Tuesday, December 31, 2013

Nak Cari Casing Handphone Lenovo, Xperia, HTC etc? MAI SINI!

Been hiatus for a month! Actually dah free dari sebarang assignments sejak last week lagi. Tapi entah kenapa mood nak update blog takde. Tapi kali ini demi untuk mempromosikan bisnes baru iols, iols pun hapdet la jugak. Ha tengok nampak sangat tak ikhlas hapdet!


Ok cerita dia macam ni, aku dah buka dua page di facebook iaitu Back To Basics dan Pure Hijabs. Tapi kedua-dua macam agak payah nak jalan. Maybe dah banyak saingan kot. Stok tudung kat tangan aku ni pun semput nak menghabiskan. Ni tak laku siapa pulak nak pakai? Haa tapi walau bagaimanapun saya tidak berputus asa. Saya cuba cabang baru perniagaan. Apa pulak yang aku jual kali ni?


Machiam cantik je, machiam chomel je casing ittew


Aku dah tukar handphone baru. Yeay! Tapi handphone ni susah sangat nak jumpa casing cecantik. Sejak aku guna Samsung Wonder lagi aku sibuk cari casing British ni tapi tak jumpa. Kali ni macam mana boleh jumpa? Beli kat Times Square ke? Eh takde lah. Ni aku beli terus dari China. Murah pun murah. Hihi kalau korang pun payah nak jumpa casing cecomel untuk handphone korang, meh follow instashop @my_honeycase @my_honeycase @my_honeycase


Korang pakai Lenovo? Xperia? HTC? Huawei? Eh takde masalah la. Semua ada kat situ. Request jela model apa korang nak. Mesti ada punya casing untuk handphone korang. Kecuali Ninetology. Eh tadi kata semua ada? Ape ni, ape ni. Dah malas nak cerita banyak. Meh kita usha gambar.

Ni order aku sendiri.


Ni 1st batch order.


Sony Xperia Acro S


Blackberry 9320


HTC Incredible S


Huawei y300-0100


Lenovo S820


Samsung Galaxy Trend


NOTA KAKI:
1) Semua casing bukan custom made.
2) Design untuk setiap model memang dah fix. So jgn request corak casing A kat casing B. Pahe dok?
3) Semua casing ialah pre-order. Order submit setiap hari Sabtu pada supplier di China.


Jom serbu instashop:


Saturday, November 16, 2013

Review: TonyMoly Appletox

Assalamualaikum dan hai! Almost 1 month blog tak terupdate. Malas sangat nak menaip sekarang ni. So now I am back with my sloppy review. Heheh last week aku menghabiskan duit dengan beli barang-barang comel ini. Dah lama aim mereka. Sekarang baru makbul hasrat. 


Mulanya keliru nak ambil Appletox ke Tomatox. Lepas puas fikir, akhirnya beli Appletox dan untuk Tomatox aku just beli sample je. Bila roommate tanya kenapa tak beli Tomatox? Aku jawab aku dah cukup putih. Tak nak putih lagi. Huk aloh alasan. Rasa nak sepak je. So untuk entry kali ni, aku nak cerita pasal Appletox ya kawan-kawan. Kalau sesiapa yang masih tak kenal Appletox, bentuk dia ialah epal hijau bawah ni. Nampak macam boleh dimakan. Tapi kalau nak gigi bersepai, please give it a try. Huehue


Love all these! Kalau dah namanya perempuan, ni lah dia kerjanya.


Product information:
Green apple extract Minerals(Mg, Fe), Vit(A,E,B1,B6,C) maintain skin's natural firmness and brightness. Highly effective  on exfoliate, AHA (Alpha Hydroxy Acid) AHA accelerates skin's exfoliate process. Acid loosens the bind between skin and dead cells, soothing the outer skin maintain fresh and silky.

Usage:
After cleansing, dry the skin and apply generously to dry areas to all over the face, avoiding eye and mouth area. Gently massage for 1-2 minutes and leave for 30 seconds. Gently rub your face in a circular motion and wash off in tepid water.

Tengok dead skin tu macam menarik je kan? Haha


How it looks on me. 


