nak buat perm. Tapi tak jadi sebab rambut asyik gugur.. Hmm musnah niat nak jadi feminin macam Neelofa. Hahakks..











Helo rambut helmet! Masa pergi salon aku kata kat amoi tu nak potong bob layered haircut. Tapi layered tak ada. Yang ada cuma bob. Selalu macam ni. Yang aku kurang berkenan denganbob hair ni, dia susah nak maintain kebulatan rambut tu. Leceh tiap kali lepas cuci kena sikat baik-baik hujung dia. Kalau malas sikat nanti ada la yang melentik sana-sini -_-  

So bila rambut dah kembali pendek ni aku nak start jaga elok-elok. Tak nak tukar-tukar shampu. Kalau sebelum ni guna Sunsilk pink pun rambut keras dan asyik gugur, so kali ni nak try Loreal pulak.


Tentang contact lens pulak, asalnya dulu aku langsung tak berminat nak pakai sebab aku takut nak letak benda yang aku tak sure aku boleh buat. Err paham tak maksud ayat tadi? Tapi entah macam mana, satu hari ni aku tengok on9 shop ni. Lepas tu aku belek album contact lens. Huhu tergoda jugaklah aku tengok lens yang comei-comei. Harga pun murah. So grab la satu lens macam bawah ni:



Lens ni aku suka sebab bila pakai nampak natural. Maksud natural tu, tak ada lah jelas sangat warna violet dia. Bila berdiri bawah panas terik baru nampak colour. Tapi kalau jalan-jalan masa shopping ke, tak nampak pun. Yang nampak hanyalah mata yang bundar. Wakakaka! 

Yang tak best pasal lens ni, dia agak keras sikit. Lebih sedih, lens ni dah infected. Sebab waktu aku noob pakai lens awal-awal dulu aku terjatuhkan lens ni ke lantai. So habis kotor lens tu. Ni lens favourite kot! Baru sebulan beli. Sobss.. Btw lens ni tahan setahun kalau pandai jaga. Tapi dapat kat aku, non hado lah setahunnya. 

Fokus pada mata saya. Abaikan entiti dibelakang tu.



Ni my second lens. Mendapat tentangan keras from my parents masa nak beli tempoh hari. Ni semua gara-gara satu artikel dalam surat khabar Metro, "Buta sekejap kerana contact lens berwarna". Dah lah timing pun  baik. Bila my dad dah setuju untuk hantar pergi bank untuk bank in duit, tiba-tiba my mum terbaca artikel tu. Hampir je aku nak cancel order. Tapi my dad sempat lagi buat lawak + sindir, "Ala tu buta sekejap je. Bukannya buta selamanya. Betul tak along?" Terbaik punya perli, kan abah?  T_T  So bawah ni lens yang aku order. Kali ni nak try grey pulak sebab konon nak nampak natural.





Lens ni best sebab soft. Aku juga gembira sebab aku tak jatuhkan lens ni. Haha so tak ada apa-apa infection. Tapi.. lens ni blurry bila dipakai. Hm padahal 0 power. Adoi macam-macam hal la.

Lens ni pun tak nampak natural bila aku pakai. Nasib baik order grey. Kalau order biru, mahu macam alien mata aku nanti. Probability untuk lens keras kejung dalam case pun adalah tinggi sebab aku malas jaga. Hihikss :D










So sekian untuk entry panjang dan tidak seberapa santai ni. Kalau rasa annoying dengan gambar gedik atas ni, mohon maaf la sempena raya ni. Maaf zahir dan batin. Selamat Hari Raya!

Saturday, August 25, 2012

Kompleks



Terlalu banyak mendiamkan diri menjadikan aku begitu kompleks. 
Aku terlalu banyak buat penilaian terhadap orang sekeliling. 
Aku terlalu berfikiran negatif terhadap perkara sekeliling.


Mungkin ini akibat terlalu banyak memencilkan diri. 
Bila aku punya masalah, aku lebih rela pendam sendiri atau paling tidak akan kucoret ke laman maya ini. Tiada sebarang komunikasi verbal dengan manusia sekeliling, mahupun dalam kelompok keluargaku sendiri.


