Wednesday, January 02, 2013

Aktiviti di Rumah Sewa

Dulu pernahlah bercita-cita nak bela hedgehog sebab bila tengok gambar-gambar mereka rasa geram je. Rasa nak picit-picit je tubuh mereka yang gempal itu. Haha.. tapi dah nama pun hedgehog, so badan dorang mestilah berduri. 


Tapi aku selalu tengok owner dorang pegang hedgehog rileks je. Macam tak sakit langsung bila letak hedgehog kat tapak tangan. Sampai aku pun terfikir, "Oh rasanya tu bukan duri. Mungkin duri tu lembut je macam bulu (?)"  Aku siap gaduh-gaduh lagi dengan adik sebab nak mempertahankan pendapat aku bahawa duri hedhehog ialah selembut bulu! =.="


So bila iols duduk di rumah sewa ni, adalah member bela hedgehog yang diberi nama Snogurt. Im so excited sebab first time hoi tengok hedgehog depan mata. Dalam kepala dah berangan nak pegang hedgehog tu lepas tu ambik gambar dengan dia dan letak kat FB. Tapi malangnya aku ni pengecut. Hedgehog member aku ni dia perengus sikit. Pantang terkejut habis tercacak duri dia. Ha kalau dah macam tu, acane pulak aku nak angkat? Mampu tengok jelah.


Yang buatkan aku sedih, dua member aku ni boleh je angkat-angkat and lambung-lambung lagi si Snogurt ni. Yang aku pulak, terkebil-kebil tengok. So hedgehog dah kena blacklist jadi haiwan peliharaan aku sebab aku pengecut. Kahkahkah


Cinnamon hedgie. Haha Snogurt kena bulii! xD


Oh ya sekarang Snogurt ada kawan tau. Snogurt ni jantan so kawan dia haruslah betina sebab nak dapat baby yang comel-comel. Ehm kalau dapat baby, aku beranilah kot nak gentel sebab kecik kan. Eee jahatnya aku. Bini Snogurt ni tak ada nama yang official lagi. Aku suruh letak nama Tutti. Yang member aku pulak nak letak nama Hazel, Choco, Choket and Snogurmok -.-'


 Ice breaking session.


Dah semakin mesra :3


Selain hedgehog, ada lagi binatang baru yang dibawa masuk iaitu 2 ekor hamster Roborovski betina yang diberi nama Kit dan Kat. Hehe kalau hamster ni memang favourite aku la sebab mereka kecik dan comel. Rasa nak picit je. Kit Kat ni lasak tau. Susah nak tangkap. So solution dia kena guna dua tangan. Mula-mula kena penyekkan dulu badan dia untuk elak dia melepaskan diri. Lepas tu satu tangan lagi baru angkat. Walaupun dorang ni lasak, tapi bila dah atas tangan rileks je tak bergerak. Comel gilaa! Dah lah hidung warna pink. Rasa nak kish je. Hewhew..


Atototot tomeiii~


Gambar 2nd and 4th tu tangan aku. Kejam betul cara aku pegang T__T



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...