My review:
Bau dia macam epal tapi agak artificial sikit baunya. Tak ada lah sampai buatkan aku rasa nak jilat cream tu -..- Tak seperti Tomatox dan Red Appletox, Appletox ni dia tak ada spatula. Terpaksalah colek jari dalam bekas tu. So sebelum guna make sure jari betul-betul bersih. Appletox ni function dia untuk tanggalkan sel kulit mati dengan cara lembut (?). Masa korang gosok muka untuk exfoliate dead skin tu, tak rasa sakit langsung. Lagi eksaited ada lah bila tengok hasil kulit mati yang luruh macam salji tu :D Hasil lepas pakai, muka jadi supersoft dan lembap. Tapi bagi aku macam ada rasa berminyak sikit dan agak tak selesa. Bagi aku lah. Bagi orang lain aku tak tahu.

Cara aku guna:
1) Bersihkan muka dengan pencuci muka fav korang.
2) Colek sikit Appletox dan sapukan rata-rata ke muka. Tak payah tebal sangat sapu tu.
3) Biarkan muka dalam 1-3 minit. Ni step wajib. Kalau tak, tak dapatlah hasil snow tu. Hehe
4) Bila kering, gosok perlahan-lahan muka korang. Gosok sampai semua dead skin tu hilang.
5) Cuci muka dengan air bersih.
6) Keringkan muka dengan towel
7) Hadap cermin dan tiliklah muka korang puas-puas.

Nak beli lagi ke in future?
Entahlah. Bagi aku biasa-biasa je Appletox ni. Kalau awak betul-betul beauty junkie, mungkin Appletox ni akan jadi favorite awak sebab mostly beauty blogger suka dengan Appletox berbanding Tomatox dan Red Appletox.

Rating:
3.5/5

Price:
RM 50

Beli di:

Wednesday, October 16, 2013

Taman Botani

Assalamualaikum! Dalam 3 minggu lebih juga aku tak update blog pasal diri sendiri. Previous post dok sibuk sembang dan promote aku punya new FB shop yang jual tudung tu. Bagi sesiapa yang tak baca entry tu lagi, ni ha nama page tu Pure Hijabs. Buat masa ni ada la dalam 5 koleksi tudung aku update kat situ. Huhu ok dah cukup tutup cerita pasal kedai tudung aku tu. La ni nak cerita pasal aktiviti yang aku buat minggu lepas dengan kawan aku.


Kitorang memang dah plan nak merayau minggu tu lepas habis kelas tapi tak tahu destinasi mana nak pergi. Macam-macam tempat jugak aku cadangkan last-last pilih untuk ke Taman Botani Putrajaya. Aku pergi dengan makcik Nisa ni ha. Then lagi 2 orang anak ikan belaan beliau. Kahkah yang sorang anak ikan tu hensem. Choii mohon zip mulut anis!


Nak tunjuk background Masjid Besi Putrajaya. Takde niat pun nak menunjuk ibadah.
Wahh gitewww caption kau.


Ha ni baru betul nak tunjukkan keindahan masjid :')


Yang ni, keindahan cermin maybe?




Gerak dari kampus pukul 11.30 lepas tu uruskan macam-macam hal solat, mekap, makan pungpang pungpang semua pukul 4 baru sampai Taman Botani. Kami ada masa sejam je nak round Taman Botani tu sebab taman tutup pukul 5. Hek eleh tak remaja betul tutup awal. Lol.. Untuk jimat tenaga dan masa (actually nak main-main sebenarnya) kami sewa basikal. 1 jam RM 2. Just nice la dengan timing kami sampai tu. Nisa dengan lagi 2 budak tu ambil mountain bike. Aku?


Oloh pink gitu. Kat seat belakang tu aku selit map Taman Botani.
"Akhirnya ada jugak penumpang kau, Shu" - Nisa. FINE.