Aku mengaku, aku bukan jenis mudah berkongsi kisah dengan sesiapa. 
Sesedih manapun aku, aku tahan untuk seksa hati untuk menakung air mata sendiri. 
Ya lah, buat apa mengadu pada manusia jika konklusinya bakal tertuding ke muka sendiri. Sama bukan?


Jadi, pengakhirannya aku begini. 
Ya, aku masih punya teman. Aku punya teman rapat. 
Tapi mungkin untuk saat gelak ketawa. 
Untuk saat menangis, tika aku perlukan seseorang yang mampu dengar rintihanku tanpa sebarang tempelak, jawapannya TIADA.


Untunglah kamu kalau kamu punya telinga dan bibir yang boleh mendengar dan memberi nasihat. 
Aku? 
Untunglah aku sebab aku ada laman ini untuk aku meluahkan. 
Tapi laman ini bisu pula untuk memujuk. 


Sedih sungguh menjadi diri yang kompleks.



Friday, August 24, 2012

Random Raya

Alhamdulillah, dah 6 hari kita beraya. Bagi aku, raya tahun ni macam biasa je. Tak terlalu seronok, tak terlalu bosan. Bila umur makin meningkat ni, rasa tak dan la pulak nak semangat mengumpul duit raya macam zaman kecik-kecik dulu. Tiap kali beraya rumah sedara, buat muka redha je tunggu sampul raya jatuh ke riba telapak tangan.


Raya pertama raya kat rumah atok kat KL. Then petang baru balik kampung kat Negeri Sembilan. Masa otw nak balik kampung, singgah McD kejap. Huhui orang raya makan ketupat, lemang apa semua. Aku pulak makan burger. Kehkeh.. Niat di hati nak makan GCB. Lama kot mengidam nak makan burger tu. Tapi kat McD tu tak available pulak. Boleh pulak macam tu eh? Mungkin staff tak cukup kot. Time nak tunggu order pun berjanggut tunggu. Cashier sorang je, chinese. Then yang kat dapur semua india.


Dalam kes darurat macam ni, terpaksalah bangsa lain take over kerja yang biasa melayu buat. Haih.. Kesian aku tengok cashier sorang ni handle customer. Dah lah salah ambik order. Aku order set, dibaginya ala carte. Tapi nasib baik dia tak cas harga set. Oleh kerana aku bertimbang rasa dan memahami, so makan jelah apa yang ada. Tu lah mengada sangat kan hari raya nak makan McD. Hamik kau.


Sampai je kat kampung, sunyi je. Tak rasa macam raya pun. Rasa macam balik kampung biasa macam selalu (?) Mementanglah arwah nenek dah tak ada, kebanyakan pakcik-pakcik aku tak nak pun bermalam kat kampung. Apakah makna Syawal kali ini :'(  Memandangkan starting raya kat kampung pun dah tak best, so sepanjang raya ke-2 aku tidur je. Dari pagi sampai petang. Dah tak pedulik apa jadi kat luar. Huhu teruk perangai.













Gambar atas ni rambut masih panjang. Sekarang aku dah potong pendek. Buat semula rambut helmet/cendawan. Aku tak tahu kenapa aku berkenan sangat style bob haircut ni. Adakah aku kelihatan comel bila berambut bob? Kahkahkah idokler teman tau jawapannyerr.





Tapi kan, dalam pada keboringan menyambut Syawal ni, ada jugaklah terselit perasaan sedih. Beberapa hari lepas aku upload gambar 1 family atas ni kat Facebook. Lepas tu one of my friend komen. Aku tak tahu niat dia nak bergurau ke apa. Tapi bagi aku agak keterlaluan la 'joke' tu. Sampai hati dia kata aku macam 'minah hot setap lorong belakang'. Kepada yang membaca, anda rasa kelakar ke statement tu? Kalau rasa kelakar, terpulanglah. Tapi bagi aku tak. Aku bukannya jenis close minded pun. Tapi siapa je suka bila orang kata macam tu. Macam aku ni hina sangat je. Kalau member lain kau boleh repect, why not me? Oh maybe sebab aku passive, tak melawan. It's ok. Itu urusan dia dengan Tuhan. Aku mampu maafkan je :)


