Wednesday, October 31, 2012

Curang



Setelah hampir 6 tahun aku setia dengan Maxis, akhirnya beberapa hari lepas aku tekad untuk berpaling tadah kepada encik Celcom yang kacak berbaju biru. Nombor masih sama. Sayang nak tukar nombor baru. Tu yang gigih pergi Celcom centre semata-mata nak convert line ke Celcom.


Haa bulan Julai hari tu aku convert dari prepaid ke postpaid Maxis. Entah apa agaknya operator tu hembus masa call aku, tiba-tiba aku setuju pulak nak convert postpaid. Kononnya nak cuba la setakat mana boleh saving bila guna postpaid ni sebab aku ni dalam sebulan lebih RM 30 jugak topup.


3 bulan pertama guna postpaid aku enjoy lagilah sebab masa tu ada rebate RM 10. Maksudnya dia tolak RM 10 dari bil bulanan aku. Selain tu jugak, masa tu aku tengah cuti semester. So jaranglah guna phone untuk call dan SMS. Tapi masuk je semester baru, hah hambik. Belum cukup 30 hari guna kredit aku dah nak masuk RM 60. Mana sanggup aku nak bayar banyak-banyak. Grr cekik darah.


So 2 hari lepas aku pergi Maxis Centre nak tukar balik ke prepaid. Aku ingatkan bila tukar prepaid tak cas apa-apa. Rupanya tidak. Oh ya, nak tukar ke prepaid kena pergi Maxis Centre kat KLCC nun. Tempat lain tak boleh. Nampak tak permainan dia? Masa suruh ambik postpaid, tak payah suruh pun diorang sendiri carik aku. La ni nak terminate, susah payah merangkak ke KLCC. Wuu itu tipu. Di sini jutaan terima kasih saya ucapkan kepada ehem-ehem sebab sanggup hantarkan walaupun beliau pening kepala hari tu. Tapi sekarang gaduh dengan dia sebab hm adalah sebab dia :|


Ok sambung. Lepas tukar semula prepaid, dia bagi aku simkad baru. Kredit simkad tu hanya ada RM 0.40 je. Punyalah kedekut. Apa lagi, makin semangat la aku nak guna Celcom. So semalam aku pergi Maxis centre kat area rumah aku ni untuk bayar bil bulan lepas. Selesai bayar bil, aku pergi pulak Celcom centre. Betul-betul depan Maxis centre. Ngehh..


Pergi kaunter, isi borang. Lepas tu bayar RM 10 untuk simkad baru. Guess what? Dengan hanya RM 10, aku dapat topup RM 5! Huhu lebiu Celcom. Tak macam Maxis. Bayar RM 25, tapi kredit RM 0.40 je? -_-


Lepas 2 hari bekerja, baru aku boleh guna simkad Celcom ni. Last message aku terima dari Maxis,

"We acknowledge your request to move. Thank you for being with Maxis and we hope to serve you again in the future."


To serve again in future? Hm.. not anymore sebab aku rasa Celcom lagi jimat. Dah lama aku berhasrat nak tukar. Tapi asyik bertangguh je. Bila tukar Celcom ni, aku dapat 

Celcom-Celcom : 28sen/10min
Celcom-Other    : 28sen/5min
Celcom-Celcom :   1sen/SMS
Celcom-Other    :   5sen/SMS

Saturday, October 13, 2012

Third Language



Isnin ni dah masuk minggu ke-6 aku belajar third language. Huu English pun berterabur, lagi mau belajar third language kan. Fyi aku ambil bahasa Korea. Tapi aku bukannya K-pop lovers pun. Bila member bersembang pasal K-pop artists aku cuma mampu senyap dan duduk diam. Sedehhh~~ 

Oh ya, kalau ambil Mandarin atau Japan dorang belajar bercakap dulu. Lepas tu tak salah aku sem 2 atau sem 3 baru belajar menulis. Tapi untuk bahasa Korea tak. Kami kena belajar menulis, kenal dan hafal vowel dan consonant dia satu-satu. Lecturer kitorang target, by the end of this semester kitorang semua dah reti baca ayat dalam bahasa Korea ni. Tapi for sure lah tak paham maksud kan  T____T

Aku bolehlah sikit-sikit baca tulisan Korea ni. Tapi merangkaklah sebab asyik keliru je. Heheh.. minggu lepas aku belajar tulis nama sendiri. Eksaited  u know! Tulis besar-besar kat kertas lepas tu rasa nak tampal kat belakang badan. Konon Running Man letthew.


Anisse Syuhada :3


Bila dah reti tulis nama dalam Korea ni, terus tak hingin tulis nama sendiri guna roman alphabet. Semua notes aku tulis nama dalam bahasa Korea. Tapi disebabkan aku ni jenis keliru tak kena tempat, nama yang sepatutnya Anisse Syuhada jadi Anisse Jyiuhidi. Tettt ni semua sebab keliru dengan dorang punya consonant. Sighhh need to improve more.. -____-'


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...