Monday, December 31, 2012

Home Sweet Home

Lepas 3 minggu aku stay kat Shah Alam, hari Sabtu pagi baru aku balik rumah. Huu rindu dengan family, rindu dengan katil empuk, rindu nak merayau luangkan masa dengan family. Hee.. pagi Sabtu abah jemput lepas tu pergi rumah atok sebab tengah hari tu sepupu nikah. 


Le fat me with my mommy.


The next day ialah majlis sanding. Ramai sangat tetamu yang datang. Aku dengan sepupu yang lain jadi bridesmaid. Dalam 6 orang macam tu lah and semua pakai baju yang sama. Agak menarik perhatian orang jugaklah sebab bersepah budak-budak pempuan pakai baju sama. Dahlah muka kitorang lebih kurang. Haha.. semalam belum sempat majlis habis aku dah cabut balik rumah sebab crowded and panas sangat sampai aku rasa nak pitam. 


Le me with mommy and daddy


And finally.. today ialah hari bersama keluarga! Huhu seronottt sebab dah lama tak keluar ramai-ramai macam ni. Err ramai ke? Aku dua beradik dengan parents. And extra sorang ehem-ehem. Huhu tak plan pun nak ke Times Square. Aku main sebut je nak pergi situ sebab nak beli baju sebab baju aku banyak yang ketat. Memandangkan aku dah bertudung sekarang, kenalah pakai baju yang longgar. Tak gitu?


Le me with my lil bro

Le family

Le gift from le ehem-ehem 


Hari Khamis dah start final. Kena study betul-betul untuk naikkan semula pointer. Wish me luck!

Tuesday, December 25, 2012

Upsidedown of My Life

Finallyy aku berjaya jugak habiskan semester 3 aku. 14 weeks of this semester seems very short to me. Aku rasa aku banyak main-main dan err berfoya-foya? -..-  Mentang-mentang duduk luar kan sem ni, terus rasa remaja. 2 semester sebelum ni duduk kolej, life rasa agak terkongkong dengan aktiviti kolej yang so called wajib sebab nanti kupon tu digunakan untuk permohonan kolej semester depan yada-yada assdsfgkl.


Sem 4 nanti aku rasa macam nak stay duduk rumah sewa ni. Huhu bilik ada aircond uolss haruslah berat hati nak tinggalkan. Mama suruh aku duduk kolej sebab utama jimat kos, kedua senang dapat makanan sebab mama tahu anak dia ni jenis pelahap kuat melantak, ketiga nak hadkan aktiviti aku yang kuat merayau ni, dan keempat mestilah atas dasar keselamatan.


Tapi aku ni pulak, bila kolej dah tendang aku, aku malas dah nak mohon masuk semula. Dah la takde kupon so ada ke harapan nak dapat kolej? Kalau ada pun, kena usaha pergi open kaunter sem depan (tu pun kalau ada lah). Gaduh-gaduh dulu dengan orang kaunter yang poyo tu, baru dapat. Tu pun lepas tebalkan muka. Eee im not that kind of person. Sekali kena tendang, memang tak aku nak melutut mintak balik. Iskkk..


Dan oh ya my lovestory sangat complicated bila masuk semester ni. Pening kepala aku nak fikir. Tu la sekarang ni aku rasa macam malas gila nak update blog. Kebanyakan post semua aku post lagu yang ala-ala berkaitan gitew. Dengan harapan orang tertentu faham la apa yang aku cuba sampaikan. K.


Bermula sejak pertengahan semester hari tu, aku dah pakai tudung. Actually aku dah lama sebenarnya nak pakai tudung secara berterusan dan istiqamah. Tapi ada sesuatu yang menghalang. Sampailah something happen, (yang ni tak boleh bagitahu. Biarlah rahsia) someone jadi booster untuk aku segera bertudung. Hee at this point, aku tak adalah kata aku bertudung sebab orang suruh. Tak,tak.. Dia kira macam semangat aku la. Urghh apa aku tulis ni  T___T

Haaa kau. Sekali bila datang mood nak menulis, panjang berjela-jela karangan aku. Entah bila lagi la idea boleh datang mencurah-curah macam ni lagi  (╯°□°)╯︵ ┻━┻





Thursday, December 20, 2012

Never Forget



Our moments together,
I will keep them forever,
Our hearts must surrender.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...