Ni pasal lagi sorang. Aku mengaku lah aku ni pun bukannya peramah sangat dengan orang. Tapi sekurang-kurangnya bila orang tanya aku, aku akan jawab elok-elok. Tak kisahlah sama ada orang tu pernah tegur aku atau tak sebelum ni. Tapi perangai yang sorang ni bagi aku agak sombong. Maksud aku, dia memilih kawan. Yelah, aku kan perempuan biasa je. Tak pandai. Yang dia pulak anggap yang dia cuma layak bergaul dengan orang yang cerdik pandai. Orang yang tak istimewa macam aku ni dianggap macam sampah je. Tu yang bila aku mintak tolong, nak respon pun tak nak. Setakat nak reply 'Sorry, tak dapat tolong' pun susah ke? Janganlah buat aku macam orang bodoh je menunggu. Iskk aku pantanglah orang macam ni. Lepas ni memang tak lah aku nak tegur dia lagi. Serik.


Sorry la terkutuk kat sini. Just sedih diperlakukan macam tu di bulan yang mulia ni. Siapalah aku kan untuk orang hebat macam kalian hormati perasaannya. Cehhh bermadah pulak. Kbai nak nangis.

Monday, August 06, 2012

Penyelesaian Untuk Bibir Kering

Bulan puasa tahun ni cuaca tak menentu. Kadang-kadang panas, kadang-kadang hujan. Kalau panas tu, panas sangat. Lagi-lagi sekarang ni khabarnya kemarau sampai Oktober nanti. So masalah bibir kering dan mengelupas memang tak boleh nak elak. 

Aku ni jenis kurang minum air. Kalau minum pun air yang manis je. Huh amalan gaya hidup yang tak sihat langsung. Dah lah kurang minum air, bibir pulak jenis kering dan mengelupas. Bila mengelupas sikit, mulalah dok kopek sampai berdarah-darah. Well hobi macam drakula pulak kan? Huhu..

Tapi sekarang ni tiap-tiap malam sebelum tidur aku selalu pakai lipbalm ni untuk pastikan bibir aku sentiasa smooth dan tak mengelupas. Lipbalm ni takde warna. So sesuai la nak pakai sebelum tidur kan. Nanti takde lah habis berwarna-warni bantal. Oh ya, lipbalm ni boleh carik kat mana-mana farmasi. Murah je tak sampai RM 10.


Mentholatum. A well trusted product :)

 SuperSoft Treatment Lipbalm

 Comel je warna pink

Colourless. Lipbalm ni dia macam bau herba sikit.
Tapi still wangi :3

The packaging.
Picture


Bila nak jalan-jalan kat luar, aku pakai lipbalm ni lepas pakai liptint. Sebab lipbalm ni kan tak de warna. So muka aku akan nampak macam pucat je. Maklumlah, bibir aku bukannya pink semulajadi. Huhuk.. Sebelum aku pakai lipbalm, aku akan dot kan sikit liptint kat bibir aku. Liptint ni dia menyerap kat bibir. So tak perlu risau kalau-kalau liptint tu sememeh bila sapu lipbalm nanti. Kiranya lipbalm ni just nak bagi bibir kita nampak basah dan elakkan bibir kering jelah. Untuk liptint aku beli online. Kalau nak jugak boleh beli kat SINI.

Liptint. Guna sikit je dan bibir akan nampak
natural je pink dia. Wootwoot~


Sunday, August 05, 2012

Geram Pasal Semua Benda

Aku benci gila sejak blogger interface ni tukar baru. Semua jadi berat nak load. Lagi-lagi aku pakai broadband yang punyalah hazab dia punya lembab. Makin berapi je aku rasa. Aku rasa tu lah sebab utama aku makin malas nak blogging sekarang ni. FB pun sama. Timeline ambik masa lama kot nak load dan aku tak paham motif cover photo tu untuk apa sebenarnya. Twitter pulak tak payah cerita. Nak sign in pun berjanggut tunggu. Huhhhh geram gila dengan broadband ni! Bayar bulan-bulan punyalah mahal. Tapi line bukan main slow. Ingat mak bapak aku bayar pakai daun ke?! 

Mintak tukar unifi, mak aku tak nak sebab bayar bulan-bulan mahal. Hm.. apalah guna ada broadband kalau broadband dasar tak berguna. Ee geram pulak bila pikir balik. Kadang-kadang tu nak buka student portal pun asyik sangkut je. Last-last keyboard yang tak berdosa ni jadi mangsa tujahan bertubi-tubi jari manisku. Huhu..



