Oh Ninie!
Makeup Stuff
13 February 2013 | 4:20 AM | 4 comments
Title poyo gila. Haha actually semenjak rumah aku ada wifi yang berkelajuan tinggi ni, aku suka benor tengok video mekap kat youtube. Tipulah kalau aku kata tak terdetik di hati nak belajar cara-cara mekap tu.  Kadang-kadang bila tengok cara dorang mekap nampak simple je. Tapi bila kena kat tangan sendiri, eyeshadow kat mata dah macam mata lebam kena penumbuk -.-'


Sebelum naik sem ni aku nak restock balik barang-barang mekap dalam beg mekap aku tu. BB cream dah nak habis, moisturizer dah habis, lipbalm dah habis. Aiyoyo cepatlah duit pt masuk. Aku nak shopping barang mekap kat Watsons nih. Ngee :B


Ehem so entry kali ni saya berasa gembira nak kongsi produk apa yang saya suka pakai bila nak pergi kelas. Masa sem 1 muka comot je sebab masa tu manalah reti mekap. Time tu reti sapu bedak baby je dan wallah boleh berangkat ke kelas. Lepas tu sampai je kelas bedak hilang sebab muka berpeluh. Naik sem 3 barulah bergaya sikit sebab sem 3 aku baru ada beg mekap. Kahkahkah~ So yeah bawah ni antara stuff dalam beg mekap saya. Mohon jangan gelak.


Garnier Light

Aku suka moisturizer ni sebab lepas sapu muka akan jadi 1 tona lebih cerah and muka jadi glowy gitu. Aku biasa pakai bila nak ke kelas dan sebelum tidur. Kalau pakai pergi kelas, aku pakai benda alah ni dulu baru pakai BB cream. Tapi before tidur, aku pakai moisturizer ni pastu tempek bedak baby. Ehm motif pakai bedak baby? O.o


Maybelline Clear Smooth BB Cream SPF 50

Panjang nau nama. Ni BB cream pertama yang aku beli. Sebelum ni tak berapa yakin nak pakai BB cream sebab risau muka jadi berminyak. Tapi BB cream ni tak membuatkan muka aku berminyak. Yang lagi seronot BB cream ni ada SPF 50. Wuu me is likeyy. Sesuai sangat dengan cuaca UiTM yang panas terik sepanjang tahun tu. Kehkeh~ Oh so ni aku punya second step lepas pakai moisturizer atas ni. Proceed third step.


Maybelline Clear Smooth Pressed Powder

Benda ni aku dapat sekali masa beli BB cream atas tu. 2 stuffs in one price. Aku nak beli seketul macam ni memang tak dapatlah jep. Pressed powder dia kecik comel bentuk segi empat. Tapi tahan lama walaupun kecik. Pressed powder ni pun best jugak sebab dia matte finish. So muka tak de la nampak berkilat kalau aku berpeluh. Fuh bukan main lagi term aku guna. 'matte finish' giteww.


Sophie Magic Pink

Ni nama lain dia blusher tapi dalam bentuk cream. Bau wangii macam bedak baby. Tapi tak boleh la sapu banyak-banyak sebab aku tak nak kantoi pakai blusher pergi kelas. Haha pakai ala kadar sudahlah. Cukup untuk nampak muka berseri :3


Silkygirl Long Wearing Eyeliner

My very first attempt try eyeliner selain pensil. Sepanjang aku guna eyeliner ni aku tak pernah pass nak buat cat eye T___T Teknik pemakaian eyeliner aku pun dah makin maju sejak ada eyeliner ni. Tapi yang tak best pasal eyeliner ni dia tak waterproof. Bila aku berpeluh, nanti kelopak mata aku akan ada trace eyeliner ni. Ya saya memang kuat berpeluh sampai kat kelopak mata pun nak berpeluh. Ehm masa aku freehair dulu eyeliner ni benda aku wajib pakai. Tapi bila dah bertudung aku tak suka pakai sebab kalau pakai eyeliner muka aku tak nampak innocent. Huahua


Lip Ice Sheer Colour

All time fav! Seperti yang diketahui, lip ice ni best sebab warna bibir berubah ikut kepekatan darah. Kalau darah pekat, lagi merah bibir. Aku tak tahu teori aku ni boleh pakai ke tak. Tapi yang penting aku suka lip ice ni sebab bibir jadi natural pink. Tak de lah nampak macam aku ni poyo sangat pakai lipstick pergi kelas. Lip ice sheer colour lagi best dari silkygirl punya. Aku pernah try silkygirl punya sheer colour and bibir aku jadi sangat dry. Tapi lip ice punya tak. Bibir jadi lembut. Maka sebelum tidur pun aku akan pakai lip ice ni. Oleh itu, tidurlah aku dengan bibir merah bak delima merekah :D


So atas ni benda basic yang aku biasa pakai. Simple tak? Hihi~ Oh untuk next sem aku look forward untuk beli dua benda ni, 

TonyMoly Pocket Bunny Facemist
Anyonyo comel awak ni. Dah lama itew gewwam kat awak.



Revlon Just Bitten Kissable Balm Stain (Rendezvous) 
Kali ni nak try pergi kelas dengan bibir kaler oren pulak. Salah satu azam sem 4 katanya 
*tangan ke bahu mata ke atas*


Ni lah rupa my so called simpe mekap. Hewhew~
Btw hari ni besday kakak Aishah.
Wee happy birthday yang ke-21 kakak (>‿◠)✌


Labels:


Older Post | Newer Post
Author

Hola I am Anis Shuhada. Ninie is my internet persona. A full time student and a self acclaim beauty addict. I love pretty things, polkadots, laces and a huge fan of any brown colored stuffs! A humble owner of MY Honeycase. For any business opportunities, contact me at vogue_neez@yahoo.com

Navigates

Home Profile Extras

Instagram

Credits
Template by :
Background and Cursor by :
Tutorial by : (✿◠‿◠)

[close]