Wednesday, January 30, 2013

Produk Kesihatan?

Assalamualaikum dan selamat pagi. Wahh dah lama rasanya aku tak bangun awal pagi macam ni. Haha lain macam ayat. Dalam erti kata lain, selama cuti ni aku selalu bangun lewat. Hehe it's a good feeling you know wake up early in the morning *Yelah anis, yelah* Hari ni mula dengan azam baru. Uik lambatnya azam tahun 2013 aku? Tapi tak mengapa. It's better late than never kan kan??





So rutin pagi ni dimulakan dengan follow parents pergi hantar kuih kat kafe. Aku memang babygirl mama dengan abah. Mana dorang pergi aku follow je. Kadang-kadang aku macam tak percaya umur aku dah 21 -.-'  Lepas tu dorang bawak aku makan Mee Goreng kat kedai mamak sebab aku dah berapa hari mengidam nak makan Mee Goreng. 


Semalam pukul 12 malam boleh aku pergi ratah Maggi mentah campur serbuk kari. Tak cukup tu aku balun pulak 2 ekor ikan kembung goreng. Terkejut mama tengok aku selongkar dapur malam tadi. So acane tak gemuk kalau pukul 12 malam pun aku nak mencekik jugak? 


Jadi pagi ni, lepas mandi aku selongkar almari dan jumpa semula korset yang aku pernah beli online beberapa bulan lepas. Masa mula-mula beli aku semangat pakai. Seminggu straight pakai tak basuh-basuh. Punyalah semangat khenn. Tapi lepas dah cuci, terbiar elok dalam almari. 

Wootwoot cekci nyerrr


Aku beli slimming suit ni RM 40 hokeh? Macam mana mama tak bising. Beli mahal mahal bukan nak pakai. Well as you can see, slimming suit ni untuk satu badan. Sebab apa aku kata leceh bila pakai slimming suit ni? Aku sarankan kalian teliti betul-betul struktur slimming suit ni macam mana. Aku nak cerita pun rasa malu je. Ahaha.. Dia ada 2 saiz tau. Aku beli saiz yang macam model atas ni pakai. Ecehh jangan haraplah badan aku kurus lentik macam dorang atas ni. Actually slimming suit ni bukan ketat mana pun.


Masa aku mula-mula order punyalah risau kalau tak muat. Sekali pakai hek eleh macam baju mandi. Stretchable gila. So aku agak ragu-ragu jugaklah dengan keberkesanan benda ni. Hmm..





Sebelum aku pakai slimming suit ni aku sapu dulu losyen yang amat hot sekarang ni iaitu Felinna Inchloss. Baca testimoni kemain lagi hilang 4 kg dalam seminggu. Tapi ni dekat 2 minggu aku pakai tak berubah pape pun. Tapi aku masih positif. Sebab apa positif? Sebabnya aku berjaya mendapatkan losyen ni dengan harga murah. Half bottle harga RM 15. Haha serious happy and I'm very lucky. 


Kalau ikutkan harga sebenar dia RM 75 sebotol. Jangan haraplah kan aku nak beli barang mahal macam tu. Walaupun aku ni suka beli benda bukan-bukan, aku masih ambil kira soal harga. Disebabkan harga losyen yang murah, aku takde rasa terkilan sangat bila takde perubahan. Tapi apa yang aku suka pasal losyen ni dia amat wangi! So sekarang ni aku sapu losyen bukan sebab nak hapuskan lemak, tapi sebab nak badan wangi. Huhu :3





Lepas siap berpakaian semua, aku menuju ke dapur. Kali ni aku minum 2 sudu Bodymate Collagen Juice. Dah half bottle aku minum. Katanya hari-hari akan membuang bila ambil juice ni. Tapi nothing happen to me. Masih sembelit seperti biasa. Selain tu, kolagen ni boleh buatkan perut rasa kenyang. Tapi selera aku masih besar macam biasa  T___T  


Yang luar biasanya, masa mula-mula aku ambil juice ni aku 3 hari straight aku selsema dan batuk. Selama ni aku tak pernah selsema dan batuk seteruk tu. Aku assume maybe effect juice. Tapi seller yang jual juice ni kata kat aku juice ni tak ada healing effect. Habis tu apa yang berlaku kat aku sebenarnya? Oh ya, aku ada resdung dan boleh dikatakan setiap pagi aku mesti akan selsema. Tapi lepas aku selsema teruk hari tu, Alhamdullillah pagiku indah seperti biasa. Wah giteww.


Jadi inilah dia ketiga-tiga produk kesihatan (?) aku beli di internet. Cuti ni aku nak konsistenkan guna semua ni. Nak tengok betul ke tak semua testimoni tu. Manalah tahu nanti aku boleh turut menyumbang seketul dua testimoni kan. Bhahaha.. kbai.


2 comments:

  1. fuyoo ninie jaga badan skrg! cayalah..keep it up. istiqomah ye makcik..hehehe

    ReplyDelete
  2. drpd dulu lg jaga badan. tp konon jelah. haha ni xtau la sampai bila tahan. huhuh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...