Btw Jumaat lepas result untuk budak-budak degree uitm dah keluar. Ehmm sampai hari ni aku tak bagitahu mak aku pasal result. Takut kena marah. Dah lah cuti ni aku asyik makan, tidur, tengok tv, tidur balik, online lepas tu order barang bukan-bukan. Ni kira nasib baik lagi mak aku tak bising dengan perangai pemalas aku ni. Kang kalau aku bagitahu result yang tak memberangsangkan tu, memang nak kena bebel 3 hari 2 malamlah jawabnya. So kesimpulannya, seminggu sebelum rayalah aku bagitahu ataupun pagi raya masa nak mintak maaf tu. Huahuaha *trollface.jpg*

Btw memandangkan sekarang ai ni gadis pemalas yang berkaliber, so hobi baru sekarang ialah usha-usha baju, tudung, accessories dan pelbagai benda menarik kat on9 shop. Aku geram betul tengok blouse Korean fashion yang dorang jual. Dahlah modelnya pun comel. Tak tahu nak geram kat baju ke nak geram kat model :D Model scarf pun aku suka tengok jugak. Comel je tengok dorang pakai tudung. Rasa macam nak order je. Tapi aku risau kalau dapat kat aku terus jadi tak comel. Baju pun sama. Model yang pakai baju tu semua kurus langsing. Kang kalau aku order, risau tak muat. Tak ke membazir :/



Bila tengok baju yang comel-comel ni buatkan aku rasa nak kurus je supaya aku boleh muat baju-baju macam atas ni. Haih.. teringin nak diet dengan tak nak makan nasik. Tapi macam payah je. Kat rumah aku ni kalau aku mengada buat perangai tak nak makan nasik nanti kena marah.



Hahakkk gambar atas ni merupakan desktop wallpaper aku. Rasa nak lempang je bila tengok kan xD Tapi ni la sumber semangat untuk aku kurus. Lalala.. Jong Kook oppa mesti suka perempuan kurus. So aku pun kena lah kurus. Nampak tak punyalah melampau angan-angan minah ni? Sepanjang aku perhatikan dia dalam Running Man dia macam suka kat perempuan yang lemah lembut dan low profile. Aku ada ciri-ciri tu. So bila oppa nak datang Malaysia ni? :D

Friday, August 03, 2012

Aktiviti Menghabiskan Duit

Dah 3 minggu cuti berlalu. Tapi blog sentiasa sunyi tanpa update. Dah tak ada idea nak update apa dalam blog ni. Haizz.. Memandangkan cuti semester kali ni jatuh pada bulan Ramadhan, maka aktiviti paling best untuk dilakukan cuti kali ini haruslah menetap di rumah sambil membela lemak. Huhu tapi bulan puasa kali ni target nak kurus. Jeles tengok adik aku yang dulunya gemok gedempol melebihi aku sekarang dah kurus. Rahsianya? Mainlah futsal selalu. Tapi muka aku ni nak main futsal? Mintak mahaplah -_-

Daripada aku main futsal, baik aku menghadap laptop. Scroll through online blogshops. Kalau ada yang berkenan di hati bolehlah order sesuka hati. Hahak.. start cuti hari tu dah 3 kali abang poslaju terjah rumah ai mintak sainn. Dahlah aku ni pesen suka bangun tidur tengah hari buta. So dengan muka sememeh, selamba je jumpa abang poslaju tu. Mak aku pun bising sebab aku asyik menghabiskan duit je order macam-macam.


Somel tak benda atas ni? Untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup aku beli contact lens. Warna purple pulak tu. Khelass mata ko Jah. Boleh jadi model iklan Ribena dah ni :D  Motif beli sebab teringin nak feeling-feeling mata besar. Dah kata tak pernah pakai contact lens. Masa mula-mula pakai ambil masa setengah jam nak pakai benda alah ni. Banyak kali jugaklah lens tercicir ke lantai masa nak pakai. Nasib lah lens murah and takde power.


