Monday, February 18, 2013

What To Do~



Mungkin sebab terlalu leka dan lalai pada semester lepas, so aku dah rosakkan result. Haih tak pernah-pernah aku menangis bila tengok result. Even masa asasi dulu aku dapat 2.22 pun aku boleh buat muka tak bersalah. Tapi kali ni serious aku menangis menyesal. Haha haippp aku menangis bukan sebab result lagi teruk daripada 2.22 tau. Tapi nangis sebab sebenarnya aku boleh buat lagi baik daripada yang sepatutnya cuma aku kurang usaha dan banyak main-main. Kerana godaan syaitonnirrojim yang maha hebat jadi aku pun tewas. 


Walaubagaimanapun alhamdulillah tak ada paper repeat. Tapi seperti biasalah, bila tiada repeat, result subjek haruslah cukup-cukup makan. Maka ada bezakah antara repeat dengan tidak? Haizz what to do T__T  Kalau nak diikutkan sebenarnya, subjek semester lepas tak de lah susah sangat pun. Tuding jari di muka sendiri la jawabnya kenapa aku tak dapat skor. Foine foine salah aku. 


Setelah aku termenung dan muhasabah diri baru aku tahu jawapannya. Sem lepas aku banyak online. Heheh perkara sama jugak yang aku buat masa asasi dulu yang menyebabkan pointer aku jatuh merudum. Cuma bezanya masa asasi aku leka edit blog. Tapi degree ni aku leka online FB. Chatting bla3. 


Jadi mulai sem depan, aku nak kurangkan online, lebihkan study. Tak kira malas macam mana pun, kena jugak paksa diri. Tak de lagi bukak laptop. Kalau dah tak tahan sangat nak online tu, online guna handphone. Untuk memastikan misi terlaksana, aku dah buat satu gambar khas untuk dijadikan desktop wallpaper. Masa semester 2 asasi dulu aku dah buat method ni. Alhamdulillah naik result aku. Bhahaha


Rise of the Guardians. Yang blur tu muka aku masa freehair -.-'


p/s: I hope this method works. Mohon bukan omong kosong. Kalau tak malu aku ( つ﹏╰)


4 comments:

  1. Chaiyok! result sem lepas saya pun jatuh :( tapi takpe, kita still boleh berusaha! chaiyok!

    ReplyDelete
  2. yup2. jgn sia-siakan peluang yg ada. eheee chaiyokk!

    ReplyDelete
  3. tq mira.. mira pun goodluck kat tanta ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...