Sunday, March 10, 2013

Friendship

Semalam keluar mengukur tanah dengan my so called bestfriend. Haha they are more than bestfriend actually. Masing-masing dah meningkat dewasa dan masing-masing belajar di tempat berbeza. Payah nak set time untuk hang out sama-sama. Banyak kali jugaklah postpone. Akhirnya semalam dapat jugak ketemu dengan Amira dan Aishah. Last time kami jumpa bertiga masa Julai tahun lepas. Waktu aku nak final pulak tu -.-'


Amira baru balik dari Indonesia. Entah apa dia buat kat sana agaknya. Haha tapi yang aku tahu, bila Mira balik sini dia kena bagi aku ole-ole dari sana. And yes she did! Aku dengan Aishah dapat t-shirt I ♥ Jakarta dengan tudung bawal crown. Mira macam tahu-tahu je yang aku kepingin banget sama itu kerudung. Kahkahkah.. oh ya Aishah pun bagi aku dengan Mira magnet frindge from Penang. Ehm aku? Aku cuma boleh bagi kegembiraan je kat mereka. Jawapan motif sangat uols >.<


Masa kelas Fuzzy Logic hari tu lecturer panggil nama sorang-sorang sebab nak tanya soalan. Tapi sebelum soalan pasal fuzzy logic ditanya, dia tanya maksud nama budak-budak ni dulu. Nama orang lain indah je. Tiba time aku, rasa nak tergelak sorang-sorang bila bagitahu maksud dia. Rasa macam angkat bakul pun iya jugak. Dengan malu-malu kucing aku pun bagitahu maksud ANIS tu ialah sahabat sejati. Haha nasib maksud  SHUHADA dia dah tahu. Kalau tak aku dah menyorok bawah kerusi. Btw maksud Shuhada ialah semanis madu. See, sungguh angkat bakul  T_____T


Maka dengan itu, maksud nama anis telah terbukti bila adanya mereka berdua (Y). Sebelum ni aku ada jugak tukar kawan dengan orang lain, tapi entah kenapa dengan dorang aku lagi senang masuk dan menjadi diri sendiri. Hm dah macam sesi luahan rasa pulak. Tapi walau apa pun, salah sorang dari korang mesti jadi aku punya pengapit bila aku kahwin nanti. Aku dah book awal-awal ni, walaupun kahwinnya entah bila. Bhahaha :))


 Amira Syafiqah (2002-present)

Nuraishah (2003-present)

p/s: Kalaulah zaman sekolah rendah dulu ada gambar kitorang bersama, mesti lagi rare. Haha ;)



1 comment:

  1. Assalamualaikum :) Jom jom visit blog Dibah, nak introduce satu produk best punya. Hihihi.

    http://dibahspa.blogspot.com/2013/03/natural-aqua-cure-gel-best-exfoliater.html


    Thank you Cik Anis :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...