Tube putih belah kiri atas ni nama dia magic pink blush. Dia macam krim tapi bila sapu kat pipi, dia secara magic (?) akan bertukar jadi warna pink! Untuk gegadis yang tak reti mekap tapi menggatal nak mekap macam aku ni bolehlah cuba. Yang botol kecik belah kanan tu pulak lip tint. Tehee liptint ni dia meresap kat  dalam bibir. So bila pakai bibir nampak macam natural je warna pink dia tu. Aku suka :3

Seterusnya, aku dah convert nombor aku dari prepaid ke postpaid. Aku tukar sebab dapat panggilan tak diduga oleh abang maxis yang menawarkan kadar hebat bila tukar ke postpaid. Ehmm tengok jelah bil bulan pertama ni macam mana. Kalau banyak guna, memanglah hazab nak membayar. 


Contact lens: CLICK HERE
Magic Pink Blush & Liptint: CLICK HERE


Wednesday, August 01, 2012

Aku Dah 18 Tahun Rupanya..

Perjalanan selama 2 jam dari Puncak Alam ke rumah bukanlah sesuatu yang memenatkan bagi aku sebab Daddy I yang penat drive. Huhuh.. so semalam sebaik sahaja sampai rumah, aku terus menerkan nasik lauk sup ikan merah. Ohh sangat sedap sebab kalau kat Puncak Alam, aku memang tak pernah sentuh ikan langsung. Aku tak tahulah kenapa kalau kat sana aku macam tak berselera je nak makan ikan. Lagi2 ikan keli. Eww.. aku geli nak makan ikan tu sebab kepala ikan tu macam ular. Haha :p

Lepas makan secara ekstrem dan gelojoh, aku berlari2 mengejar BFF kesayangan yang sedang menunggu aku di dalam kereta mereka. Ohh.. kawan2 aku dah pandai drive rupanya. Kami dah dewasa rupanya. Lepas ni, masing2 akan ada anak sendiri pulak. Hepp tutup topik pasal anak =__=

Aku keluar semalam pakai baju kurung siott. Buang tebiat ke hape? Hak2 entah mengapa aku rasa macam aku sangat ayu semalam dengan sedikit sentuhan toncet beRIBBON besar di kepala. Dapat imagine tak? Tak payah imagine. Sebab dah sah lah aku nampak comel. Tengok ni~



Yang pakai topi MACAM ORANG NAK PERGI SAWAH tu ialah aku.
Konon comel la tu?

Tu cerita semalam. Outing yang sangat sekejap tapi menyeronokkan sebab aku duduk bersenang lenang je kat seat belakang. Naik kereta yang dipandu rakan sendiri adalah amat berbeza dengan menaiki kereta yang dipandu bersama family. Amat lain. Kalau dengan kawan, tiba2 rasa macam aku dah dewasa gile. Rasa macam aku nak lambai2 kat kereta sebelah sambil jerit, " Woi kereta ni member aku yang drive tau! " =__=

Ahhh aku dah lost idea nak blogging ni. Ayat aku skema gile untuk post kali ni. Apa masalah aku ni?!! Haihhhhhhhh.. bye

Im Touched :')


Wajah tersipu2 kat tutorial. Muahaha :D


Hai!! What a beautiful birthday. I love my A4 Family. You guys are amazing. Thanks a lot for the card, and the birthday song. Hehe tersipu2 malu tau i tadi ^_^ Kalau ada antara korang yang baca ni, aku nak ucap thanks. Hadiah yang amat simple lagi bermakna. Aku akan ingat sampai bila2. I love you guys :D



Kad yang precious :)


Present! :D

Semalam baru lepas celebrate my birthday dengan my beloved family. Terpaksa celebrate beberapa hari awal sebab my birthday falls on Tue. Tak apa, it's okay. Aku terharu okay. Setelah 7 tahun aku meraikan hari jadi tanpa meniup lilin, akhirnya semalam aku berjaya juga tiup sebatang lilin kat atas kek. Thanks my whole family :) Along janji akan balas balik jasa family dengan segulung Ijazah :) Oh btw, my bf are not there with me. Tak pe, i paham :)





Kek coklat yang YUMMY! :D


Eh nak bagitahu jugak, aku ada dapat hadiah paling bermakna tahu. Kire macam ole2 la sepanjang dua minggu aku tak balik Pandan Indah dan sebagai penguat semangat masa nak jawab test nanti. Hehehe..