 Sebelum kayuh kita pose dulu


Gambar ni agak suspicious sebab tiba-tiba dua2 tutup mulut O.o


Aku tak tahu apa nama tempat ni. Huahua


Syok sendiri 1


Syok sendiri 2


Aku suka gambar ni sebab nampak macam terencat. Kahkah


Aku rasa gambar ni artistik. K


Motif pandang atas? Oh ni pun artistik jugak. Hewhew










View kat sini cantik! Kecuali makcik 2 orang tu




Anak ikan 1. Wink2 hensem. Kuikui ;)


Anak ikan 2. Pandai ambil gambar kasi lawa bah.


Ok tu saja cerita di Taman Botani. Gambar kat atas mungkin akan membuatkan orang fikir bosan gila Taman Botani tu. Haha tolong jangan salah faham. Sebab kekangan masa, kami tak dapat nak masuk semua ceruk. Kami just ikut laluan trek basikal a.k.a tepi tasik je sebab nak cepat. Mengah dan berpeluh jugaklah mengayuh basikal kat situ. Dah lah pakai seluar jeans. Memang carik pasal. Esoknya terus demam dan ponteng semua kelas. Padan muka aku. Hewhew ok next tempat merayau mungkin Taman Rama-Rama pulak. Ok tu je bye!



Sunday, October 13, 2013

Glitter Glam

Assalamualaikum dan hai! Sekarang ni musim glitter shawl kan? Kali ni Pure Hijabs update 3 jenis shawl berkilau yang sangat cantik dan awesome! Susah nak dapat kat luar sebab ni pattern baru. Hehe stok pun limited saya ambik. First come first serve okay. 

LECKAA merupakan colour block glitter shawl. Sangat cantik bila dipadankan dengan jubah hitam. Pakai bila pergi dinner sangatlah cun! Harga RM 30 sahaja.



GALIAA pula ialah bawal glitter. Pada sesiapa yang tak reti nak lilit shawl, bolehlah beli shawl ni. Harga pun murah. RM 25 sahaja!



SHIMAA shawl paling best! So far payah nak jumpa mana-mana shop yang jual shimmer shawl macam ni. Gerenti orang akan tanya beli kat mana bila kita pakai nanti. Harga RM 35.




Sunday, September 29, 2013

Pure Hijabs by Ninie

Assalamualaikum! Hai kali ni aku lauch new FB page. Hehe kali ni page yang khas untuk hijabs and insyaAllah more clothing in future. Back To Basics masih beroperasi seperti biasa dan page tu aku khaskan untuk aksesori, kasut, wallet, mekap dan contact lens. So untuk my new baby ni aku namakan Pure Hijabs by Ninie. Ekceli nama page tu Pure Hijabs je. Yang 'by Ninie' tu aku saja mengada tambah. Yela bila lagi nak guna nick tu kan. Ni jelah peluang nak komersilkan nama Ninie. Huahua~ Dan model pun insyaAllah aku jugak. Ok double huahua. Pfttt.. =.=*


So bawah ni antara image my new shop. Heheh so jemputlah singgah ye :D








Official logo

Sunday, September 22, 2013

#whatpubertydidtome

Found an epic picture of me and decided to compare myself from 9 years ago with the current one. Ya ampunnn ni bukan gambar testimonial Aurawhite ke Beutskin atau apa-apa yea anak-anak. Haha ni wajah kat IC aku masa umur 12 tahun. Nasib baik aku ada snap gambar rare ni sebab IC lama tu aku dah ganti baru. Tak sanggup weh nak guna IC umur 12 tahun sebab dasyat sangat muka dalam tu.


Aku ingat lagi masa mula-mula dapat IC tu aku rasa nak je patahkan dan buat baru sebab aku sendiri tak percaya muka aku sedahsyat tu. Tiap kali cikgu mintak salinan IC, aku rasa berat hati sangat-sangat nak tayang muka IC aku. Hmm dan yang paling aku tak boleh lupa waktu aku SPM. Kan IC kena letak kat bucu meja. Ada sorang pengawas lelaki ni dia pusing-pusing kelas dan tiba-tiba dia stop kat meja aku. Dia belek IC aku lepas tu dia tenung muka aku. Tak percaya lettew muka iols dah lawa. Kahkahkah nasib baik ada slip peperiksaan. Kalau tak aku dah kena tuduh menipu ke camne nanti. Haha


So bila umur masuk je 18, cepat-cepat aku ajak parents pergi tukar IC. Yang baru ni walaupun tak de la selawa mana, tapi senonoh jugaklah muka tu. Ada la sikit muka yang sekarang ni. Daripada muka umur 12 tahun yang berdahi luas, mata sepet, bibir tebal tu. 


