Tuesday, September 18, 2012

Dan Semester 3 Pun Bermula

Alhamdulillah, minggu pertama di semester 3 ni seronok dan menenangkan. Tapi kalau aku dapat kolej mesti lagi tenang. Sighhh apalah dosaku tak dapat kolej pulak sem ni. Classmate gegurl aku yang mohon kolej semua dapat. Aku pulak tercicir. Hangin satu badan aku dibuatnya. Tapi walaupun hangin, masih mampu mantain cool je depan orang. Sobss.. kesian kat Hazirah dan roommate beliau sebab terpaksa benarkan 'pelarian' ni tumpang. Haha choii pelarian katanyaaa.

Tapi tu bab kolej. InsyaAllah by this week mungkin boleh settle kot. Tengah tunggu open counter je ni. Harap dapatlah. Kali ni ittew promise kalau ittew dapat kolej ittew tamo lagiw kutuk toilet kolej yang ewww kotor ittew. Walaupun hakikatnya memang kotor dan berlendiaq *errgghhh* tapi aku tahan jelah. Zzz.. Maybe sem ni tak dapat kolej sebab aku kutuk kaw-kaw pasal masalah perpaipan toilet sem lepas. Wakakaka

Oh ya, sem 3 ni kelas aku dah tak kena buli. Hihiw.. Sem lepas jadual macam ape je. Dah lah kelas pun kat luar UiTM lepas tu gap kelas pun sikit. Petang Jumaat pulak ada kelas sampai pukul 7. Ni bukan tahap sedih, tapi dah boleh meraung dah. Tapi sebagai pelajar yang berwawasan, takmo la ponteng selalu walaupun habit memonteng aku ni tak boleh dikikis :D

Tapi la ni, jadual syiok gila lahaiii. Lepas tu ada yang kelas sebelah-sebelah je. Yeay inilah nama dia bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. See, permulaan yang agak menarik. Ye dak? Lecturer pun okay. Ramai yang muda-muda. Tak de lecturer yang boleh buatkan aku annoying macam lecturer sem lepas asdfjkl.


Warna-warni di Aidilfitri.
Wee syoknya jadual! :D


Haa sem ni ada third language. Aku ambik bahasa Korea! Tak pernah terlintas di fikiranku selama ni aku akan ambik bahasa ni. Masa akhir sem lepas bila member tanya pasal ni aku buat muka confident je kata nak ambik Mandarin. Tapi masa register course hari tu tiba-tiba dengan confident pilih Korea pulak. Sebab utama mestilah selalu sangat tengok Running Man. Alasan boleh diterima kan? Kononnya lepas belajar bahasa ni nanti bolehlah download raw video without subs. Hamboi tinggi angan-angan kau.

Kalau fikirkan market value, Korea ketinggalan dari Mandanrin dan Japan. Hmm yeke. Orang yang kata macam tu. Cheq tak tau. Tapi bagi aku, memandangkan aku dah tersuka pulak kat Korea kan, so why not belajar bahasa tu? Kalau aku minat dengan satu-satu benda insyaAllah boleh skor. Hihi doakan jela :3

Monday, September 10, 2012

KOLEKSI TERBARU KZNABIHAH BUTIK



Rasanya dah agak lama aku tak join mana-mana giveaway. Atau mungkin tak pernah langsung. Hehe kali ni nak cuba nasib. Aku jatuh hati pulak tengok pakaian yang dijual kat KZNabihah Boutique ni. Design yang up to date dan paling penting, warna yang ceria :D

Giveaway ni mudah saja. Nak tahu macam mana caranya? Jangan segan silu untuk jenguk website mereka okay? Mana tahu ada nasib boleh menang ke kan ;)


Antara hadiah untuk giveaway ni ialah:

1. Long Cardigan KZNabihah
2. Palazo printed leopard KZNabihah
3. Dress Adlena special design by KZNabihah



Tag 4 rakan:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...