Hadiah yang ditaja seterika rumah. Thanks sayang :)

Gedik

Entri malam ni gedik sikit. Btw sebelum aku proceed dengan kegedikan, aku nak kata terima kasih kat korang yang LIKE previous post aku sebelum ni. Ala yang title 'Kronologi' tu. Dapat 28 LIKES! Terkejut beruks aku masa tengok entry tadi. Apa yang korang suka sangat? :D
Bercerita tentang topik malam ni, aku tak tahu nak letak title apa. Aku rasa korang masih tak kenal aku siapa. Peh ayat bajet siod. Heh.. aku bukan macam budak-budak pompuan lain yang gilakan artis Korea, yang gilakan Fizz Fairuz, Abang Jejai, Sheikh Muzaphar.. No way. Aku suka jadi lain dari yang lain. Termasuk soal jodoh. Ditekankan di sini, aku tak suka lelaki kurus keding. Dan rancangan televisyen kegemaran aku ialah wrestling. So boleh bayangkan tak aku suka lelaki macam mana? Okeh la, tak dapat bayangkan eh? Ni la wrestler yang aku paling minat kat WWE lepas Jeff Hardy. Jeff Hardy dah kena kick dari WWE. So aku terpaksa jatuh hati kat Abang Randy Orton. Awwww...


Haip pandang atas je!

Tak dapat kapel dengan Abang Randy yang gagah perkasa, aku dapat pakwe yang lebih kurang gagah jugak lah. Tak kurus keding. Hihik gatal! Masa mula-mula kami kapel, my mum panggil dia Randy Orton. Apa-apa jelah mak aku ni. Padahal dia bukan tengok wrestling -.-

Tadi aku menonton perlawanan hebat antara abang Randy dengan abang John Cena. Suka gila match malam ni. Aku asik senyum je masa tengok abang Randy tadi. Peh angau ke hape? Tiba-tiba saya rindu kat abang Randy celup saya tu. Tak adalah sama sangat pun. Tang dagu je sama.


Dagu lekuk!
Aww2 pakwe ko hade?

Bilalah nak dating ni T___T

I Love My Baby

Chop!! *sambil buat tangan macam muncung burung* Baby yang aku maksudkan ialah my baby blog. Saya suka bila lihat blog saya membesar dengan sihat. Follower makin meningkat. Alhamdulillah, ada juga yang sudi follow blog picisan saya ni. Tengs u olzz :B

FYI, blog ni dah hampir setahun usia dia. Masa awal-awal blogging memanglah rasa noob gila. Tak pernah terpikir pun nak cantikkan blog macam blog korang yang meveles tu. Aku guna je template yg blogger bagi. Heh.. dan readers aku pun among my frens je. Kat situlah tempat aku nak mengutuk, kat situlah tempat aku nak menggedik. Tapi, sekarang tidak lagi kot.

Kalau korang perasan, kat Cute Profile aku sebelah ni, aku tak provide pun URL Facebook aku. Sorry guys, saya amat-amat jarang appove strangers. Buat masa sekarang frens kat FB saya tak sampai 350 orang. Tapi tu pun saya dah rasa ramai dan saya dalam proses nak remove lagi orang yang saya tak kenal. Especially guys. Tak, tak.. Aku bukanlah nak kata aku ni poyo sangat sebab memilih kawan. Tapi.. i need some space for my own privacy. Senang cerita, memang saya memilih kawan T___T

Hee tapi kamu semua jangan risau. Saya layan semua member blogger saya secara sama rata. Saya sayang kamu semua tau. Cuba pandang mata saya O.O Ikhlas kan? :B Huhu tapi kalau korang nak cari saya kat FB dan nak ajukan apa-apa pertanyaan tentang blog, kamu boleh je tanya kat Formspring saya. Atau tak pun LIKE my frenpage dan bersiap sedia dengan soalan anda. InsyaAllah, kalau ada masa, saya akan jawab soalan tu. Jangan risau, frenpage saya tu sunyi sepi. Takde orang pun *promote nampak?* Ehhmmm takde lah ^^


Roti Paul Sotong

Semalam saya muntah-muntah dan pening-pening. Kesian tak kat saya? Kesian kan. Haih ni lah dia kesan pembawakan budak (?) Haip! Bila masa pulak aku mengandung? Aish asal cerita pasal pening + muntah-muntah, mulalah pikir pregnant kan? Ehee apalah awak ni. Saya muntah-muntah sebab salah makan. Awak nak tahu saya makan apa sampai jadi macam ni? Saya makan Nini coklat celup-celup dengan keropok tomato Toki T__T Macam budak-budak kan haku ni. Uhmm rupanya aku dan Nini coklat celup-celup tak sehaluan. Lepas ni tak nak makan lagi. Pening kepala mengalahkan migrain. Rupa-rupanya tu petanda isi perut nak keluar dari mulut. Eiuww pengotor kau ni Ninie. Tampo kang.