#whatpubertydidtome



Sunday, September 15, 2013

Review: Bio-Essence Bio Multi-Effect BB Cream




Assalamualaikum. Panjang sangat nama barang kali ni haha. Aku sendiri ingat-ingat lupa apa nama penuh BB cream ni sebenarnya. Okay sebelum aku guna produk Dnars, boleh dikatakan tiap-tiap hari aku guna BB cream Maybelline. BB cream ni best sebab apa tau. Sebab kalau kau pemalas macam aku, benda alah ni sangatlah sesuai sebab BB cream ni je dah boleh jadi foundation, concealer, sunblock, moisturiser, oil control, healing properties, dan macam-macam lagi lah. Tapi bila aku dah start guna krim siang Dnars, aku malas dah nak pakai BB cream sebab tak selesa muka rasa tebal 3 inci dengan macam-macam jenis produk -..-


Tapi aku naik sem hari tu roommate aku nak let go 2 jenis BB cream kat aku sebab dia tak pakai. Dia jual BB cream dari Maybelline dan Bio-Essence dengan harga RM 15 only. Yang Maybelline tu aku dah pernah guna. So kali ni aku nak try yang Bio-Essence tu pulak. Apa yang aku boleh kata dengan BB cream Bio-Essence ni ialah coverage dia best gila dan bau dia wangi. Texture dia agak likat. FYI, BB cream ni cuma ada 1 shade je. Masa aku mula-mula picit tu, risau jugak sebab warna dia macam gelap sikit dari warna kulit aku. Tapi bila dah sapu kat muka, dia naturally blend dengan warna asal kulit kita. Tapi bila terlebih sapu, muka jadi terlebih putih pulak. Lols aku la tu mengada pi picit banyak-banyak pehal.





Tak seperti BB cream Maybelline, BB cream Bio-Essence ni dia tak terlampau sheer. So dia mampu cover blemishes kat muka bagi muka nampak flawless gicheww. Disebabkan coverage BB cream Bio-Essence yang superbest ni, aku google la harga dia sebab berkenan nak beli lagi next time. Tapi bila dah tahu harga, erk RM 57.90 luls mahalnyew. Aku rasa kalau roommate aku tak kenalkan aku dengan BB cream ni, aku pun tak hingin beli sebab mahal sangat. Choi nampak sangat kau ni kedekut Anis. Bhahaha yela nice quality product haruslah a lil bit pricey. Ye dak?




Oh ya, Bio-Essence ada lagi 2 jenis BB cream yang lain iaitu Bio Platinum dengan Aqua BB Cream. Aku jumpa Bio Platinum kat farmasi hari tu dan harga dia dalam RM 70++ Function setiap BB cream ni berbeza tau.

Bio Platinum untuk whitening
Aqua untuk melembabkan kulit
Bio Multi-Effect untuk flawless skin

Tuesday, September 10, 2013

Hari Pertama

Keadaan bilik baru. Wee new teddy >.<


Assalamualaikum. Sekarang aku dah kembali menginap di rumah sewa setelah ditendang keluar oleh pihak kolej untuk kedua kalinya. Lol dah lah. Kali ni memang stay luar terus sampai habis degree. Hmm sem ni dah kena buat proposal untuk fiinal year project. Malasnya lahaii.. Kadang-kadang tu rasa macam tak nak membesar je. Tiba-tiba rasa nak masuk sekolah menengah balik belajar bio -.-'  Ha tengok mulalah tu nak meratapi kebahagiaan masa silam. Maaf anis, dah terlambat sangat untuk menyesal. Hm okay that's all. Cuma mampu berdoa dan berharap agar semester ni menjanjikan kebahagiaan buat aku. Kebahagian in term of everything la. Ehm ehm ok bye :/


Muka tak ikhlas masuk sem 5


Sunday, September 08, 2013

Catalyst VCO: Berkesan ke?




