Sunday, January 27, 2013

Food I Gonna Miss

Assalamualaikum~ Cuti semester aku dah pun bermula. Permulaan cuti semester kali ini dimulakan dengan aktiviti topup tidur. Heheh nak kata aku selalu stay up masa final exam hari tu la kiranya padahal non hado jelah. Topup tidur ni lebih kepada hawa nafsu je sebenarnya.


Mama kata sekarang ni aku dah makin gemuk. Adik aku makin kurus, aku pulak sebaliknya. Adakah semua lemak-lemak adik aku dah kena transfer kat aku? Hmm no idea. Tapi yang aku pasti, sejak aku tak duduk kolej ni selera makan aku menjadi-jadi. Yelah, kalau duduk kolej mana boleh keluar carik makan lepas pukul 11 malam. Bila duduk luar ni sumpah heaven gila. Kalau pukul 2 pagi agak-agak teringin nak makan tosai, just halo-halo je kat member suruh teman and wallah dapat makan tosai pada pukul 2 pagi. Wuu nikmat sangat uols  T3T




Kecoq lioq hoi tengok gambar kuey tiaw kungfu ni. Kueytiaw ni aku makan dengan roommate aku pukul 11.30 malam. Kedainya memang betul-betul bawah rumah sewa aku. Oh ya, aku menyewa kat townhouse. Kedai ni memang sedaplah. Even member aku yang ambil course kulinari pun mengaku akan kesedapan makanan kat kedai ni. Hehe.. 


Tentang harga, agak mahal bagi seorang student. Tapi worth it sebab kuantiti banyak. Ehm aku rasa kalau nak makan dalam kuantiti yang banyak kena datang waktu kedai hampir nak tutup. Sebab ada sekali aku datang pukul 8 malam, dapat sikit je. Ni kat gambar atas ni kueytiaw banyak gila dan udang 10 ekor. Nikmat kan? Huehue~




Imma big fan of Big Apple right now. Start duduk luar ni la baru aku kenal dan merasa Big Apple ni. Selama ni selalu je dengar member mengidam nak makan Big Apple tapi aku buat dek je sebab aku bukan heran pun dengan donut ni. Bagi aku rasa Big Apple dengan Dunkin Donut lebih kurang je. Aku pun tak la gemar dengan Dunkin Donut sebab muak. Tapi Big Apple is a big no no. Kotak yang 6 bijik donut tu aku boleh habiskan sorang-sorang. Fav aku ialah Wakeup Wally, Ono Oreo dengan Say Cheese. OMG im drooling right now. Haizzz dah lah kat area rumah aku sekarang ni susah nak carik Big Apple :'(




Duwian Cwepe yang dibeli oleh roommate. Aku tumpang makan sebijik. Heheh dua-dua kotak ni beli kat  kedai yang berbeza kat DC. Sekotak RM 5.50. Bagi aku si durian lovers ni, ehm biasa-biasa je rasa dia. Tak ada rasa special yang membuatkan aku nak ambik lagi seketul. Isi durian dia tak manis. So tettt blacklist Durian Crepe DC. 


Jadi inilah dia makanan yang aku akan rindu bila duduk rumah ni. Rasa seronok sebab dapat roommate yang suka makan macam aku. Cuma bezanya kitorang, dia makan banyak pun maintain kurus. Aku ni makan banyak semakin gemuk. What to do.. baka berbeza  T___T


2 comments:

  1. ahh bila balik mlysia,rasa teringin nk mkn durian crepe tu sbb duk tgok org asyik post psl bende tuuu huhu

    ReplyDelete
  2. mira! lama tak dgr cerita. jarang update blog skrg ye. hehe cpt2 la balik malaysia. durian crepe mmg hot skrg ni ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...