Btw semalam aku jumpa Zed Zaidi *tiba-tiba tukar tajuk* Dia tengah shooting kat Axis Atrium. Saya nampak dia tengah beli bubble tea. Err tengah shooting, tapi beli bubble tea? Apa nih? Comel lah awak minum bubble tea. Saya pun suka bubble tea. Saya suka perisa watermelon. Awak pulak? Kapel dengan saya jom? :B


Hee saya segan nak bergambar dengan abang Zed sebab saya lupa pakai mekap. So saya dan dua kawan lain, Mimie dan Ecah berlegar membeli roti di Bread Talk ke Bread Story ntah. Lepas beli roti, pergi Carrefour. Security guard ni main kenyit-kenyit mata pulak dengan aku. Tempeleng kang tahulah kau.


Lepas tu semalam jugak aku mimpi aku curang dengan abang Randy. Aku dating dengan Shahir AF hoi! Woot2! Rasa macam tak nak bangun tidur. Wow abang Shahir sangat kacak. Saya dapat peluk abang Shahir dalam mimpi tu. Perut dia buncit. Wakaka kejam tau mimpi tu. Hehe takpe, saya memang suka orang buncit ni *tiba-tiba* Abang Randy jeles saya mimpi tu lepas tu abang Randy kata saya muntah-muntah sebab saya curang dengan Shahir. Peh preggy anak Shahir ke? Eh jangan bawak main. Kidding ok? Wartawan, jangan serang saya T___T



Paul kena sumpah jadi roti?? :O


Cara Jaga Rambut Style Orang Malas

Tajuk panjang bukan? Bhahaha.. hari ni otak saya tepu. Tak tahu nak tulis entry apa hari ni. Hm.. sumpah saya salute gila kat blogger yang sentiasa ada idea untuk menulis ni. Wu.. T__T Baiklah hari ni nak kongsi tips jaga rambut. Tapi style orang malas macam aku nih. Hehe sebenarnya segan tau bila ada yang puji rambut aku lawa. Bulat je O.O ?? Tengok ni dulu. Huhu nama terpaksa di blurkan untuk mengelakkan identiti diketahui kat FB *poyo kau ni. Haktuih*


Ayat macam tak boleh lagi skema kan aku nih T__T



Sebelum tidur rajin-rajinkan tangan sapu baby oil kat rambut. Memang rimas sebab rambut akan berminyak dan dia akan melekat macam hape-hape tapi untuk jangka masa panjang, rambut awak akan jadi lembut. Tak nak buat selalu pun takpe. Buatlah seminggu 2 kali ke..
Kalau boleh jangan rebonding rambut. Kalau nak jugak, pergi salon yang betul-betul professional. Sebelum ni aku pernah rebonding rambut. A few months later, rambut aku banyak gugur dan mengeras. Rambut pun jadi tak sekata sebab rambut aku yang baru tumbuh dia agak wavy. So dia nampak huduh sampai aku terpaksa pendekkan rambut T___T
Lepas mandi, elakkan sikat rambut masa rambut masih basah. Korang lap dulu rambut korang, tak pun bungkus rambut korang dalam 15 minit. Lepas tu rapikan rambut korang guna jari. Kalau korang punya rambut bob hair cut macam aku, korang bentukkan sikit hujung rambut tu biar bulat. Tehee~

Haha tu saje uolss.. Annoying kan dengan entry ni. Haha kan haku dah kata, ni style jaga rambut orang pemalas macam haku T___T Nak tips yang tiptop, boleh terjah blog ahkak cun yang masuk paper Kosmo semalam, Ailyl Rozanna. Blog dia banyak tips tau. Orangnya pun cun macam saya!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...