Assalamualaikum. Baru-baru ni entah kenapa aku tiba-tiba tergerak hati nak makan Minyak Kelapa Dara atau lebih famous dipanggil Virgin Coconut Oil (VCO) dalam bahasa Jawanya. Haha banyak kali juga nampak online shop yang jual VCO ni tapi masa tu aku tak rasa berminat nak mencuba. Tapi minggu lepas dalam pada aku bosan online tak tahu buat apa, so aku pun Google la kebaikan VCO ni. Jom kita check sama-sama khasiat VCO:

Untuk kegunaan luaran :
1 . Dapat membantu mengurangkan berat badan
2 . Menghasilkan tenaga segera&sentiasa segar
3 . Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit
4 . Sangat bagus untuk masalah jerawat&jeragat serta parut2 lama
5 . Mengatasi masalah kulit berminyak
6 . Mengatasi masalah sakit kulit pada kemaluan(masalah keputihan)
7. Menghilangkan panau/ strechmark sebelum/selepas bersalin
8. Mendapatkan berat badan ideal bagi org yang sangat kurus
9. Melebatkan dan Mempercepatkan pertumbuhan rambut.
10. Menghilangkan kelelmumur/ gatal2 dikepala/ rambur gugur.
11. Boleh sapu di di bekas-bekas jerawat / luka / melecur / ruam

 Untuk kegunaan dalaman :
1 . Mencegah risiko penyakit jantung&kadar kolestrol yg tinggi
2 . Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino
3 . Melegakan pernafasan
4 . Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
5 . Mengurangkan keadaan mudah lapar
6 . Melancarkan kitaran haid& menyeimbangkan hormon
7 . Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami-isteri
8 . Memperbaiki kandungan asid dalam rahim
9 . Mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin
10 . Amat baik bagi mengatasi masalah MONOPOS bagi kaum wanita(memperlambatkan proses)
11. Menghilangkan masalah sengugut
12. Sebagai Milk booster (membanyakkan susu ibu )
13. Kandungan Asid Laurik dalam VCO sangat baik untuk mencegah virus dan bakteria untuk menyerang ibu dan anak
14 .Memudahkan bersalin(pengambilan minyak kelapa merupakan antara petua untuk memudahkan proses kelahiran. Ia juga boleh mengelakkan jaundice kepada baby.
15. meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
16. melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetes
17. mengurangkan stress pada pankreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh
18. meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat.
19. melindungi diri dari serangan osteoprosis (proses pereputan tulang)
20. mencegah risiko sakit jantung
21. mencegah atherosclerosis (penyempitan saluran darah akibat lemak terkumpul) dan strok
22. membantu menurunkan tekanan darah tinggi


Tak rasa macam terlampau banyak ke khasiat dia? Haha ni pun aku main copypaste tanpa baca semua. Malas! Tapi antara kebaikan yang menarik perhatian aku haruslah yang nombor 1 iaitu menguruskan badan. Kehkeh pandai diorang tarik perhatian pelanggan gemuk macam aku ni. Hewhew.. selain tu juga aku tertarik dengan khasiat VCO yang kononnya mampu menghasilkan tenaga, melembutkan kulit dan menghilangkan rambut gugur. 


Aku perlukan semua tu lagi-lagi yang membuatkan diri sentiasa segar tu. Sebab next week aku dah start kelas dan kelas pulak banyak yang pukul 2 sampai 6 petang yang merupakan waktu aku paling lemau. Zzz so I really need something to maintain my stamina. So let see next week sama ada VCO ni mampu ke tak buatkan aku kekal bertenaga sampai habis kelas. Heh..


Banyak juga review yang aku baca mengatakan VCO ni boleh melembutkan kulit. Yes, luaran aku dah pakai Dnars. Dalaman mestilah nak kena topup supplement pulak kan. Niat asal nak makan Beutskin. Tapi mahal bebenor tak mampu iols nak tanggung. Luls so kita pilih yang murah ek. Aku nak tengok mampu ke tak VCO ni melembutkan kulit aku dan paling penting, kurangkan masalah rambut gugur aku ni.


Aku dah beli Selasa lepas dan ada la dalam 4 hari aku makan VCO ni. So far belum ada any visible changes. InsyaAllah dalam sebulan baru nampak kesan kot? Hm okay takpe kita positif. Harga RM 39.90 sebotol. Ok kali ni aku tak jual dan tak promote FB page sendiri lagi. Haha kalau nak beli ni boleh ke page Catalyst Virgin Coconut Oil. Banyak lagi produk Catalyst yang dijual di situ. Mohon singgah ye :D


Friday, September 06, 2013

My Favourite Wallet ♥

Assalamualaikum dan hola people! Today nak cerita pasal wallet yang aku dapat baru-baru ni. Cantik gila habaq hang. Sebelum ni boleh dikatakan aku ni bukan penggemar wallet panjang sebab aku selalu dimomokkan dengan kejadian ragut yang berleluasa kat area perumahan aku ni. Lagi-lagi mama aku tak galakkan aku bawak sling bag bila jalan kaki sorang-sorang. So aku agak terbiasa dengan wallet kecik yang jenis boleh sumbat masuk dalam poket ni. Senang jalan lenggang kangkung je. Peragut pun tak ada masa nak jeling tengok aku kot-kot ada rumput handbag yang boleh diragut.


Bila aku zaman sekolah dulu aku mampulah nak maintain wallet kecik cenonet macam tu sebab bila umur bawah 17 aku tak pegang banyak kad. Kalau ada kad time tu pun cuma IC je. Tapi bila habis je SPM, macam-macam jenis kad aku kena pegang. IC, lesen kereta sampai 3 (L,P,kompeten) dan kad Bank Islam. Time ni pun wallet kecik aku dah mula merekah. Lagi pulak aku ni suka sangat kumpul syiling. Luls memang koyak la kan. Nak tengok wallet kecik aku macam mana?


Pejam mata je tengok bantal busuk tu k. Ahakk yang warna biru gambar kartun tu wallet iols :3


Dah lah wallet kecik, gambar kartun pulak tu. Aku tak tahu macam mana aku boleh buat muka selamba keluarkan wallet ni time beli makanan waktu aku asasi dulu. Tak fashionable langsung  T__T  Bila agak-agak wallet biru tu dah tak mampu tampung kad-kad semua tu, aku beralih ke wallet panjang. Take time juga nak sesuaikan diri dengan wallet panjang ni sebab tak muat masuk poket kan. Lepas tu tiap kali keluar sekarang ni pun kena bawak handbag. Seriau je rasa bila jalan sorang-sorang nak pergi LRT  T__T


Malangnya wallet panjang tu pun tak mampu nak tampung kad aku yang banyak bertingkek-tingkek ni. Haizz wallet kembung dengan kad je. Kahkah kali ni dengan kad Maybank, Watsons membercard, student card bla3 tak larat nak list. Huhu so beli lagi wallet baru dan yang paling baru ni sumpah cantik gila! Dan compartment untuk kad pun memang banyak gila! Dah la warna pun ya ampun comelnyaa. Hehe sayang sangat wallet ni 


Different compartment for cards and money

Warna pilihan aku. Sweet kan?


Real look on my hand. Cantik gila okay!


 Bahagian kad


Bahagian duit




Secara keseluruhan, aku sangat berpuas hati dengan wallet ni. Bila aku tunjuk kat kawan-kawan semua kata comel dan kagum sebab ada different compartment untuk duit dan card. Seriously awesome kan. Mana nak jumpa wallet cantik macam ni kat luar. Tell me. Huhu harga RM 40 sahaja. Banyak lagi warna yang available. Dan ada jugak design lain yang comel-comel. But so far, this one aku tak jumpa lagi kat luar. So apa lagi? Tak teringin ke nak ada wallet yang.. haih aku tak larat nak puji lagi ni. Huhu jom beli kat FB shop saya:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...